Isnin, 4 April 2011

Bukan Kacau Dodol Tapi Kacau Abah

Assalammualaikum..

Seperti yang Mak pernah ceritakan dulu..
Haqq memang sukakan bola..
sebab itulah rumah ni bersepah dengan bola Haqq..

Ada yang bawah kerusi..
belakang TV, bawah tangga..
senang cerita bersepahlah rumah ni dengan bola Haqq..

Mak tak ingatlah bila..
salah seorang kawan Abah mengajak kami bermain bowling di Kluang..
tapi Mak tak main sama sebab Mak dalam badmood..
ok itu cerita lain.. :P

Dalam masa Abah dan kawannya bermain bowling..
si Haqq tu pun sibuk sama..
sibuk mengacau.. :P

Bila bola Abah dah jatuhkan pin..
Haqq pun jerit Goal..
sambil mengejar bola bowling tadi..
hahahahaha..

Mau tak cuak Abah dan terus kejar si Haqq ni..
budak-budak ni kan kalau kita kejar..
makin laju je mereka lari..

Begitu juga dengan si Haqq..
walaupun pusat bowling ni berhawa dingin..
berpeluh juga nak kejar dia ni..

Goal..!!

Kejap ya Abah, Haqq ambilkan bola tu..

Dah kena angkat pun masih menoleh belakang lagi.

Bila dah macam tu..
Mak kesian pula dengan Abah asyik kena kejar Haqq je..
nanti lambat habis pula Abah main bowling..

Jadi, untuk menggelakkan Haqq mengacau Abah..
Mak bawalah Haqq ke pusat game depan tu je..
dan dudukkanlah Haqq di depan mesin game (Mak tak tau namanya apa)
kebetulan pula game tersebut game bola sepak..

Tahu pula kamu duduk diam di sini ya Haqq..
agaknya seronok dapat pulas joystick tu..
tekan semua punat yang ada..

Kononnya macam dia la yang main..
padahal Mak tak belikan token pun..
cuma intro game tu yang membuatkan Haqq terleka.. :P

Hah pusing joystick tu Haqq.

Amboi, bukan main handal kamu ya.

Kalau kamu selalu main macam ini..
mata jadi rabun, keluar peluh pun tidak.
keluar duit ada lah..

Baik kamu main bola atas padang je Haqq..
keluar peluh, badan jadi sihat...
otak pun cerdas.. :)

p/s : Gambar di lane bowling itu telah di "save frame" (perkataan yang ditiru dari software PMB) dari video

- Mak Haqq

5 ulasan:

faraherda.razalan berkata...

haqq yg kiut n ensem...amboi, berjalan aje die ye? tgk tu, notty...nak kejar bola bowling eh? pndi tol die!

KAK RAINBOW berkata...

amboi haqq mahu main bowling kah

FAD RMLN berkata...

hahahaha. nakai betul haqq ni nak lari kt lane bola plak. sabo je lah.

erienz berkata...

jom main bowling haqq...dah lama bebenor antie x main...

abah dan mak haqq berkata...

fara : hahaha..tak berjalan kemana pun.tu bowling tu ada orang nak payung..hehehehe..bila dah kemaruk bola tu,bola bowling pun dia nak sepak.. :P

nurul : bukan bola bowling yang menggelungsur kat lane bowling nanti tapi si haqq yang jatuhkan pin tu karang.. :P

fad : nasib baik kat lane kami je..kalau kat jiran sebelah menyebelah tak ke naya tu.. :P

kak erin : jommmmmmmmmm..hehehehe :)

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers