Ahad, 13 Februari 2011

Rumah Kongsi

Assalammualaikum...

No 38 blok 3
Felda Lepar Utara 2
26400 Bandar Jengka
Pahang Darul Makmur.

Itulah alamat umah umah Tok Muni ngan Nek Midah dan di sini jugaklah Abah Haqq membesar dari kecil hinggalah sekarang... Abah Haqq masih ingat lagi, banyak kenangan pahit dan manis yang dilalui masa kecil hingga besar dan untuk pengetahuan semua beginilah rupa asal sebuah rumah di tanah rancangan Felda...

Sumber gambar dari Ain

Kalau nak tahu di beranda rumah itulah tempat Abah Haqq ngan kawan-kawan melepak malam-malam.. Tok Muni cakap kalau nak melepak baik melepak kat depan umah dari melepak kat bawah-bawah lampu kat tepi jalan atau tepi simpang... Biar la nak melepak sampai subuh pun asalkan ada dekat umah.. Taklah risau sangat dan senang nak dicari.. Nak diceritakan, beranda umah nie jugaklah menjadi tempat melepak Pak Uda Haqq selepas tamat zaman Abah Haqq... Boleh dikatakan turun temurun la... Cuma time Pak Usu Haqq je yang tak sempat sebab beranda umah Tok Muni telah dirobohkan.... Tok Muni cakap nak buat rumah besar sikit nanti senang anak cucu bermain...Tak la sempit nanti (bagus sangat la nanti haqq buat umah tok muni macam padang bola la..)

Rumah kayu ini terlalu banyak kenangan untuk Abah Haqq.. Kalau nak diceritakan tak cukup satu page blog nie... Yepla mana taknya dari kecil lagi dah dok kat sini... Susah senang kehidupan, rumah nie lah yang jadi saksi.. Time dulu mana ada lagi karen (bekalan elektrik) cuma pakai lampu pelita je.. Lepas tu upgrade sikit pakai lampu gasolin (yang dipam-pam dulu tu)... Lepas tu dah maju sikit, dapat la bekalan elektrik tapi itupun pakai generator je (start kul 7 mlm hingga 12 mlm).. Masa orang LLN (Lembaga Lektrik Negara) sekarang dipanggil TNB (Tenaga Nasional Berhad) masuk pasang tiang elektrik, bukan main suka lagi penduduk kampung... Alhamdulillah masa itu, terasa sedikit kesenangan....

Lampu Pelita
Sumber dari Google Image.

Lampu gasolin
Sumber dari Google Image.

Lebih kurang macam nielah generator yang digunakan dulu
Sumber dari Google Image

Kalau nak cite pasal bekalan air plak nanti lambat sangat nak abis entry nie.. Takpe nanti next entry Abah Haqq cite erk... Itupun kalau Abah Haqq ada mood dan masa..

Dulu bila orang tanya "awak asal mana"?... Bila kita cakap "Lepar" mesti orang sangkakan Lepar Hilir (rancangan felda yang terletak di Kuantan) sebab tu kene cakap penuh "Lepar Utara"... Kadang-kadang ada jugak yang tak tahu kat mana tempat nie... Buat mereka yang baru pertama kali sampai di sini, mesti akan terasa begitu jauh perjalanan (dari pekan Bandar Pusat Jengka).. Mana tidaknya, nak sampai ke rumah Tok Muni nie mesti kene melalui ladang kelapa sawit yang berekar-ekar.. Bukan setakat tu je, separuh perjalanan kene melalui hutan simpan plak..

Dulu kalau keluar ke bandar, bila nak balik mesti set time betul-betul... Yepla jangan nanti time dah gelap baru nak sampai hutan simpan tu... Bukan ape, faham je bila sorang-sorang melalui hutan simpan tue nanti terserempak dengan macam-macam.. Dulu nak cakap kete lalu malam-malam boleh kira dengan jari je.... Bukan setakat babi hutan je yang kita terserempak, kalau kita bernasib baik boleh tengok harimau atau pun gajah melintas.. Tak payah nak susah-susah pergi zoo... Tapi itu dulu la, sekarang nie nak tengok babi pun payah dah..... Hutan tu pun dah ditebang separuh untuk tanam kelapa sawit...

Sekarang rumah kayu dan diturunkan untuk di buat rumah batu yang lebih besar dan selesa untuk kesenangan anak cucu Tok Muni balik... Rumah ini direka dan dibina oleh Tok Muni sendiri (sebab tu la Haqq nie dok sibuk nak bertukang).. Mungkin ada jugak sedikit bakat dari Tok Muni nie turun kat Haqq kot... Harap-harap nanti Haqq dapat jadi arkitek macam Tok Muni cuma dalam versi yang berlainan.. Yerpla Tok Muni nie arkitek kampung... Haqq pula biarlah jadi arkitek moden dan berjaya.... Insya-Allah... Amin..


Pandangan dari depan masa balik kampung hari tue

Kenapa tajuk rumah kongsi...? Sebab Nek Midah cakap, rumah masih belum siap.. Jadi dipanggil rumah kongsi... Rumah kongsi pun tak apelah janji Tok Muni, Nek Midah dan Pak Usu Haqq dapat berteduh..

- Abah Haqq

6 ulasan:

erienz berkata...

teringt umah felda family akk duduk...satu bilik je....tu pun dah ramai kawan aku tido situ....

abah dan mak haqq berkata...

huhuhu..
saya suka rumah asal ni tau..
sebab comel sangat.. :)

cuma kalau siang tu..
perh, macam udang bakar..
panas sangat sebab mana ada syiling kan?

Su Ann berkata...

Arin:kat beranda tu gak aku selalu lepak...hahahha

faraherda.razalan berkata...

cerita abah haqq same je ngan papa aydin...kenangan umah lama felda, nostalgic...tp kat felda papa aydin, umah tu da tak wujud g, seme da upgrade batu...

KAK RAINBOW berkata...

tgk gambar mcm best je kid

abah dan mak haqq berkata...

ain : hahahaha..yeke ain selalu lepak situ?

fara : papa aydin felda mana? mmg la sekarang rumah asal semua dah turun buat batu pulak.. :)

nurul : mau tak best nurul.. cuma siang tu panas la.. sebab rumah tu takda syiling.. tapi ada sungai untuk berendam.. bila malam sejukkkkkkk sangat :)

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers