Selasa, 12 April 2011

Earth Hour

Assalammualaikum..

Seluruh dunia telah menyambut Earth Hour pada 26hb Mac yang lalu..
kami pula sambut Earth Hour..
4 hari kemudian iaitu pada 30hb Mac..
dan baru hari ini Mak nak ceritakan..
hehehehe.. :)

Jika Earth Hour disambut selama sejam..
iaitu dari jam 8.30 malam hingga 9.30..
kami pula sambut bermula dari jam 10.00 pagi hingga 4.30 petang..

Kenapa pula kami sambut pada 30hb Mac..
dan bermula dari pagi hingga ke petang pula tu?
ini adalah kerana terdapat kerja-kerja membaik pulih kabel elektrik..
yang melibatkan kawasan perumahan kami..

telah mengedarkan notis tentang ketiadaan bekalan elektrik..
kepada semua penduduk kawasan perumahan yang terlibat..
3 hari sebelum kerja-kerja dijalankan..

Sekurangnya penduduk dapat membuat persediaan..
seperti membasuh dan memasak di awal pagi..
kita kan sekarang membasuh dengan menggunakan mesin basuh..
memasak pula menggunakan periuk nasi elektrik, blender dan sebagainya..

Bila tiada bekalan elektrik untuk jangka masa yang lama macam tu..
sudah tentunya Mak dan Haqq akan bosan..
sebab tidak dapat menonton TV dan melayari internet..

Tetapi Abah ada aktiviti yang menarik..
untuk kami buat bersama-sama..
dan Mak pun bersetuju untuk menyertai bersama..

Apa aktiviti yang kami lakukan itu..
kenalah tunggu cerita yang akan datang ya..
Mak memang sengaja buat kamu semua tertanya..
hahahaha... :P

Cuma cerita kali ini..
Mak nak kongsikan gambar Haqq pada tengahari tersebut sampai petang..
yang telah sempat Mak snap..

Oleh kerana cuaca panas sangat..
Mak telah separuh bogelkan Haqq..
dengan hanya memakai pampers sahaja..
dan bertoncetkan Mak Enon bak kata Ibu Imaan..
masa Mak cerita tentang buai belakang rumah tu..

Bila dah panas macam ni..
Haqq menjadi tidak selesa dan sukar untuk tidur..
yelah kalau hari biasa biarpun panas..
masih lagi berkipas dan ada rasa anginnya kan..

Haqq mula tidur jam 3 petang..
setelah Abah dodoikan dan kipaskan dengan menggunakan kipas satay..
isk, manja betul dengan Abah ni..
mengada tau..

Abah di belakang tidur dulu sebab kena kerja malam

Jangan kamu lempar HP baru Mak yang mahal tu Haqq..

Dah tidur pun setelah penat bermain

Memang sengaja beralaskan kain batik
sebab kain batik kan sejuk

Lama juga Haqq tidur petang tu..
bila mandikan Haqq waktu petang..
punyalah berbintil daki peluh dia tu..
di celah ketiak dan leher..
masam pulak tu...
hahahahaha.. :P

- Mak Haqq

5 ulasan:

pinkishblue berkata...

masaaammmmmmmmm tulll

nanonano berkata...

haqq same mcm mika la..
klau tggl baju nmpak abes tulang temulang kat dada tu :p

abah dan mak haqq berkata...

zakiah : memang masam gilewww.. :P

nano : pipi yang bulat tidak semestinya badan pun bulat.so jangan terpedaya.hahahaha.. :P

Intan and The Boys berkata...

masam la best kan haqq!
:)

abah dan mak haqq berkata...

intan : aah kan.kalau anak masam best kan..tapi kalau mak dia masam cane tu..hahahahaha.. :P

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers