Isnin, 18 April 2011

Aktiviti Semasa Earth Hour Versi Kami

Assalammualaikum..

Hari ini di Pontian mendung je..
matahari main sembunyi-sembunyi pulak di celah awanan tu..
ini yang membuatkan ramai orang mengidap Monday Blues.. :P

Jangan ingat hanya orang yang bekerja sahaja mengidap penyakit tu tau..
surirumahtangga sepenuh masa macam Mak ni pun..
kadang-kadang pun terkena juga penyakit tu..
hahahaha.. :P

Minggu lepas, Mak ada berjanji untuk ceritakan aktiviti semasa Earth Hour tu kan..
sebenarnya bukan kami buat bersama-sama pun..
cuma menemani Abah memancing di Tambak Pontian tu je.. 

Tambak Pontian pada asalnya adalah kawasan tepi laut yang berlumpur..
tetapi telah ditambak sehingga keras dan kukuh..
agaknya sebab itulah penduduk di Pontian menamakan sebagai Tambak Pontian kot.. :P

Tambak Pontian juga merupakan salah satu tarikan yang ada di Pontian..
terdapat banyak bangunan telah didirikan..
dan ada juga yang masih lagi dalam proses pembinaan..

Ketika kami sampai ke port biasa Abah memancing..
air laut sudah pasang..
ini yang membuatkan Abah tak sabar hendak melempar joran..

Port Abah selalu memancing

Dengan adanya pokok rhu tu..
dapatlah kami berteduh di bawahnya..
dan nasib baik ada papan untuk dijadikan untuk kami duduk..

Rupanya papan itu memang Abah selalu gunakan kalau Abah memancing di sini..
papan tu memang sengaja ditinggalkan di bawah pokok..
jadi sesiapa berada di kawasan itu..
bebas menggunakan papan tersebut.. :)


Gaya Abah seorang pemancing

Sambil Abah memancing tu...
Mak pula monitor si Haqq sambil snap gambar..
bukan main seronok Haqq berlari ke sana sini..
kebetulan tak ramai orang jadi luaslah kawasan untuk Haqq berlari.. :P

Selalunya bila tiba hari minggu ataupun cuti am..
tempat ni penuh sehinggakan tiada parking langsung..
ada yang berkelah siap pacak khemah lagi tau.. :)

Rasanya baru 3 kali Abah lempar joran..
dah rasa lapar macam seharian teman Abah..
Abah pun bawa kami ke Marrybrown yang berdekatan tu..

Tapi kami tapau je la..
nanti kalau duduk makan di situ..
siapa nak tengokkan joran Abah yang terpacak tu.. :P

Sementara menunggu ikan makan umpan,
Haqq pun makan nugget ikan :P

Tiada rezeki untuk membawa pulang ikan :(

Bila dah banyak kali lempar joran..
tapi masih juga tak dapat ikan..
kami pun membuat keputusan untuk pulang ke rumah..
lagipun hari semakin panas walaupun angin bertiup kencang..

Nanti kalau Abah memancing di sini lagi..
kita ikut ya Haqq..
nanti bolehlah kita berkelah di sini.. :)

- Mak Haqq

4 ulasan:

zaidah berkata...

walaupun tak dapat ikan yang penting kepuasan memancing tu ade....

nanonano berkata...

adat la tu klu mancing
xsemestinye dpt
tp biasenye klu mancing kat pantai
untung2 dpt pari kan??
syokk uhh..
hehehe
yg penting dpt manfaatkan ms berkeluarga,
suke je kan haqq??

faraherda.razalan berkata...

amboi, khusyuk betul haqq mkn nugget ikan..gembira betul die...nape tak ajak mommy fara sekali makan marrybrown? heheheh.....

abah dan mak haqq berkata...

kak zai : hahaha..yang puas abahnya bukan saya pun.. :P

nano : itulah kan..janji dapat bersama-sama kan.kalau dapat pari akan kid tayangkan dalam blog.. :)

fara : lapar sebab penat lari sana sini...kalau mommy balik kampung singgahlah sini ya :)

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers