Rabu, 27 April 2011

Tidaklah Tebal Mana Pun

Assalammualaikum..

Semasa kami ambil angin petang pada hari Haqq duduk di celah dahan pokok..
Abah dan Mak telah berpakat untuk membuli Haqq..
kami dengan sengaja telah menanggalkan sandal Haqq..
dan menyuruhnya berjalan di atas batuan reflexsologi..

Kenapa kami buli Haqq suruh berjalan di atas batuan tu?
sebab kononnya kami nak test ketebalan tapak kaki Haqq..
sebelum ni, Haqq bukan main laju je lari di atas jalan tar depan rumah..
pada waktu tengahari semasa matahari membahang di langit pula tu..

Tak rasa panas ke tapak kaki kamu tu Haqq?
masa Mak nak kejar Haqq pun..
Mak terpaksa patah balik pakai selipar..
sebab tak tahan panas..

Kawasan yang telah ditanam batuan refleksologi

Langkah dimulakan dengan kaki kanan

Sakit ke Haqq?

Aik, di atas batuan ni pun kamu cuba menonjet ke Haqq?

Itu dah rasa sakitlah tu sebab tu dah tukar laluan.. :P

Tapi masih bersemangat menghabiskan satu pusingan :)

Close up batuan refleksologi tersebut.

Hahahahaha..
nampaknya tapak kaki kamu tidaklah tebal Haqq..
tak sampai 5 langkah pun..
kamu sudah sudah menukar ke laluan yang tiada batu.. :P
(Eleh Mak pun macam itu juga apatah lagi kamu yang masih kecil mestilah rasa sakit)

Bila dah habis beberapa pusingan..
(baca : tanpa memijak batuan refleksologi)..
Haqq dah mula bosan dah..
dikutipnya pula batu yang ada di tepi kawasan Abah dan Mak sedang duduk berdating..
lalu berangan menjadi Incredible Hulk :P

Eleh setakat batu kecil bolehlah kamu angkat macam tu Haqq

Macam-macam perangai kamu ni Haqq..
ada je yang membuatkan Abah dan Mak tersenyum bila kenangkan kembali..
tapi banyak juga perangai yang membuatkan kami geram.. :P

Betullah kata orang-orang tua..
membesarkan anak ini memerlukan kesabaran yang tinggi..
kalau sudah hilang sifat sabar tu..
itu yang sampai ada kes dera mendera ni..
(Kadang-kadang Haqq pun kena juga sedas dua dengan Mak)

InsyaAllah Mak dan Abah serta ibu bapa kawan-kawan Haqq semua..
dikurniakan kesabaran yang tinggi dan berpanjangan..
sampailah mereka semua ni dewasa.. :)

Sudah penat bermain.. 
Mak upah Haqq dengan sebotol air ribena yang dibawa dari rumah..
bukan main laju je minum air kegemaran dia tu.. :P

Haus ya Haqq :)

Eh, perasan tak pokok di belakang Haqq tu..
rendah je kan pokoknya.. :)

- Mak Haqq

8 ulasan:

pinkishblue berkata...

aku pon tgh belajar ttg sabar dgn anak.. semoga kita berjaya!

faraherda.razalan berkata...

alaaaaaaaaaaaaah! comelnye haqq! entri kid pun comel!! seronok je bace!

Ziela Ismail berkata...

kat yat..biler dapat ketemu haqq lagi ek..huhu..

Haqq dan Laeka berkata...

zakiah : sabar je kan.semoga kita berjaya ok..!! :)

fara : hahaha..kalau haqq buat perangai lagi nanti kid update ek :P

ziela : mehla singgah rumah :)

Tanpa Nama berkata...

penuh kepura-puraan

KAK RAINBOW berkata...

eh haqq mcm nampak dah biasa pijak batu tu kan

ღnFashyaღ berkata...

hehehe , sakit ye haq....

betul, nak besarkan anak. memang kene banyak sabar..

Haqq dan Laeka berkata...

nurul : hahahaha..haqq tu action je lebih.. :P

fashya : sabar-sabar pun kena juga sedas dua.. :P

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers