Selasa, 10 Mei 2011

Kembali Sibuk

Assalammualaikum..

Wah lama juga Mak tak bercerita di sini kan..
minta maaflah jika ada yang tertunggu..
harapnya kawan-kawan Haqq tak jemu menunggu kami :)

Alhamdulillah..
kami sekeluarga dalam sihat..
Mak harap kawan-kawan Haqq dan keluarga pun sihat juga..

Kenapa Mak agak lama tidak bercerita?
sebenarnya sudah 2 minggu Mak bekerja semula..
setelah hampir setengah tahun menjadi surirumahtangga :)

Jadinya jadual Mak seharian telah bertambah ketat dan sibuk..
mujur waktu bekerja Mak bermula dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang..
manakala hari Sabtu dan Ahad bercuti :)

Sebenarnya ada banyak cerita yang Mak nak kongsikan...
tapi bila dah bekerja semula ni..
masa macam tak cukup je..
itupun dapat jengah sekejap ke blog orang lain..
nak tinggalkan komen pun tak sempat.. :(

Padahal sebelum menjadi surirumah tu..
Mak dah pernah kerja pun..
agaknya sebab dah lama sangat duduk rumah..
jadi kekok nak uruskan masa seperti dulu kot :P

InsyaAllah, lepas ni Mak akan cuba mencuri masa untuk bercerita lagi ya..
oh ya, Selamat Hari Pekerja dan Selamat Hari Ibu..
terima kasih juga kerana sudi ke Cerita Tentang Haqq.. :)

Gambar lama pada Februari 2011

- Mak Haqq

11 ulasan:

FAD RMLN berkata...

selamat bekerja mak haqq. hehe.

MyLittleBambam berkata...

slamat bkerja lah ye..hope diz time keje lama n best dr sblm..hehe..;p

masurida osman berkata...

keja leklok...jg dr baik2...syg kid...

Tanpa Nama berkata...

ok. Bole blnja mokngah..

zaidah berkata...

selamat bekerja semula....mak haqq dapat kerja kat mana....

Hannah Johary berkata...

Selamat bekerja semula!

Takpe nanti mesti akan dapat manage time balik untuk update blog selalu. :D

aku,suami dan anak berkata...

haqq yg berambot sexy!

faraherda.razalan berkata...

selamat kembali bekerja! dan jgn lupe ye update cite haqq....rindulah kid!

Haqq dan Laeka berkata...

terima kasih semua..
insyaAllah kid berjaya menguruskan masa seperti dulu..
hehehehe... <3

aizamia3 berkata...

walaupun lambat tapi nak wish jugak.. selamat kembali bertugas.. ;)

psstt: tak bestnye anak kena tinggal..

Haqq dan Laeka berkata...

aizamia : tau takpa..sedih wooooo :(

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers