Rabu, 9 Mac 2011

Haqq Ke Pesta Layang-layang Sedunia 2011

Assalammualaikum..

Orang lain semua dah buat entri mengenai Pesta Layang-Layang Sedunia 2011..
Mak baru sekarang nak bercerita..
dah lama gambar terperuk dalam draft..
maklumlah, kononnya sibuk.. :P

Ini merupakan kali pertama buat kami bertiga..
untuk menyaksikan pesta tersebut..
yang telah diadakan di Pasir Gudang..
pada 16 hingga 20 Februari yang lalu..

Tibanya kami di tempat parking kereta..
Mak dah nampak yang si Haqq begitu teruja sekali..
bila nampak layang-layang dari kejauhan..
tangan tu mula tunjuk ke arah langit..
sambil mulut pun bising.. :P

Terdapat pelbagai gerai yang didirikan..
kebanyakan gerai menjual layang-layang..
makanan dan minuman juga banyak dijual.. :)

Gambar pun tak banyak ambil..
sebab tak banyak layang-layang dinaikkan..
kerana tiada angin..
angin sepoi bahasa tu adalah.. :P

Dari pintu depan lagi dah nampak layang-layang :)

Muzium Layang-Layang
Masa Mak ambil gambar muzium, awan gelap pun dah kelihatan

Antara layang-layang yang dinaikkan pada hari itu.

Nasib baik Mak ni besar, bolehlah lindung Haqq macam ni :)

Ada pelbagai bentuk dan warna bola yang dijual.
Haqq pun dah rambang mata :P

Sudah tentu berada di Pesta Layang-layang
jadi banyaklah layang-layanglah yang dijual.

Ah perasan hensem..!!

Bergayut di pagar.

Bukan main khusyuk mereka berdua ni.

Angin tak berapa nak kuat, tinggi itu je yang boleh naik.

Pada mulanya cuaca amat panas..
tapi hujan pula di petang hari..
nasib baik kami semua sudah berada dalam kereta..
dan dalam perjalanan mengambil TokMak balik dari kerja..

Tahun depan kalau ada umur..
kita pergi lagi ya..
tak puas rasanya kita pergi hari itu..
Mak pun terlupa nak belikan Haqq sebuah layang-layang.. :(

UPDATE PADA 11:45am = Pesta Layang-layang Sedunia diadakan setahun sekali di Bukit Layang-layang, Pasir Gudang, Johor. Untuk keterangan lanjut sila layari laman web rasmi di http://www.kitefestpasirgudang.com/Default.php

- Mak Haqq

9 ulasan:

nanonano berkata...

comey la rmbut haq,
ikal mayang gtu,
kilat sapu minyak ke ape???

erienz berkata...

umah akak dekat ngan muzium ni pun x sempat gi...huhuhu...

~daRLee ZuRiS~ berkata...

suka tengok layang2 banyak naik tinggi camtu.
bola besar!kysha ada 1.hehee

Unknown berkata...

mesti haqq teruja tgk lyang2 mcm2 benda
colourful gitu
lepas ni bleh suruh abah buat layang2 kertas
main depan umah

abah dan mak haqq berkata...

nano : aah..masa baby dulu rajin sapu minyak zaitun..lepas tu bila rambut dia dah panjang kid sapu minyak baby plak.yang botol pink tu..huhuhuhu :P

kak erin : tu la kak..ajak la abg fendy pergi.. :)

zuris : niat nak belikan bola tu tapi sebab dalam dia gabus kan?kang ditendang dek haqq berkecai pulak.. :P

dayu : itulah pasal tapi haritu sikit pulak yang naik.kalau banyak lagilah seronok..buat lelayang sendiri..eh idea bagus tu.thanks dayu :)

KAK RAINBOW berkata...

oh pesta layang2 ni kat johor rupanya dok lah hari tu fikir kat mana pesta layang2 ni

abah dan mak haqq berkata...

nurul : aah,kat pasir gudang.dekat dengan rumah Mett husband hannah tu..aisey entri kid tak lengkap la..lupa nak bagitau kat mana pesta ni berlangsung.nanti kid edit semula.. :)

faraherda.razalan berkata...

penah pegi sekali je...time mude2 dulu...heheheh....seronok haqq ye? nampak keriangan die...



kid, rerajinlah post entry ye? seronok tau bace (lagi-lagi kisah haqq)....heheheh....

abah dan mak haqq berkata...

fara : sebenarnya banyak lagi dalam draft tu..huhuhuh..nanti kid update ye..time kaseh sebab suka ya :)

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers