Jumaat, 28 Januari 2011

Macam inilah caranya

Assalammualaikum..

Sebelum ni Mak dah janji nak ceritakan..
bagaimana kami nak sejukkan badan..
bila berada di rumah Tok Muni kan..

Caranya ialah berendam di SUNGAI..!!
ya, di kampung Abah ada sungai..
tapi anak sungai kecil je..
siapa ada jeram lagi tau :)

Sebelum Haqq lahir dulu..
Mak memang rajin ke sungai ni kalau balik kampung..
kali terakhir Mak ke sungai..
masa itu sedang mengandung 4 bulan.. :P

Air sungai ni sejuk dan jernih..
Mak memang pantang jumpa sungai macam ni..
maklumlah di Pontian ni, mana ada sungai bersih..
cuma kelmarin, airnya agak keruh sedikit..
sebab sekarang kan musim hujan..

Abah pula kalau ke sungai..
kerjanya mesti nak pasang pukat dan memancing..
itu memang hobi Abah sejak kecil lagi..
lagipun sungai ni merupakan tempat mainan Abah dari dulu lagi..

Selalunya bila ke sungai ni..
kami pergi beramai-ramai dengan menaiki motor..
ini adalah kerana lokasi sungai itu di tengah-tengah ladang sawit..
siapa sangka kan..
di sebalik ketebalan ladang sawit ni..
ada anak sungai yang bersih.. :)

Adventure tak perjalanan ke sungai ni?

Mau Mak tak geram bila nampak sungai macam ni :)

Sampai je semua pakat pasang umpan untuk memancing

Abah mencuba nasib dengan memasang pukat

Ini merupakan kali pertama Haqq ke sungai,
dan dia begitu teruja sekali :)

Lain kali kalau balik kampung Abah..
kami nak ke sungai lagilah..
tak puas rasanya berendam hari tu..

Kesian mereka yang memancing tu..
seekor ikan pun tak dapat..
Abah pun tak terkecualilah..

Abah cakap ikan disini dah muak makan cacing..
dari Abah kecil sampai tua..
umpannya cacing je..
so manalah ikan tu semua pandang.. :p

Selamat tinggal sungai,
nanti kami datang lagi ya :)

p/s : ada video tapi tak boleh nak upload.macam mana ek?

- Mak Haqq

Khamis, 27 Januari 2011

Di beranda rumah pun boleh

Assalammualaikum..

Bila masing-masing dah kenyang,
terbongkanglah mereka berdua.

Bila masing-masing sudah makan tengahari..
mata pun jadi mengantuk..
apa lagi, heretlah bantal ke beranda rumah Tok Muni tu..

Berehat di beranda ni berangin sikit..
kalau nak dibandingkan dalam rumah tu..
dah pasang kipas dengan level paling laju pun..
masih panas lagi..

Biasalah kawasan perumahan felda ni..
memang sentiasa panas..
lebih lagi dah banyak pokok kelapa sawit sudah ditebang..
untuk proses penanaman semula..

Tapi kami ada cara lain tau untuk sejukkan badan..
memang seronok sangat..
silap haribulan, siapa yang cuba cara ni..
memang menjadi gianlah..

Apa caranya?
hahahahaha..
tunggu la ya :)

- Mak Haqq

Rabu, 26 Januari 2011

Buat baik ada makna la tu

Assalammualaikum..

Haqq la siapa lagi..
bukan main rajin dia tolong Abah basuh kereta..
bila Abah dah siap sabun..
dia pun tolong bilas dengan air..
tapi hanya bilas di tayar je la.. :P

Mula-mula dia perhatikan je Abah pegang getah..
kemudian bila Abah nak menyental tayar lain.
Abah tinggalkanlah getah tu di atas tanah..
Haqq pun dengan sepantas kilat mencapai getah..
dan terus menyimbah tayar depan tu.. :P

Ya, Mak tau Haqq memang rajin kan..

Mujur pakai getah paip (eh betul ke?)..
kalau pakai gayung dengan baldi..
memanglah Mak tak berani..
mau tertonggeng dalam baldi tu nanti..
isk, Nauzubillah..
mintak dijauhkanlah segala perkara buruk tu semua..

Kemudian, Haqq pun mulakanlah operasi dia tu..
main air la apa lagi.. :P
dengan buat muka tak bersalah..
bersahaja je dia halakan getah ke badan dia tu..
konon tak sengajalah terbasahkan baju seluar..

Tolong bilas kereta tu sebenarnya untuk cover line je

Yang paling Mak suka sangat masa main air tu..
Haqq cuba tangkap air yang mengalir keluar dari getah..
khyusuk benar dia cuba tangkap air..
huhuhuhuhu.. :P

p/s : nanti kalau Haqq dah besar, jangan berat tulang ya nak :)

- Mak Haqq

Haqq Si Pelumba Lari

Assalammualaikum..

Bila balik kampung Abah..
Haqq dah jadi jakun semacamlah..
seronoklah dia asyik keluar masuk rumah..
mentanglah rumah Tok Muni tu tiada pagar..

Selalunya bila di kampung Abah..
kami akan mandikan Haqq lewat sedikit..
bukan apa, air kat sana tu sejuk sangat..
kesian pula si Haqq tu nanti..

Jadi bila dah bangun tu..
Mak salinkan pampers dulu..
tapi tak sempat breakfast lagi..
si Haqq dah nak meluru keluar rumah..

Macam pagi Selasa tu..
bila dah siap breakfast nasi goreng Nek Midah..
berlarilah Haqq mengejar ayam, kucing yang berkeliaran depan rumah tu..

Hendak mengejar si Haqq ni memerlukan kesabaran yang tinggi..
(pada Mak dan Abah lah) :P
makin kita ikut dia dari belakang..
semakin laju dia berlari..
bukan apa, Mak takut Haqq tersungkur je..
lagipun jalan depan rumah Tok Muni ni berbukit..

Sesiapa yang pernah ke Felda Lepar Utara Jengka ni..
mesti tau macam mana keadaan di sini..
lebih lagi Cik Ain tu..
yang rumahnya mak ayah dia tu selang sebuah rumah je tu..
kan Cik Ain kan? :)

Dahlah kalau si Haqq ni berlari..
macam tak jejak tanah..
sambil berlari tu sempat pula dia menoleh kita ni di belakang..
macam mengejek dia supaya kejar dia sampai dapat..

Sebab itu lah bila Haqq berlari..
kami selalu ikut dia senyap-senyap..
sama juga kalau di rumah ni..
takut nanti bila Haqq nampak kita berlari mengejar dia..
terlanggar pula benda yang di hadapan dia tu..

Bukan main laju je Haqq lari..

- Mak Haqq

Selasa, 25 Januari 2011

Jangan pergi kedai ini sebab pelayannya sombong!

Assalammualaikum..

Seperti kamu semua ketahui..
minggu lepas kami sekeluarga pulang ke kampung Abah..
di Lepar Utara,Jengka..

Alang-alang kami balik kampung..
TokMuni minta kami bawa ke Jerantut sebab ada urusan..
lepas Poksu Haqq balik sekolah..
ke Jerantut lah kami semua.. :)

Ini merupakan kali ke2 Mak dan Haqq kesana..
masa pertama kali tu pada sehari sebelum Hari Raya 2010..
hendak beli persiapan raya..

Lepas selesai urusan tu..
singgah Maghrib di rumah Cik Ain..
kemudian ke sebuah kedai makan yang dikatakan agak terkenal di Jerantut..
tapi sorry la ya..
Mak tak ingat apa nama kedai tu..

Tapi rasanya Mak ingat lokasi kedai tu..
di bawah rimbunan pokok..
satu jalan dengan Hospital Jerantut..
bersebelahan dengan bangunan TNB kot..
ada sesiapa yang tau tak kedai ni?

Yang sedap cuma Tomyam tu je.. :(

Kenapa Mak cakap Tomyam tu je yang sedap..
sebab ikan bakar tu tak sedap langsung..
kuah ikan bakar takda rasa apa pun..
telur bungkus yang masin sangat..
lauk yang lain lebih kurang sama tak sedapnya..
sudahlah mahal,pelayan di situ sombong pula tu..
tapi yang penting kedai ni telah disenarai hitam dalam list kami.. :P

Haqq macam biasalah kalau masa makan..
dia mana nak duduk diam..
bagi pinggan satu..
isikan sedikit nasi dan isi ikan..
makanlah dia tu..
sebutir-sebutir nasi dia makan..
comel je tengok dia jari-jari dia kutip nasi dalam pinggan..

Lain kali,kalau kami ke Jerantut..
nak cari kedai lain pula..
sesiapa yang tinggal di Jerantut tu..
bagilah cadangan ya.. :)

Jumaat, 21 Januari 2011

Ada Apa Dalam Troli?

Assalammualaikum..

Alhamdulillah, kami dah selamat sampai ke Johor semalam..
wah macam bercuti ke luar negara je kan.. :P
kami telah pulang ke kampung Abah sejak hari Ahad lalu..

Bukan main seronok Haqq balik kampung Abah..
mau tak seronok sebab ramai yang layan dia..
Tok Muni dan Nek Midah lagi seronok tau Haqq..
sebab cucunya balik.. :)

Yelah, cucu-cucu mereka semuanya duduk jauh..
Maklong Haqq tinggal di Kedah tu..
Haqq pula di Johor..
kutub utara kutub selatan.. :P

Eh, Mak dah lari tajuk pulak..
sebenarnya entri ni dah lama dalam draft..
cuma tak berkesempatan je nak publish..
ini Mak ada edit sikit, part balik kampung tu je..

Awal Januari lalu..
kami berdua mengikut Tokmak dan Mokcu ke Jusco Tebrau..
Abah kerja sebab itulah kami menyibuk sekali..

Sedang sibuk Tokmak dan Mokcu cari barang..
Haqq pula dah merengek nak susu..
tapi stroller tak bawa sebab tertinggal dalam kereta Abah..

Jadi terpaksalah Haqq baring dulu troli tu..
nak dukung, awak tu boleh tahan juga beratnya..
mula-mula Mak risau juga..
mana tau Haqq menangis sebab rasa sakit bila baring nanti..
tapi nasib baiklah Haqq tak banyak songeh.. :P

Habis je susu sebotol tu..
terus Mak turunkan dari troli tu..
Haqq pun apa lagi..
berlarilah ke sana ke mari..
macam tempat tu dia punya..
hehehehe.. :P

Dari jauh macam anak kena buang je.. :P

Menyusu pun masih sibuk nak pandang sana sini..

Berbantalkan beg plastik Jusco yang berisi baju Mokcu

p/s : nanti Mak update lagi cerita Haqq di kampung tu ya.. ::

- Mak Haqq

Jumaat, 14 Januari 2011

Main Becak

Assalammualaikum..

Inilah yang Haqq buat yang Mak nak ceritakan tu.

Mula-mula, Haqq duduk diam dengan Abah..
kemudian tiba-tiba Abah panggil Mak..
suruh tengok apa Haqq buat di tepi selekoh tu..

Bila Mak toleh je..
nampak si Haqq sedang melonjak keriangan dalam becak..
habis sandal basah tapi nasib baik baju dan seluar tak basah sama..
kalau basah juga alamatnya berlenggeng la nanti.. :P

Mak ingatkan bila dah buka sandal dan dudukkan semula dengan Abah..
Haqq tak turun kerusi lagi..
eh,tidak rupanya.
Haqq tu bukan main ligat lagi dia turun dari kerusi..
laju je lari pergi terjah becak tu semula..

Itu yang Mak sempat ambil gambar tu..
mujurlah becak tu tak dalam dan tak banyak air..
kalau tidak gamaknya berendam dalam becak la si Haqq tu..

Mentang-mentang la kat rumah orang,
bukan main kamu ya..!!

Dimarah,dipukul kakinya tu bukan tau takut..
last-last kami biarkan je la..
tak larat dah asyik nak kejar Haqq je..

Isk isk..
bocah lanang la katakan..
lagipun bukan selalu dapat buat macam ni kan Haqq.. :P

Mak dulu pun lepas hujan lebat je..
mesti terjun parit sebelah rumah TokLom tu..
Abah pula memang kaki sungai kat kampung tu..
patut anak lebih kurang je macam kami..
hahahaha.. :P

p/s : Sila kawal anak-anak anda ketika musim hujan. Becak tu maksudnya lopak air ya.. :)

- Mak Haqq

Rabu, 12 Januari 2011

Blind Date Haqq

Assalammualaikum..

Ahad lepas, kami ke Pasir Gudang untuk berjumpa dengan Birthday Girl, Myiesha..
Myiesha merupakan anak gadis rakan blogger mak, Hannah..
Hannah pula merupakan rakan blogger pertama yang mak jumpa.. :)

Mummy Myiesha ni cantik dan slim tau..
apa rahsianya Hannah?
Kid cemburu tau Hannah.. :P

Kegebuan Myiesha terserlah dalam gambar :)

Myiesha nampak manis bergaun Purple,
Haqq pula nampak koreng berbaju Orange.. :P

Birthday Girl :)

Abi dan Mummy Myiesha :)

Mama Nashriq pun ada juga datang..
tapi masa tu kami dah balik..
sebab Abah Haqq nak kerja malam..
takpa lain kali kita buat date lain pula ya.. :P

Dalam masa kami tengah sibuk sembang..
nak tahu Haqq buat apa?

Dikutipnya batu depan rumah..

Kemudian,dibuangnya batu tu dalam parit.
Nampak tak Haqq tengah cangkung dalam gambar tu?

Bukan setakat tu je Haqq buat..
dia gigit batu tu lah..
korek baja bunga dalam pasu yang diletakkan di kaki khemahlah..
kejar orang main layang-layanglah..
tapi itu semua Mak tak sempat nak ambil gambar..

Cuma ada satu je yang Mak sempat ambil..
hehehehe..
yang itu tunggu next entri ya.. :P

Terima kasih buat Hannah dan Mett kerana telah menjemput dan melayan kami..
InsyaAllah nanti kita buat date lagi ya..
tapi dah tak jadi Blind Date lagi la..
sebab masing-masing dah kenal.. :)

p/s : Happy Birthday buat Mama Nashriq yang juga berkongsi tarikh dengan Myiesha, 9 Januari :)

- mak haqq

Isnin, 10 Januari 2011

Yang Paling Comot 2010

Assalammualaikum..

Inilah gambar yang paling masam,comot,selekeh
yang ada dalam koleksi kami untuk setakat ini.. :P

Masa ni baru bangun tidur..
dengan muka comot..
dengan hidung penyet..
dengan mata separa juling air..
dengan bau masam susu..
dengan gigi jarang..
dengan beberapa das tembakan nyamuk di muka..
dengan rambut kerinting menggerbang..
dengan rambut dan leher bau masam peluh..
dengan luka atas kening..
dengan taik mata berselepet..
dengan pampers penuh..

Berapa banyak dengan daaa... :P

p/s : sebenarnya masa baru bangun tidurlah paling best sekali nak cium Haqq.. :)

- mak haqq

Khamis, 6 Januari 2011

Cerita Kegemaran Haqq

Assalammualaikum..

Sekarang ni Haqq dah ada cerita kegemaran tau..
gara-gara Mokcu Haqq la yang tunjukkan pada Haqq..
sampaikan Mak terpaksa copy dari Mokcu dan install dalam lappy cabuk ni..

Kalau dibukakan cerita ni..
Haqq tengok sampaikan tak hirau orang kiri kanan dah..
kalau ada sebotol susu panas..
memang bersilang panggunglah Haqq atas katil tu.. :P

Amboi, khusyuk benar dengan mulut terlopong berhidung kembang tu!!

Siap landing baik dengan beralaskan 2 biji bantal..

Mak ambil gambar dari belakang pun masih tak sedar..

Cerita inilah yang Haqq khusyuk sangat tengok tu..
Cerita Geng : Pengembaraan Bermula Upin & Ipin

Setiap hari bila bangun tidur je..
dan nampak lappy di kepala katil tu..
terus je sebut "Upin Ipin".. :P

Tapi takdalah Mak ikutkan sangat kehendak Haqq tu..
Mak bukakan cerita tu bila Mak perlu buat sesuatu tanpa gangguan Haqq..
bukan apa cuma bagi dia leka sekejap.. :)

Dalam sehari adalah dalam 2 atau 3 kali Mak beri Haqq tengok..
itupun ceritanya bukan sampai habis Haqq tengok..
Mak memang sengaja tak buka penuh cerita tu.. :P
lagipun mana elok bagi budak kecil tengok skrin lappy lama-lama kan?

p/s : Mak dan Abah dah hafal pun jalan cerita tu.. :P

- mak Haqq

Isnin, 3 Januari 2011

Berakhir sudah mimpi ngeri Haqq

Assalammualaikum..

Selamat Tahun Baru 2011..!!!
sekejap je rasa dah masuk tahun baru ni..
maka bertambahlah usia kita setahun.. :)

Masing-masing ada azam untuk tahun baru ni..
begitu juga kami sekeluarga...
cuma ia tak dapat kami share di sini je..
konon-konon privacy.. :P

Semalam,2hb Januari..
kami telah menghantar pulang Pembuli Kedua Haqq aka Mokcu ke sekolah..
di Segamat..
Mokngah aka Pembuli Utama, dah balik dulu ke Penang pada 21hb Disember yang lalu..
tapi Mokngah naik bas..

Maka berakhir sudah mimpi ngeri Haqq bila semua pembuli dah kembali ke sekolah.
tapi sunyilah nanti kan Haqq..
bilalah mereka semua nak bercuti lagi ni..
dah lah banyak juga program yang tak sempat kita buat ni..

Mana tak sempatnya..
Mokngah tu sekejap sangat cuti..
kemudian kena balik awal sebab ada program..
maklumlah orang kuatlah katakan.. :P

Mokngah dan Mokcu..
Alom harap kamu semua belajar bersungguh-sungguh..
buat diri sendiri serta keluarga bangga dengan kejayaan kamu nanti..
Alom doakan segalanya yang terbaik untuk kamu semua.. :)

Mokngah dan Mokcu

p/s : Alom sayangkan kamu semua :)

- mak haqq
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers