Isnin, 28 Januari 2013

Tentatif Kelahiran Malaeka - Vol 2

Assalammualaikum..

Kesian Tok Mak tertunggu cerita dari Mak ni..
Ye la Tok Mak..
Hari ni saya sambung ya..
Hehehehe :)

Alhamdulillah.. Dalam pukul 3.30 pagi macam tu..
Kami sampai ke HSA dan terus ke Bilik Saringan (BS)..
Jalan kan clear je so laju je lah Abah tekan minyak..

Semasa di BS, CTG dilakukan seperti biasa..
Sejuk betul dalam BS tu.. 
Sudahlah sejuk pagi, ditambah lagi dengan sejuk aircond..
Mau tak menggigil Mak ni..

Sepanjang CTG, kontraksi tak aktif pulak..
Pening jugak kepala ni..
Kemudian bila doktor periksa bukaan pangkal rahim..
Masih lagi 2 cm..

Pada mulanya doktor menyarankan Mak ditahan sekali lagi..
Tetapi selepas Abah daftar wad..
Doktor kata tak perlu pula..

Jadi, kami patah balik semula ke rumah...
Sampai di rumah hanya ada Mokcu yang kebetulan balik hujung minggu dan Tok Abah je..
Tok Mak dah pergi kerja..
Kesian Tok Mak yang risaukan Mak tak bersalin lagi ni..

Oleh kerana pagi-pagi sebelum subuh dah keluar rumah untuk ke HSA..
Bila dah sampai rumah tu..
Mak dan Abah pun sambung tidur semulalah.. :P

Ingatkan Mak dapatlah tidur dengan aman..
Dalam pukul 10 pagi macam tu..
Mak rasa sakit sangat..
Mokcu cakap dah macam kucing nak beranak..
Bergumpal atas katil, berbolot-bolot dengan gebar..

Nasib baik ada Abah dan Mokcu..
Boleh tolong tengokkan dan layankan Haqq..
Mak memang dah tak larat dah nak uruskan Haqq

Masa tu dah terpikir, baru 2 cm dah sakit macam ni..
Kalau macam ni Mak sanggup C-sec..
Tak larat rasanya nak tunggu sampai 10 cm..

Meleleh-leleh air mata bila bercakap dengan Tok Mak dalam telefon..
Mengadu sakit, mengadu tak nak bersalin normal..
Sorry ya Tok Mak sebab buat Tok Mak sedih..

Kemudian, Mak Mah iaitu kakak ipar Tok Mak..
Menyarankan Mak ke Hospital Pontian..
Tak mengapalah kalau pihak Hospital Pontian marahkan Mak..
Mak redha je :)

Abah tak berani nak hantar Mak ke HSA..
Mana tau terberanak dalam kereta..
Tujuan hantar ke Hospital Pontian pun untuk minta ambulan bawa ke HSA..

Bila tiba di Hospital Pontian..
Mak berjalan dengan perlahan-lahan, terkepit-kepit kesakitan ke Bilik Pemeriksaan..
Itupun Mak dipapah oleh Mokcu...

Nasib baik ada seorang nurse tu melayan Mak dengan baik..
Mak ada cakap dengan dia yang Mak nak bersalin di Hospital Pontian sahaja..
Dengan lemah lembut, nurse jawab "Kita periksa dulu jalan ya puan. InsyaAllah ada rezeki, puan boleh bersalin di sini".

Bila nurse periksa bukaan rupa-rupanya sudah 5 cm..
Memanglah Mak terkejut dan sangat-sangat-sangat gembira..
Rupanya sakit pagi tadi tu sudah 5 cm..

Terus hilang rasa sakit Mak tu..
Mak dah senyum-senyum berangan nak bersalin secara normal..
Nurse pun suruh Mak tukar baju dan beritahu suami yang Mak dah nak bersalin..

Punyalah laju langkah Mak ke ruang menunggu tu..
Abah dan Mokcu pun terkejut sebab Mak boleh jalan laju macam tu..
Bukan apa, Mak sangat teruja bila dapat tau bukaan dah 5 cm..
Jujur Mak katakan di sini, hilang terus rasa sakit tu semua.. :)

Lepas salam dengan Mokcu dan mintak maaf dengan Abah..
Mak pun terus ke bilik bersalin..
Excited sangat nak bersalin :)

Masa dalam bilik bersalin..
Mak didatangi doktor dan beliau berkata setelah berbincang dengan pihak HSA..
Mak tidak dibenarkan bersalin disitu...
Perasaan Mak sedih sangat..

Kenapa Mak nak sangat bersalin di Hospital Pontian..
Sebabnya hospital dekat sangat dengan rumah Tok Mak..
Jadi senanglah Abah berulang-alik bila Mak dah bersalin nanti..
Haqq pun boleh melawat Mak walaupun melalui tingkap sahaja..

Adeh..
Penat dah Mak membebel ni..
Nanti mak sambung lagi..
InsyaAllah yang akan datang adalah part yang terakhir.. :)

Lagipun cerita ni merupakan entri pertama bagi tahun 2013..
Mana tau akan lebih banyak cerita selepas ni..
Kan :P