Assalammualaikum..
Alhamdulillah..
sekarang cuaca dah kembali panas seperti biasa...
setelah hujan yang berterusan dan mengakibatkan banjir..
di sesetengah tempat tu..
Mak doakan mereka yang terlibat dengan banjir..
supaya banyakkan bersabar..
InsyaAllah ada kebaikan di sebalik kejadian ini..
Dan Alhamdulillah juga..
kerana tempat tinggal kami tidak mengalami banjir..
seperti rumah sewa Mokcu di Segamat tu..
tapi nasib baik air naik sampai paras betis je..
jadi tak banyaklah kerosakan yang berlaku.. :)
Masa cuti CNY lepas..
(sekarang baru ada mood nak bercerita)
kami ada buat BBQ di kampung bersama sepupu-sepupu Mak yang ada di Pontian..
ala buat di rumah Tok Lom Misai tu..
nasib baik cuaca pada malam CNY tu tidak hujan..
sejuk dan berangin je :)
Sumber dari Mokcu
Oleh kerana aktivti BBQ ni..
kami buat pada waktu malam..
petang tu kami menghabiskan masa dengan berehat di beranda rumah Tok Lom Misai.. :)
Rumah Tok Lom Misai ni best tau..
sebab ada padang rumput yang luas..
walaupun taklah sebesar padang bola..
tapi di sinilah Haqq berlatih bermain bola.. :)
Sumber dari Mokcu
Cuma hari tu je Haqq tak main bola..
sebab padang ada banyak bunga rumput..
dan ada lopak pulak tu..
Tapi ini tidak mematahkan semangat Haqq untuk bermain..
hah, macam biasalah dia tu kalau dah nampak lopak air..
bukan main suka lagi dia..
Ada pulak Cik Mail yang suka melayan Haqq..
Cik Mail la yang tunjukkan lopak air tu pada Haqq..
Haqq pun apa lagi..
terus la terjah ke dalam lopak air tu..
Tak toleh kiri kanan lagi dah si Haqq..
bila dapat jumpa air macam ni..
bukan main lagi dia menendang air macam menendang bola..
Mainlah sepuasnya Haqq..
bukan selalu pun kamu dapat main lopak ni..
ini pun kebetulan malam tadi hujan lebat..
tapi janganlah pula kamu duduk dalam lopak tu ya..
memang Mak pukul kamu nanti.. :P
4 ulasan:
haqq mmg pantang jumpa lopak eh kid?? kalau bawak dia main air kat pool mesti lagi girang kan
mesti tak nak kuar
umah kg mmg best
luas je halaman umah
heheheheh.....sonok bace entry kmpg2 nie. bt kite rindu nak blk kmpg! tgk haqq main lopak air mcm tu, aissshhhh! sonoknye! klu sy la kat situ, bkn setakat, haqq...sy pun terjun! hahahahah!
bleh tanam padi tu haqq....sekarang nie memang musim panas...berpeluh ketiak...
dayu : aah,dia memang pantang nampak yang ada air ni..bukan main laju je terjah.tu rumah mak kid membesar :)
fara : kid dgn sepupu memang tunggu siap-siap hujan berhenti.sebab nak godak parit tu.. :)
kak zai : bau ketiak haqq sedap.. :P
Catat Ulasan