Rabu, 27 Januari 2010

sepetang di tepi laut berlumpur

Assalammualaikum..

huish lamanye tak update blog nih..
busy sangat macam PM je aku nih..
korang mesti tak percaya kan aku bz..

gegambo dalam entri nih dah lama dok dalam draf..
arinih nak publish la..
lupe pulak bila kami pergi pepoya di Tambak Pontian yg berlumpur tu..

melayan si haqq tengok laut,orang main layang-layang..
sambil tu tunggu mokcu dan mokngah beli celup-celup buat makan petang..
ah korang tengok jepla gegambo nih..

p/s : sila abaikan kegemokan mak haqq,kementelan haqq dan kekacakan abah haqq(kacak ke?)




kengkonon nak cover babat la nih..




bakpe la haqq buat muke macam blur2..?!



ceh haqq dan abah pom sebok buat muke macho..



hadoi..gemotnye mak, haqq oiiii.... :(


last skali posing kami bertiga la ek..sape tah amek kan..temkiu :)


- mak haqq

Jumaat, 22 Januari 2010

senget


Assalammualaikum..

satu je nak letak dalam entri nih..
gambar yang paling aku suke dalam bebanyak gambar yang aku suke..
sbb haqq nampak begitu bujang..




masa ni haqq dalam hari..halooossssssssssssssss je

- mak haqq

Khamis, 21 Januari 2010

my ex-boyfriend wedding

Assalammualaikum..

hahaha abah haqq dah update pom..
hy lebiu too sayang..
amboi jiwang plak abah nih :P

entri kali nih nak share pasal exboiprem aku kawen Dis lepas kat Parit Sulong Batu Pahat..
aku dah setting awal-awal ngan abah suh cuti..
tp last minit masuk keje malam plak dengan alasan esok dan lusanya dia dapat kelepasan..

memula mengarok jugak aku..
yepla ingat pas kenduri kawen ingat nak pepoya kat BP Mall jap..
tup tup nak keje malam plak..huh :(

tapi nasib baik abah bawak jugak g kenduri nih..
maklumla kenduri exboiprem bini dia..hihihi :P
jgn risau by,my love always with you till death..

ni ada sikit gambar nak share dalam blog nih..
mak haqq nih memang suka posing melaram tah apa-apa tah..
tapi haqqnya ko tengok la nanti..



dah jadik mak skarang kene bawak handbag tu plak



mak abah haqq nak posing berdua pulak


sambil tunggu pengantin sampai,haqq mintal tangan kira duit



time nih panas sgt tu yang dok bawah payung sambil tengok pengantin sedang berarak



tema silver kat rumah ajib



semoga berkekalan hingga akhir hayat dan cepat dapat baby..bule geng ngan haqq nanti


otw balik pontian,hujan turun lebat gila..
hujan lebat sepanjang jalan dari Batu Pahat ke Pontian..
abah haqq pun drive slow je la..

lagipun jalan sesak sbb hujan lebat..
kete pun banyak..
so kami sampai Pontian dah nak maghrib dah..

tapi sempat lagi la abah haqq siapkan diri nak g KERJA malam tu..
geram aku...
dah la hari kelepasan tu Isnin dan Selasa..
mau tak meradang..



otw balik pontian,hujan lebat..tengok si haqq buat muke terkejot.nyampah



yang nih tengah sebok muncongkan mulot..huh

anyway..time kasih bebanyak buat abah..
sbb sanggup bawak kami ke Batu Pahat dengan selamat pergi balik..
nih kenduri kahwin yang kedua kami bawak haqq..

nanti aku buat entri kenduri kahwin yang kali pertama haqq pergi..
tahun 2010 nih ada jugak beberapa kenduri yang dah ada dalam kalendar aku..
semuanya teman rapat..

insyaAllah tiada aral boleh la kami pergi kenduri tu sumer..
yang paling penting abah haqq kene cuti time tu..
kalau tak mak haqq majok..
hahahahahaha :P


- mak haqq

Nur Haqq


Isnin sampai jumaat haqq ada kat umah mak hendon(pengasuh haqq).Aku panggil die mak sebab mak nie sebenarnya dulu telah menjaga dan mengasuh isteri aku sekarang masa isteri aku kecik-kecik dulu..

Haqq kalau dok kat umah mak bukan main "behave"(berperangai baik) lagi.tak sakit kepala la kalau jaga haqq nie.. tapi bila dok umah sendiri nak-nak bila mak atau abah dier ada umah lagik la.. macam2 nak disuruhnya.. angkat laa.nak bawak g jalan la..nak itu nak ini... memang pandai ..


Nie dah nak masuk hujung bulan 1 bermakna umur haqq dah hampir 5 bulan.. rasa cukup cepat dier membesar..sekarang haqq dah pandai tido mengiring dan dah pandai meniarap sendiri... alhamdulillah...aku cukup rasa gembira kerana dapat melihat dier membesar di depan mata...






Muhammad Nurhaqq B Asrin 4 bulan


Bagi aku segala kelengkapan bulanan haqq macam pampes susu dan sebagainya itu adalah tanggungjawab ayah dan mak.. alhamdulillah setakat nie tiada lagik masalah yang kami hadapai dalam membesarkan anak.aku.Bergelar ayah nie memang seronok.tahla macam mana aku nak terangkan erk,memang seronok,nak-nak sekarang nie bila abeh keje je tak tunggu lama dah tak melencong dah,nak balik cepat je.. heheh..





Mak haqq dan Haqq di Jusco


nanti dah besar abah belikan untuk Haqq tau


apa pun walaupun roda kehidupan sudah berubah,kasih sayang terhadap isteri jangan la plak berubah.sayangilah isteri seperti mana kita menerimanya semasa mula2berkenalan.bagi aku isteri aku tiada gantinya..i love u sayang.










-abah haqq

teringat masa berbahagia....


petang nie aku baru balik keje..dok la belek2 album kawin tahun lepas jumpa plak cd kawin aku masa kat pahang..bila diingatkan balik hehe rasa seronok gembira haru biru semua ada..kat sini aku nak ucapkan terima kasih banyak2 kat orang2 kampung aku terutamanya ahli2 blok 3 & 4..kat kampung aku kenduri kawin je mesti gotong royong dari sebelum majlis sampai siap majlis... memang happening la..

dulu aku yang rajin la kalau ada umah sesapa buat kenduri kawin memang tak pernah miss..syok beb masa tu la kita dapat bergaul ngan orang2 'lama' tak kira makcik ke makcik,ada je lawak yang dibuatnya...


tugas aku bila kenduri nie biasala..basuh pinggan je..tak menang tangan dibuatnya..dulu tak macam sekarang dah kira makan layan diri je.. dulu pakai angkat hidang siap pakai 'talam'(dulang yang besar)...memang seronok tapi penat sikit je..


nie la makcik2 mentara kat kampung aku merkasih semua.yang baju merah kat bawah tu ialah mak aku..(siap peace lagi)


biasanya bila dah jadi 'mentare'(orang yang bekerja masa kenduri nie anda automatik akan dibekalkan sehelai tuala 'good morning' dengan lipatan duit(biasanya macam2 bentuk)yang disematkan kat baju supaya orang atau tetamu senang nak panggil kalau ada apa2 bantuan..

tapi ari nie aku tak dapat nak buat ape2 sebab aku yang jadi pengantin hari nie..



cuaca memang panas masa nie.. tapi semua mantain je... ape pun yang dipayung kuning tu ialah raja sehari bukan raja ok.....


lihatlah langit yang biru menandakan cuaca yang cukup baik alhamdulillah


isteri tercinta Nurul Hayaty (mak haqq)




Member dari kuantan : (Belakang) awek amy, Amy, Nurul Hayaty,Asrin,Mohd Syukri(keri),Awek keri
(duduk) Mohd Aziz(ajis) Mohd Firdaus(Ligat), Yudy


apa pun hari yang cukup bangia bagi aku dan isteri.. kenangan yang tidak akan dilupakan sampai bila2..aku rasa gembira kerana pada hari ini semuanya berjalan lancar walaupun dalam keadaan cuaca yang cukup panas..

alhamdulillah aku bersyukur segalanya berjalan lancar..
Terima Kasih kepada semua yang menjayakan majlis perkahwinan aku secara atau tidak langsung..



- abah haqq

Rabu, 20 Januari 2010

dey tambi..!!


Asslammualaikum..


mak haqq lagi yg update..
dulu bukan main tanak buat blog kononye tadop cerita nak share..
huhuhuh..

abah haqq dah balik semlm..
outstation ke ampang menghantar 'biduan' ada bicara kat sana..
sbb tu la abah dia tak update lama dah..

arinih nak tunjuk gambar haqq masa aku tengah cuti pantang..
tapi rasa amek pada 20/10/2009..
masa tu tengah lepak kat ruang tamu umah mak..

ko tengok la si haqq ni dah rupe anak India dah..
hitam berkilat..
bibir pom gelap..

adoi..
mmg ikot aku la masa kecik dulu..
ireng bukan main...




mata tengok mana tah..macam beh je berkerot dahi..







nih dengan baju pink yang tokmak belikan..hish :P




ya Allah haqq..isk dengan lidah nye pulak..


p/s : tula sape suh kemaruk tengok citer tamil time preggy dulu..eh tapi kadang-kadang hero tamil nih hemsem woooo.... :P


- mak haqq



Selasa, 19 Januari 2010

balik raya haji 2009

Assalamualaikum..

hihihih…
bebalik mak haqq yg update..
dah ketagih blog dah aku nih..

kebetulan dalam simpanan aku ada banyok gambar..
aku share la skit kat dalam blog nih..

nih sume gambar-gambar nak balik Johor dari kampung abah kat Pahang tu..
time tu tak silap kami balik Pahang untuk beraya haji..
malangnya gambar-gambar time beraya takde plak nak snap..

thn lepas memang turn beraya haji di Pahang..
sebab raya puasa turn Johor..
memang kebetulan masa tu sedang berpantang..

hihihi..
nasib baik setting baik masa bersalin tu..
kalau tak jenuh la nak buat jadual balik raya pasnih.. :P



haqq dipangku nenek midah..tok asmuni pegam tangan je..pokcu plak cekak pinggang..





haqq nampak mak abah dia dah lelawa tu yg meronta nak ikot kami tu..





Last pose sebelom berangkat balik Johor..



insyaAllah kami pulang lagi ye atok nenek...!!!



- mak haqq

Isnin, 18 Januari 2010

mak haqq

assalamualaikum..

hahahahaha :)
tak sangka aku plak yg berblog skarang..
sebenarnya blog nih hasben aku yg reka..
dia cakap buat blog nih untuk haqq baca bila dah besar nanti..
aku tukang tokok tambah jep..

memula agak malas jugak nak berblog nih..
selama nih asyik baca blog orang je..
bila orang suruh buat blog aku bagi alasan tak reti..
skarang lepas si hubby sayam tu buat blog..
dia suruh pulak update blog bila ada masa..

nih tadik just testing macam beh pulak berblog nih..
tengok la tunggang langgang ayat aku..
huhuhuhu..
takpela kan niat aku nak tolong si abah haqq tu..

mulai hari nih aku akan tolong hubby sayam aku tu updatekan blog nih..
by,hy dah updatekan tau..
kene banje makan ek..

so dalam blog nih aku akan bahasa diri aku 'mak haqq' ok..
kadang-kadang 'aku' jugak mesti terkeluar kan..
so jangan keliru tau nanti..




ni la mak haqq tu :P


- mak haqq

jalan-jalan di jusco bukit indah


Assalamualaikum..

bila dah ada blog nih..
ada memacam nak cerita..
hahahahaha..
ingat takde modal nak share dalam blog..

rasanye awal disember 2009 kot..
tapi lupe plak bila tarikhnya..
yang penting hari tu abah haqq tak keje..
huhuhuhu..

kami bertiga pepoya di jusco bukit indah..
eksaited sangat dapat pepoya..
sbb tu rasanye 1st time kami pepoya bertiga..
haqq kami bubuh dalam kete dia tu..

bukan main suke dia dapat pepoya..
terbuntang bijik mata tu..
geram aku..



masa nih dia well behaved lagi..




ko tengok tu beg aku penuh ngan barang-barang haqq je..isk isk..


tengah aku pilih baju untuk haqq..
abah dia dah dukung haqq..
aku dah pesan jangan dukung si haqq tu nanti dia tanak letak dalam kete..

mmg betol dah didukung dah tanak dah duduk dalam kete..
mau tak hangin aku..
tp tak lama la hangin cume geram si abah tu..




nih hah dah nak bukak buckle dah...



nih konon nak pujuk la nih..muka tak puas hati


rupa-rupanya haqq nak susu..
em yepla lupe plak dia dah penat..
dah haus dan lapo...
ceh padahak dok dalam kete jep...
ngader sungguh bujang aku nih..


tengok mata dah hidong merah dah..menamgis..isk tak malooo.. :P


chewah..ada gaya ibu mithali dop?


dah kenyang si haqq tu kami pujok le...
kami ciom gomol dulu..
pastu terus dah tak cranky..


abah pegang senyap dah...



mak pun pegang haqq jugak kan...



dah upah susu baru nak duduk dalam kete dia ni..
hai anak-anak..
banyak sungguh kerenah ek..
ala macam mak abah haqq dulu pun begitu jugak agaknye..
huhuhuhuhu :)


- mak haqq

haqq aka stewie


kadang-kadang tengok haqq sebijik macam si stewie nih..nakal betol si stewie..penuh dengan imiginasi..comel sangat

- mak haqq

Jumaat, 15 Januari 2010

Air Terjun Sungai Pandan (Panching,Kuantan)

satu tempat yang cukup menarik kepada sesiapa yang suka mandi manda.Salah satu tempat yang harus dikunjungi sekiranya anda datang ke bandar kuantan.cuma setengah jam perjalanan dari bandar kuantan.Tapi pada hujung minggu tempat nie penuh sesak.memang happening...




pemandangan yang cukup mempersonakan


pemandangan pada hujung minggu

kalau first masuk mesti jumpa signboard nie...
- abah haqq

Rabu, 13 Januari 2010

Muhammad NurHaqq Bin Asrin

Haqq Sekarang bersama Maknya

Keletihan cian dier...Z.ZZ.ZzzZZ.

Botak... Balik Dari kampung abah di Lepar Utara

Malam Sebelum Cukur Jambul

Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru
- abah haqq

Raja Sehari

Hantaran Perkahwinan

Diharpkan ianya berkekalan sehingga ke akhir hayat

Ibu dan bapa kedua dua belah pihak

pelamin sentuhan




- abah haqq








Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers