Ahad, 3 April 2011

Terkulai Layu

Assalammualaikum..

Selalunya Haqq kalau dah ada dalam kereta ni..
bukannya hendak duduk diam..
ada je benda yang Haqq nak buat..

Sekejap duduk atas riba Maklah..
lompat ke seat belakanglah..
godeh punat radiolah..
pasang signal lah..
naik penat Mak ni marah dia suruh duduk diam..
tapi tak makan saman pun..

Tetapi semasa perjalanan pulang dari Gunung Belumut..
Haqq telah terkulai layu di atas riba Mak ni..
sambil memegang bekas air..
Haqq dah penat sangatlah tu..
hahahahaha.. :P

Masa mula-mula kereta bergerak..
Haqq steady lagi dengan tengok pemandangan luar sambil menyanyi..
kemudian tak sampai 10 minit perjalanan..
Mak dapati suara Haqq makin lama makin perlahan..

Bila Mak toleh je..
mata Haqq dah mula tutup separuh..
Mak pun apalagi..
teruslah snap aksi-aksi kat bawah ni.. :P

Bila Mak nak ambil bekas air ni, Haqq marah.
Dia nak pegang sendiri

Mata dah layu sikit tu

Terlentuk sudah.. :)

Dah tidur pun still pegang lagi.
Nampak tak jari Haqq tu?

Dengan keadaan penat..
diriba oleh Mak yang banyak lemak ni..
diiringi pula dengan muzik radio yang perlahan..
ditambah lagi dengan sejuk aircond kereta..
mau Haqq tak terlentuk macam tu.. :P

Bila tengok Haqq tidur tu..
Mak pun tidurlah sama..
kesian Abah drive sendirian..
nak ganti-ganti dengan Mak..
bukannya Mak pandai drive pun..

Terima kasih Abah..
kerana membawa kami berkelah di Gunung Belumut tu..
dan juga kerana membawa kami pergi dan balik dengan selamat... :)

- Mak Haqq

4 ulasan:

yaya+frdz+auf berkata...

diaorang ni memang kan. kalau dalam kereta ade je nak tekan. si Auf asyik la dok tekan emergency signal. Mesti orang belakang pelik, kejap2 double signal. hehe. tak larat dah nak larang.

Rhona Rozlan berkata...

bestnya dah lama tak bekelah kelah.

faraherda.razalan berkata...

eh, sweetnye! hehehe...haqq yg comel...

kid, gambar kid tu ade 3 org....bley bg sorang tak? heheheh.....sbb fara nak bt promo....yg terpilih je dpt free tau....tp klu free, fara limitkan sorang je....heheheheh!cpt2 bg gambar kid...x sbr nak vektorkan gamba tu....

abah dan mak haqq berkata...

yaya : agaknya kan kereta belakang tu mesti tertanya kenapa la kereta depan ni pasang emergency.hahahaha.. :P

rona : last kau pergi sg lembing tu kan.tak pernah pergi sg lembing tu..

fara : oh macam tu..hahahah..nanti kid bagi ok :)

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers