Selasa, 27 Julai 2010

haqq di Terminal Larkin

Assalammualaikum..

2 minggu lepas..
kami telah menghantar mokcu ke Terminal Larkin untuk naik bas balik ke Segamat..
so inilah kali pertama haqq ke sini..

haqq bukan main suka sangat bila nampak banyak bas..
yela selama ni hanya nampak 2 3 buah je..
itupun di Stesen Bas Pontian..

kat Terminal Larkin ni kan ada banyak bas dan sentiasa sibuk..
dengan bas yang menuju ke KL,ke Singapore..
pendek kata 24jam sentiasa ada bas yang keluar masuk..


amboi banyaknya bas kan haqq..

patutnya mak suruh la orang lain amik ek so mokcu boleh bergambar sama kan.. :(

eleh mokcu buat-buat comel pulak..

suka sangat buat muka haqq ni tau.. :P

mak suruh lambai mokcu,haqq tengok burung pulak..

bye mokcu, nanti jangan menangis rindukan haqq ye.. :P

p/s : sesiapa yang berminat nak beli baju yang mak dan abah pakai tu atau design lain,silalah ke THE DRUGBUDDY..!!

- mak haqq

Sabtu, 24 Julai 2010

my little sailor

Assalammualaikum...

bila little sailor mak ni dah penat main..
macam ni la aksinya bila berlayar malam nanti..
tapi ada pesanan buat mokngah dah mokcu..
jangan menangis bila tengok aksi si little sailor ni tau.. :P

belakang seluar bertulis "little sailor"

haish, nampak pusat pulak.. :P

sampai bersilang kaki tu semasa berlayar..

amboi bukan main lagi aksi berlayar tu..

muka sailor yang sedang berlayar.. :)

p/s : baju little sailor tu mokngah yang belikan masa haqq dalam perot lagi tapi yang dalam gambar tu bukan bajunya..mak guna teori mix dan match je.. :P

- mak haqq

Khamis, 22 Julai 2010

HAPPY BIRTHDAY MOKCU...!!

Assalammualaikum...

esok hari lahir mokcu yang ke20..
so malam ni mak buatkan entri khas buat mokcu..

HAPPY BIRTHDAY MOKCU...!!!!!!!

semoga panjang umur,murah rezeki,happy selalu,sihat selalu dan segala kebaikan di dunia ni untuk mokcu..

kami semua sangat sayangkan mokcu tau.. :)


- mak haqq

Rabu, 21 Julai 2010

ciluk baaaa...!!!

Assalammualaikum...

ciluk baaa...!!!
game yang diperkenalkan oleh tokmak sewaktu di Penang hari tu..
ala game hide and seek la... :P

ni ada gambar mak main game tu dengan haqq kelmarin..
mak sembunyi bawah comforter..
haqq pula sedang berdiri dalam baby coat dia..
sambil tu cuba cari mak..

huhuhuhuhu...
so bila haqq dah dapat buka comforter tu..
mak terus cakap ciluk baaa... :P




p/s : nanti nak main khemah-khemah dalam comforter pulak lah.. :P

- mak haqq

Isnin, 19 Julai 2010

bukan bidan terjun

Assalammualaikum..

oleh kerana payah sangat nak upload video..
tah tak tau kenapa tah...
mak upload gambar je la..

memandangkan hanya menggunakan kamera handphone je..
so tak dapat la nak snap laju-laju macam DSLR tu..
nantilah kalau ada rezeki nak juga membelinya..
huhuhuhu.. :P

haqq ni la..
sekarang suka main panjat kepala katil..
kemudian terus terjun ke bawah...
nasib baik terjun ke tilam katil ni.. :)

mula-mula..

dah dapat naik dah tapi tak sempat nak snap masa tengah panjat...

bila dah dapat duduk bukan main suka tepuk tangan..

ah sudah, sempat pulak tu nak cungkil keyboard...!!

eh pandang mak pulak buat muka tak bersalah...

nih dah standby nak terjun dah ni..

hahahaha..alhamdulillah, haqq berjaya melakukan pendaratan dengan selamat..

macam itulah haqq sekarang..
kalau hanya tinggal mak dan haqq berdua je..
kalau ada abah tak pulak macam ni.. :P

p/s : terjun la haqq, jangan sampai roboh katil mak ni sudah.. :P

- mak haqq

Khamis, 15 Julai 2010

haqq,tolong tunjukkan..

Assalammualaikum..

bila haqq dah nak setahun ni..
dah pelbagai aksi dan ragam yang dia tunjukkan..
membuatkan kami sekeluarga sentiasa rindukan dia..

alhamdulillah,.
setakat ini ragam haqq tidaklah sampai menyusahkan abah dan mak..
kalau ada susah pun..
dah namanya budak kan..?
kita dulu pun macam tu jugak.. :P

sekarang haqq kalau diminta tunjukkan sesetengah benda..
dia dah boleh tunjukkan dah..
tapi cuma sempat snap 2 gambar je kalau minta ditunjukkan cicak atau burung...
mulut pun bising je sambil kembangkan hidung...
hahahahaha.. :P

kalau disuruh tunjuk mana cicak atau lizard sambil tunjuk atas..

kalau disuruh tunjuk burung atau bird sambil tunjuk ke arah luar tingkap..

kalau mintak tunjukkan gigi..
haqq bukan sengih tayang gigi..
tapi dia tunjukkan pakai tangan... :P

nanti haqq belajar yang lain pulak ye..
insya Allah, haqq dan rakan-rakan lain..
akan cepat belajar perkara yang baik..
dan tidak menyusahkan mak abah ya.... :)

p/s : selamat membaca cerita tentang haqq, tokmak...!!! :)

- mak haqq

Rabu, 14 Julai 2010

haqq dah ada 2 batang gigi :)

Assalammualaikum..

dah banyak kali cuba nak snap gambar gigi haqq..
tapi asyik tak sempatlah..
dengan lupanya lain..

tapi sebab utamanya ialah..
haqq sangatlah kedekut kalau kita nak tengok gigi dia..
haqq akan tutup mulutnya,menjerit dan menepis tangan sesiapa sahaja..

kali ni baru dapat sebab haqq sedang tidur..
ni tidur yang jenis tak sedar kalau orang usik dia..
dah penat sangat la tu.. :P




abah dan mak berharap gigi haqq akan tumbuh dengan tanpa sebarang masalah gigi..
kami pun akan cuba elakkan memberi haqq makan jajan.. :P
insyaAllah ya haqq..

p/s : mama raina, macam haqq ni dah boleh ada berus gigi sendiri tak?

- mak haqq

Selasa, 13 Julai 2010

model got milk?

Assalammualaikum..

bila siang dah puas main..
dah puas sepahkan baju dalam besen..
puas mengemop rumah..
nanti tiba malam hari..
kepenatan la si haqq tu..

mak bagi susu sebotol..
tak sempat habiskan dah tidur dah pun...
nasib baik tidur sampai pagi..
boleh la mak dan abah pelop-pelop..
tet...!!!




model got milk?

p/s : hiks, tahi lalat dah membesar la.. :P

- mak haqq

Ahad, 11 Julai 2010

tak sabar

Assalammualaikum..

selalunya asyik tunjuk haqq dari depan saja..
kali ini nak tunjuk dari belakang pulak...
tapi bahagian kepala je la.. :P

tak sabar rasanya nak tunggu rambut haqq panjang..
dah semakin berpintal sekarang..
tapi rambut haqq ni tak berapa nak lebat..
kalau lebat nanti mesti kembang setaman macam myiesha kan.. :)





p/s : macam rambut aunty rhona pun mak suka jugak.. :)

- mak haqq

terima kasih haqq

Assalammualaikum..

terima kasih haqq sebab sudi membuat sepah..!!!!






- mak haqq

Jumaat, 9 Julai 2010

dengan rasminya

Assalammualaikum..

dengan rasminya segala kekusutan telah terlerai sejak 5hb Julai lalu..
dimana mak telah diterima bekerja di sebuah kilang, Karex Industries Sdn. Bhd..
sebagai Production Clerk.. :)



YA,mak telah tamat kontrak di Kumpulan Pendidikan YPJ Sdn. Bhd pada 30 Jun 2010 lalu..
dan mak telah menolak tawaran untuk sambung semula..
sebab diarahkan pindah ke lokasi yang akan merumitkan semua orang termasuk mak..
tak mengapalah kerana jodoh mak dengan KPYPJ tak lama.. :(


kenangan bersama kawan-kawan seperti mummy naqyb,kak erin,ibu firas..
akan sentiasa saya simpan sampai mati..
terima kasih buat kakak semua kerana telah menjaga dan menolong saya dalam urusan kerja mahupun peribadi..
nanti ada masa kita berjumpa lagi ya.. :)

p/s : cool tak tempat kerja baru mak? :P

- mak haqq

Rabu, 7 Julai 2010

warcraft si teether

Assalammualaikum..

tadi la masa mak tengah sibuk lipat kain..
haqq pula ada kat sebelah mak tengah sibuk main..
pastu perasan macam haqq senyap je..

mak toleh tepi je..
rupa-rupanya haqq sedang gigit teether baru tu..
haqq ni....!!!!

amboi macam makan burger je.. :P

eleh konon posing la tu.. :P

entah bila masa pulak cd game ni dalam bilik..
ni mesti abah punya kerja ni...
kan anak dah buat main..
grrr...!!!!

haqq ni pun satu..
eh haqq memang satu...
dan masih satu lagi..
yang kedua lambat lagi ye... :P

banyak dah teether mak belikan untuk haqq...
cd game abah pulak yang kamu nak gigit..!!!
ni yang malas nak belikan toys ni..

akibat gigit cd tu..
bibir haqq jadi kebiruan..
sebab cover cd tu dah hancur sikit dah..

ye mak tau bahayakan anak..
mak baru perasan tadi..
mak dah sembunyikan dah pun cd-cdnya... :)

si hidung kembang..

kawasan yang telah membuatkan bibir haqq biru..

teether baru haqq..!!!

p/s : jangan merajuk ya haqq... :P

- mak haqq

Isnin, 5 Julai 2010

sempena haqq 10 bulan

Assalammualaikum..

wah dah masuk Julai pun..
bulan depan dah Ogos..
lagi 2 bulan haqq nak setahun..

isk isk..
cepatnya masa berlalu ek..
tak sabar rasanya nak tunggu haqq setahun...

sorry la ye mak lama tak update..
memang tak berkesempatan langsung..
tambahan dengan mood yang mengarut tu.. :P

rasanya mak ada beritahu kot yang setiap kali haqq cukup bulan..
haqq mesti berjalan..
tak kira la pegi pepoya ke or balik kampung..

sempena haqq 10 bulan ni..
haqq berjalan ke Penang..
untuk menghantar mokngah sambung sekolah..

kami bertolak ke Penang pada Jumaat, 2 Julai..
dan bergerak semula ke Johor pada Ahad, 4 Julai..
so kami semua disana 3 hari 2 malam.. :)

di Penang kami tinggal di Service Apartment milik TM..
huhuhu..
tokmak la yang belanja kami... :P

haqq bukan main seronok lagi dapat main dalam apartment tu..
dah la luas makin la gedik haqq..
haqq pun siap mandi kolam lagi tau.. :P

memula haqq main tepuk-tepuk air..


oh lihatlah wajah kegedikan haqq.. :P

mak pakaikan haqq pampers tu yang berat sangat tu.. :P

eleh pakai pelampung tu pun kejap je..nyampah

ni je gambar yang sempat ambil..
masa-masa lain malas nak ambil..
sebab banyak habiskan masa dalam kereta meronda Penang..

p/s : rindunya dengan mokngah dan mokcu kan haqq.. :(

- mak haqq
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers