Rabu, 30 November 2011

WW #04

Assalammualaikum..

Mood Mak hari ini kerana rindukan Haqq


MMS yang dikirim Abah pagi tadi. 
Haqq seronok di kampung Abah lupakan Mak. Sobs :(


- Mak Haqq

Rabu, 23 November 2011

WW #03

Assalammualaikum..


Sumber dari Umi Payin

- Mak Haqq

Khamis, 17 November 2011

Patutlah Haqq Senyap Je, Rupa-rupanya..

Assalammualaikum..

Selalunya bila waktu tengahari Sabtu atau Ahad..
lepas semua orang kenyang makan tengahari..
Mak akan menghabiskan masa depan lappy pusaka ni..
sementara Haqq pula Mak biarkan dia bermain-main sebelah Mak..

Di tepi meja inilah Haqq selalu bermain sambil menemani Mak

Itu pun kalau Abah bekerja pada minggu tersebut..
tapi bila Abah cuti...
kami bertiga tak lepas peluang untuk tidur secara berjemaah..
hahahaha.. :P

Tapi jangan ingat Mak tak layan si Haqq tu..
sambil Mak surfing dan menaip..
Mak pun turut serta main tembak-tembak dengan Haqq tau.. :P

Haqq akan datang ke arah Mak sambil cakap "Mak tembak Mak. Pom pom"..
kemudian Mak kenalah pura-pura mati lalu baring di lantai..
nanti Haqq akan datang dan terus selamatkan Mak..

Bukan selamatkan Mak dengan kaedah CPR..
tapi Haqq akan peluk Mak sambil berkata "Ayang Mak"..
nah, hiduplah semula Mak Haqq ni.. :P

Begitulah sebaliknya..
Mak kena kerah tembak Haqq sampai mati..
bila dia terlentang tu...
kenalah Mak peluk dan sayangkan si masam tu..

Kadangkala Mak sengaja tak nak hidupkan dia tu..
nanti mulalah dia panggil "Mak ayang cepat"..
nasib kamu lah Haqq dapat Mak pembuli macam ni.. :P

Tapi ada satu hari tu..
lepas dah puas main tembak-tembak dengan Mak..
tetiba Haqq senyap je..

Mak pun hairan ke mana si Haqq ni pergi..
nak kata dia kacau Tok Mak dalam bilik..
atau kacau Tok Abah menonton TV kat bawah tu..
Mak tak dengar pula suara mereka bergurau senda..

Rupa-rupanya..

Memula Mak jenguk dari tepi je.

Kemudian Mak berdiri kat tangga pun Haqq tak sedar lagi

Tengah sibuk main kotak kasut.

Sampaikan kasut Mak berterabur sampai bawah

Kutip apa lah tu sampai tak nak toleh Mak

Memula nampaklah senyumnya tu.

Kemudian nak rampas pula kamera ni.

Sebenarnya, Mak sedang tunggu Haqq mengantuk..
sebab tu Mak biarkan dia main sampai penat..
hehehehehe.. :P

Selepas cubaan merampas kamera dari tangan Mak..
Mak pun ajak Haqq masuk bilik..
buatkan susu dan terus baring atas katil..

Nah, tak habis lagi susu tu...
mata Haqq pun dah terpejam..
itu tandanya memang Haqq penat sangatlah tu.. :P

Bila Haqq dah tidur tu..
barulah Mak kemas semua dan sambung semula kerja yang tergendala tadi..
agak-agaknya Mak sambung apa ya?
sambung tidur sebelah Haqq lah.. :P

- Mak Haqq

Rabu, 16 November 2011

Happy Birthday Abah

Assalammualaikum..

Alhamdulillah, hari ini genap Abah berumur 30 tahun..
eh Abah dah 30 lah.. 
hehehehe.. :P

Mak memang jarang belikan Abah hadiah..
dari zaman bercinta sampailah sekarang..
sebab selalunya bila Mak belikan sesuatu tu..
bukannya sempena birthday Abah pun.. 

Cuma pada 2009 yang lalu..
Mak jadikan kelahiran Haqq sebagai hadiah birthday Abah pada tahun itu..
aci tak ek? :P

Tapi kasih sayang Mak pada Abah sentiasa mekar dari sejak bercinta sampailah sekarang..
dan InsyaAllah hingga nafas Mak terakhir..
cewah.. :P
Mak sentiasa mendoakan segala kebaikan dan kejayaan untuk Abah..
tak kiralah ketika di dunia dan untuk akhirat nanti..
Amin... :)

Happy Birthday Abah..!! <3

p/s : Abah sentiasa kacak di mata Mak tau :)

- Mak Haqq

Isnin, 14 November 2011

Terlalu Banyak dan Terlalu Sedikit

Assalamualaikum..

Sebenarnya terlalu banyak untuk dikongsikan bersama semua..
tetapi malangnya terlalu sedikit masa untuk digunakan untuk meng"update" blog ini..
haih... :(

Lebih lagi tentang pertemuan empat mata yang berperut buncit..
nanti-nantilah je lah Mak curi masa yang ada ni ya..
tapi Mak harap jangan ada yang serik menunggu pula :)

Abang Long Haqq :)
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers