Khamis, 7 April 2011

Mural

Assalammualaikum..

Masa tu, Mak dan Abah sedang bersilat di dapur..
ya, Abah memang suka menolong Mak memasak..
sebab bila balik sarang kami ini je lah..
Mak berpeluang untuk memasak.. :)

Bukan tak masak langsung kalau di rumah Pontian ni..
cuma masakan Mak hanyalah yang simple je..
lagipun masakan Tok Mak Haqq sedap tau..

Yelah, masakan ibu sendiri kan paling sedap dalam dunia..
eh kalau macam tu masakan Mak sedap kan Haqq?
sebab Mak kan emak Haqq..
hahahahaha.. :P

Ok sambung semula cerita tadi..
sedang kami sibuk tu..
tiba-tiba sarang kami bertukar menjadi sunyi..
yang hanya kedengaran adalah suara dari TV pusaka itu je..

Selalunya riuh dengan suara Haqq..
yang asyik menjerit gol sebab dia main bola..
takpun dengan Haqq yang selalu menyibuk..
keluar masuk dapur tu sambil membebel..
ntah apa yang dia tak puas hati dengan dapur tu tah.. :P

Bila dah macam tu..
Mak pun curi-curi intai apa yang Haqq buat..
sampaikan senyap je sarang kami ni..
rupa-rupanya Haqq dengan gembiranya telah membuat mural pada dinding yang berdekatan dengan dapur..

Mata tengok TV tapi tangan tetap menyonteng

Penat Abah kamu mengecat nak tutup mural lama tu Haqq oi..
sekarang kamu pula yang buat mural baru..
macam inilah bila budak-budak..
bila dah tau kegunaan benda-benda yang berdakwat ni..

Mujur pensel je kamu gunakan..
kalaulah marker pen ke atau pun krayon..
mau bergegar sarang ni kalau Mak menjerit... :P

Mural Haqq

Itu baru dinding sarang kami di Simpang Renggam tu..
belum lagi dinding bilik tidur kami di Pontian ni..
dinding bilik belakang pun ada mural Haqq..
habislah Mak kena tembak dengan Mokngah dan Mokcu..
bila mereka balik nanti.. :P

p/s : Kenapa Mak sebut sarang untuk gantinama rumah sebab rumah di Simpang Renggam tu di tingkat 3.. :P

- Mak Haqq

2 ulasan:

KAK RAINBOW berkata...

cantiklah lukisan haqq. hehe :)

abah dan mak haqq berkata...

nurul : mujur pakai pensel.tak nampak sangat contengan tu..hahahaha :)

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers