Isnin, 28 Februari 2011

Spidermanlah Sangat

Assalammualaikum...

Gigih memanjat

Macam ginilah gayanya bila ada anak lelaki..
lepas satu-satu perangai yang dia buat..
kemudian pada sebelah malamnya..
Haqq buat aksi Spiderman pula..
dengan memananjat tingkap rumah atas Tok Lom Misai.. :P

Tingkap yang dibulatkan itulah yang dipanjatnya..

Siapa ntah yang ajar panjat macam tu..
Haqq panjat tu sebab nak intai Abah kat luar..
masa tu Abah sedang nyalakan api..
untuk nak bakar sate pada malam CNY yang lepas..

Tinggi itu je lah yang Haqq dapat panjat.. :P

Bila dah dapat panjat tu..
bukan main lebar sengih dia tu..
bangga la tu sebab dapat panjat tingkap..

Mak kat belakang ni..
sebelah tangan pegang kamera..
sebelah lagi bersiap sedia..
takut Haqq terjatuh ke apa..

Nasib baik Haqq tak dapat panjat tinggi..
nak kata badan berat..
tak sampai 10kg pun si Haqq ni...
agaknya sebab lapisan papan tu kecil kot..
hanya ngam-ngam ibu jari kaki Haqq yang comel tu.. :)

Gamaknya kalau Haqq dah besar nanti..
mesti main terjun ke luar tingkap..
macam Mak dulu-dulu..
masa main kejar-kejar...

Mak lari masuk rumah..
dan keluar dengan terjun dari tingkap..
sebab nak elak kena cuit..
hahahahahah.. :P

p/s : rindunya Mak zaman kecil-kecil dulu..

- Mak Haqq

Jumaat, 25 Februari 2011

Demam Lagi

Assalammualaikum..

Alhamdulillah..
ketika Mak menaip entri ni..
Haqq telah pulih sepenuhnya dari demam..
badan Haqq pun dah tak panas lagi macam malam tadi..

Semalam Haqq ke Klinik Desa Parit Semerah..
untuk check up dan telah diberikan suntikan..
dah lama Mak tak hantar Haqq check up..

Selama ini Abah yang bawa Haqq..
ala setakat check up biasa tu biarlah Abah yang hantar..
kalau Mak yang hantar..
ada nanti yang tak masuk office terus.. :P

Inilah kliniknya :)

Kesan suntikan di peha kiri Haqq.

UPDATE pada 22:47pm - Bukan peha kanan tapi peha kiri.Mak terlupa pula.. :P

Haqq mula demam sejak petang semalam lagi..
dan berpanjangan hingga ke malam..
so malam tadi Mak dan Abah tidur-tidur ayam je lah..

Haqq tak merengek ataupun menangis..
tapi hanya hendak Abah seorang je yang tepukkan dia..
bila Mak nak tepuk je..
dia tepis tangan Mak ni..

Haqq ni kalau sihat atau tidak..
bila masa Abah ada di rumah..
semua benda mesti nak Abah yang buatkan..
macam kali terakhir Haqq demam tu dulu..

Sampaikan nak tidur pun..
nak baring atas badan Abah..
Mak yang depan mata ni..
langsung Haqq tak pandang..

Tapi, oleh kerana Abah masuk kerja pagi tadi...
dan tak balik sebab sambung kerja malam pula..
Haqq tiada pilihan lain..
Mak juga yang kamu peluk sepanjang hari..
hehehehe.. :)
Hari ini Haqq jadi beruang koala.
Gambar terpaksa dikaburkan atas faktor keselamatan.. :P

Nak tinggalkan Haqq sekejap pun tak boleh..
sampaikan bila Mak nak masak bubur dia pun..
kena tahan telinga dan mata melihat Haqq berguling menangis kat atas lantai..

Bila Mak dah tenggek periuk atas api..
barulah Mak dukung Haqq semula..
jadi masa Mak goreng dan kisar ikan bilis..
Haqq masih lagi Mak dukung..

Nasib baiklah Haqq buat perangai macam ni..
bila masa Haqq tak sihat je...
kalau hari-hari, mau tak meroyan Mak.. :P

Selepas makan tengahari tu..
barulah Haqq nak baring sendiri atas katil..
itupun dalam keadaan meniarap..

Nampak macam tinggi pula si Haqq ni.

Masam...!!!

Lama juga Haqq ni tidur..
dari jam 12.30 tengahari..
sampai pukul 5 petang..
mesti kesan dari ubat dari klinik tu..

Sekarang Mak masih di rumah belum bekerja lagi..
bolehlah melayan perangai kamu ni..
kalau di rumah babysitter nanti..
macam manalah keadaan kamu agaknya..
Mak harap kamu tidak menyusahkan babysitter ya.. :)

p/s : Macam mana Mak tau Haqq dah baik demam? Sebab petang tadi Haqq dah boleh main bola..!! :P

- Mak Haqq

Rabu, 23 Februari 2011

Vacancy - Review Writer for hannahjohary.blogspot.com

Assalammualaikum..

Kali ni entri Mak bukan berkenaan dengan Haqq..
tapi berkenaan Aunty Hannah..
iaitu Mummy kepada si comel berambut kembang setaman, Myiesha.. :)

Sempena ulangtahun blog Mummy Myiesha yang ke-5..
Mak tergerak hati untuk menulis..
kononnya ingin merebut hadiah yang disediakan oleh beliau..
huhuhuhuhu.. :P

Mak mula membaca blog beliau semenjak beliau mula berkahwin lagi..
bila dah start membaca dulu tu..
terus Mak mengikuti sampailah sekarang.. :)

Kenapa Mak suka?
sebab setiap kali Mak membaca entri beliau..
seolah-olah beliau sedang bercerita depan Mak..
dengan suaranya yang sangat sangat lembut...!!!
sesuailah dengan pekerjaannya sekarang..
yang selalu berinteraksi dengan orang awam.. :)

Kalau ada yang pernah dengar suara Mak..
mesti bingit telinga..
dahlah suara Mak ni kuat, nyaring pula tu.. :P

Mesti ada yang tertanya..
bagaimana Mak tahu suaranya lembut..
sebab kami pernah berjumpa di Pasir Gudang..

Setiap entri yang ditulis beliau...
Mak sentiasa tersenyum...
dengan ayat-ayatnya yang simple tapi cepat meresap dalam otak ni.. :P
sebab itulah Mak selalu singgah blog beliau..
dan baca berulang kali setiap entri baru..
huhuhuhu.. :)

Ditambah lagi dengan kehadiran si anak daranya yang comel tu..
Farimyiesha, yang sangat comel...!!!
(geram geram geram)
Myiesha mempunyai persamaan yang sama tau dengan Haqq..
mereka berdua mempunyai rambut yang curly.. :)

Tidak lupa juga Abi Myiesha, Mett..
yang sangat sporting dan kacak..
(matilah Mak sebab puji suami orang)
sentiasa melayan karenah Mummy Myiesha berjumpa dengan rakan bloggersnya..
dan Myiesha yang cheeky tu.. :)

Mereka berdua ni bercinta dari zaman sekolah tau..
mesti pelbagai dugaan yang mereka tempuhi..
dalam merealisasikan impian untuk hidup bersama..
kamu berdua sangat secocok tau.. :)

Apa lagi ya..
sebenarnya ada banyak sebab..
tapi Mak tak berapa pandai nak ceritakan di sini..
cukuplah Mummy Myiesha tau yang Mak memang suka singgah di blognya.. :)

Farimyiesha, anak dara yang comel berambut kembang setaman :)

Abi dan Mummy yang sangat sweet

Mak harap Mummy Myiesha akan terus menulis sampai bila-bila..
kerana Mak sentiasa menantikan setiap entri terbarunya..
jadi pada sesiapa yang ingin merasai pengalaman seperti Mak..
singgalah ke blog Mummy Myiesha tu ya :)

- Mak Haqq

Isnin, 21 Februari 2011

Terima Kasih Aladdin

Assalammualaikum..

Rasanya semua kawan-kawan Mak..
sedia maklum yang HP Sony Ericsson K800i Mak tu..
telah rosak dan tidak boleh digunakan lagi..

Dahlah semua nombor telefon..
Mak save dalam memory card tu..
yang hanya boleh dibaca melalui handphone Sony Ericsson saja..
macam manalah Mak nak contact kawan-kawan Mak ni... :(

Semua orang dalam rumah ni termasuk Abah pun gunakan Nokia..
terpaksalah pinjam sekejap handphone Cik Aten..
untuk salin segala nombor tu..
dan isikan dalam buku kecil..
boleh ya Cik Aten.. :)

Bila nak isikan nombor telefon dalam buku kecil ni..
teringat Mak masa zaman sekolah dulu..
buku telefon yang popular ialah buku telefon yang berlipat-lipat tu..
selalunya dijual dengan pelbagai cover kartun..
seperti Pooh dan Garfield :)

Sony Ericsson K800i

Mak sangat sayangkan handphone ni..
sebab ia merupakan hanphone yang paling canggih..
yang pernah Mak ada..
dan dibeli dengan menggunakan wang Mak sendiri..

Handphone ini paling lama berjasa dengan Mak..
dari tahun 2006 hinggalah tahun 2011..
dengan menggunakan handphone inilah..
gambar dan video pertama Haqq telah diambil..

Selalunya bila Haqq buat main handphone ni..
boleh di"ON"kan semula..
tapi minggu lepas, terus tak boleh di"ON"kan..
bila dibawa ke kedai..
kosnya mahal seperti membeli handphone baru... :(

Gambar sebelum kejadian :(
Mokngah cakap Haqq macam Aladdin :P

Terima kasih ya Aladdin..
sebab rosakkan handphone kesayangan Mak ni..
bolehlah Mak claim dengan Abah handphone baru..
Mak nak yang lebih canggih dari K800i ni tau Abah.. :P

p/s : Kalau Abah gantikan yang baru, jangan harap kamu boleh cuit ya sayang.. :P

- Mak Haqq

Isnin, 14 Februari 2011

Sepetang di Rumah Tok Lom Misai

Assalammualaikum..

Alhamdulillah..
sekarang cuaca dah kembali panas seperti biasa...
setelah hujan yang berterusan dan mengakibatkan banjir..
di sesetengah tempat tu..
Mak doakan mereka yang terlibat dengan banjir..
supaya banyakkan bersabar..
InsyaAllah ada kebaikan di sebalik kejadian ini..

Dan Alhamdulillah juga..
kerana tempat tinggal kami tidak mengalami banjir..
seperti rumah sewa Mokcu di Segamat tu..
tapi nasib baik air naik sampai paras betis je..
jadi tak banyaklah kerosakan yang berlaku.. :)

Masa cuti CNY lepas..
(sekarang baru ada mood nak bercerita)
kami ada buat BBQ di kampung bersama sepupu-sepupu Mak yang ada di Pontian..
ala buat di rumah Tok Lom Misai tu..
nasib baik cuaca pada malam CNY tu tidak hujan..
sejuk dan berangin je :)

Inilah Tok Lom Misai yang merupakan abang sulung Tok Mak :)
Sumber dari Mokcu

Oleh kerana aktivti BBQ ni..
kami buat pada waktu malam..
petang tu kami menghabiskan masa dengan berehat di beranda rumah Tok Lom Misai.. :)

Beranda inilah tempat kami berehat
Sumber dari Mokcu

Rumah Tok Lom Misai ni best tau..
sebab ada padang rumput yang luas..
walaupun taklah sebesar padang bola..
tapi di sinilah Haqq berlatih bermain bola.. :)

Rumah Tok Lom yang dikelilingi padang rumput
Sumber dari Mokcu

Cuma hari tu je Haqq tak main bola..
sebab padang ada banyak bunga rumput..
dan ada lopak pulak tu..

Tapi ini tidak mematahkan semangat Haqq untuk bermain..
hah, macam biasalah dia tu kalau dah nampak lopak air..
bukan main suka lagi dia..

Ada pulak Cik Mail yang suka melayan Haqq..
Cik Mail la yang tunjukkan lopak air tu pada Haqq..
Haqq pun apa lagi..
terus la terjah ke dalam lopak air tu..

Yang bercekak pinggang itulah Cik Mail

Tak toleh kiri kanan lagi dah si Haqq..
bila dapat jumpa air macam ni..
bukan main lagi dia menendang air macam menendang bola..

Mainlah sepuasnya Haqq..
bukan selalu pun kamu dapat main lopak ni..
ini pun kebetulan malam tadi hujan lebat..
tapi janganlah pula kamu duduk dalam lopak tu ya..
memang Mak pukul kamu nanti.. :P

Senyum ya kamu bila Mak lepaskan main air

p/s : Kamu kan budak lelaki, kenalah main lasak macam ni :P

- Mak Haqq

Ahad, 13 Februari 2011

Rumah Kongsi

Assalammualaikum...

No 38 blok 3
Felda Lepar Utara 2
26400 Bandar Jengka
Pahang Darul Makmur.

Itulah alamat umah umah Tok Muni ngan Nek Midah dan di sini jugaklah Abah Haqq membesar dari kecil hinggalah sekarang... Abah Haqq masih ingat lagi, banyak kenangan pahit dan manis yang dilalui masa kecil hingga besar dan untuk pengetahuan semua beginilah rupa asal sebuah rumah di tanah rancangan Felda...

Sumber gambar dari Ain

Kalau nak tahu di beranda rumah itulah tempat Abah Haqq ngan kawan-kawan melepak malam-malam.. Tok Muni cakap kalau nak melepak baik melepak kat depan umah dari melepak kat bawah-bawah lampu kat tepi jalan atau tepi simpang... Biar la nak melepak sampai subuh pun asalkan ada dekat umah.. Taklah risau sangat dan senang nak dicari.. Nak diceritakan, beranda umah nie jugaklah menjadi tempat melepak Pak Uda Haqq selepas tamat zaman Abah Haqq... Boleh dikatakan turun temurun la... Cuma time Pak Usu Haqq je yang tak sempat sebab beranda umah Tok Muni telah dirobohkan.... Tok Muni cakap nak buat rumah besar sikit nanti senang anak cucu bermain...Tak la sempit nanti (bagus sangat la nanti haqq buat umah tok muni macam padang bola la..)

Rumah kayu ini terlalu banyak kenangan untuk Abah Haqq.. Kalau nak diceritakan tak cukup satu page blog nie... Yepla mana taknya dari kecil lagi dah dok kat sini... Susah senang kehidupan, rumah nie lah yang jadi saksi.. Time dulu mana ada lagi karen (bekalan elektrik) cuma pakai lampu pelita je.. Lepas tu upgrade sikit pakai lampu gasolin (yang dipam-pam dulu tu)... Lepas tu dah maju sikit, dapat la bekalan elektrik tapi itupun pakai generator je (start kul 7 mlm hingga 12 mlm).. Masa orang LLN (Lembaga Lektrik Negara) sekarang dipanggil TNB (Tenaga Nasional Berhad) masuk pasang tiang elektrik, bukan main suka lagi penduduk kampung... Alhamdulillah masa itu, terasa sedikit kesenangan....

Lampu Pelita
Sumber dari Google Image.

Lampu gasolin
Sumber dari Google Image.

Lebih kurang macam nielah generator yang digunakan dulu
Sumber dari Google Image

Kalau nak cite pasal bekalan air plak nanti lambat sangat nak abis entry nie.. Takpe nanti next entry Abah Haqq cite erk... Itupun kalau Abah Haqq ada mood dan masa..

Dulu bila orang tanya "awak asal mana"?... Bila kita cakap "Lepar" mesti orang sangkakan Lepar Hilir (rancangan felda yang terletak di Kuantan) sebab tu kene cakap penuh "Lepar Utara"... Kadang-kadang ada jugak yang tak tahu kat mana tempat nie... Buat mereka yang baru pertama kali sampai di sini, mesti akan terasa begitu jauh perjalanan (dari pekan Bandar Pusat Jengka).. Mana tidaknya, nak sampai ke rumah Tok Muni nie mesti kene melalui ladang kelapa sawit yang berekar-ekar.. Bukan setakat tu je, separuh perjalanan kene melalui hutan simpan plak..

Dulu kalau keluar ke bandar, bila nak balik mesti set time betul-betul... Yepla jangan nanti time dah gelap baru nak sampai hutan simpan tu... Bukan ape, faham je bila sorang-sorang melalui hutan simpan tue nanti terserempak dengan macam-macam.. Dulu nak cakap kete lalu malam-malam boleh kira dengan jari je.... Bukan setakat babi hutan je yang kita terserempak, kalau kita bernasib baik boleh tengok harimau atau pun gajah melintas.. Tak payah nak susah-susah pergi zoo... Tapi itu dulu la, sekarang nie nak tengok babi pun payah dah..... Hutan tu pun dah ditebang separuh untuk tanam kelapa sawit...

Sekarang rumah kayu dan diturunkan untuk di buat rumah batu yang lebih besar dan selesa untuk kesenangan anak cucu Tok Muni balik... Rumah ini direka dan dibina oleh Tok Muni sendiri (sebab tu la Haqq nie dok sibuk nak bertukang).. Mungkin ada jugak sedikit bakat dari Tok Muni nie turun kat Haqq kot... Harap-harap nanti Haqq dapat jadi arkitek macam Tok Muni cuma dalam versi yang berlainan.. Yerpla Tok Muni nie arkitek kampung... Haqq pula biarlah jadi arkitek moden dan berjaya.... Insya-Allah... Amin..


Pandangan dari depan masa balik kampung hari tue

Kenapa tajuk rumah kongsi...? Sebab Nek Midah cakap, rumah masih belum siap.. Jadi dipanggil rumah kongsi... Rumah kongsi pun tak apelah janji Tok Muni, Nek Midah dan Pak Usu Haqq dapat berteduh..

- Abah Haqq

Jumaat, 11 Februari 2011

Haqq Si Tukang Rumah

Assalammualaikum..

Sebelum ini Mak ada ceritakan..
mengenai Haqq menolong Abah basuh kereta kan..
kali ini nak ceritakan apa yang berlaku selepas itu..
kira macam sambungannya la ni :P

Selepas Abah dah siap basuh kereta..
Abah bawalah si Haqq tu masuk rumah..
sebab nak mandikan si Haqq yang dah habis basah lencun main air tadi..

Bila Mak dah bukakan pakaian..
boleh pula dia berlari keluar rumah semula..
dengan hanya berpampers saja..!!
nasib baik Mak belum bukakan pampers tu..
kalau tidak, bertelanjang bulatlah dia..

Hish, budak ni memang pantang Mak leka sikit je..
dah hilang lari ke luar rumah..
agaknya Haqq cari Abah di luar tu kot..
padahal Abah ada je kat dapur tengah minum air...

Bila Mak berlari ke depan nak kejar dia..
eh, tak nampak pula kelibat Haqq kejar ayam..
menyorok kat manalah si Haqq ni ek..

Tiba-tiba Mak terdengar bunyi..
"Ketang ketang" (bukan kentang ya)
bila Mak toleh belakang je..
rupa-rupanya Haqq sedang mengetuk baldi yang berisi air..
dengan menggunakan sudip simen (entah betul ke tidak)..
ala alat yang untuk meratakan simen tu..

Hah, inilah rupa sudip tu tapi gambar ini dari Google ya :)

Mak pun apa lagi..
jerit la kat Abah suruh bawakan kamera..
tapi Mak jerit manja tau bukan yang terpekik terlolong tu.. :P

Kami memang suka ambil gambar dan rakam video kalau Haqq buat benda-benda macam ni..
nanti bolehlah dipertontonkan semula pada Haqq..
dan disimpan buat koleksi peribadi.. :)

Aksi Haqq si Tukang Rumah :)

Mana tahu bila Haqq dah besar nanti..
akan menjadi tukang rumah yang professional
seperti arkitek ke, kan?
InsyaAllah ya Haqq :)

p/s : Abah dan Mak sentiasa doakan kejayaan buat kamu Haqq..!!

- Mak Haqq

Rabu, 9 Februari 2011

Berjemur Untuk Kesihatan

Assalammualaikum..

Bila Haqq bangun pagi..
dia paling suka ke bilik depan dulu..
kenapa dia suka ke bilik depan dulu?
sebab dia suka sangat nak berjemur bawah matahari pagi..

Panas pagi kan elok untuk kesihatan kita...
bukan itu sahaja malah boleh keluarkan peluh macam bersukan..
lagipun seharian Haqq duduk dalam rumah..
bila masa dia nak jumpa matahari kalau tak pagi-pagi macam ni..

Dah masuk bilik tu terus ke pintu beranda..
minta dibukakan pintu grill tu...
bila pintu dah dibuka..
Haqq mulalah mendepangkan tangan minta untuk diangkat...
dan didudukkan atas batu botol tu..

Orang yang bertanggungjawab memperkenalkan berjemur di pagi hari ni..
lain tak bukan ialah Tok Abah Haqq...
selalunya ada dalam 10 minit juga duduk bersidai atas batu botol tu..
hah, terkejip-kejiplah mata tu tahan panas matahari.. :P

Matahari terang macam inilah baru seronok nak berjemur.

Kemudian mulalah tunjuk kita apa yang dia nampak tu.

Haqq bersidai di atas batu botol sambil dipegang erat oleh Tok Abah

Dalam masa berjemur tu sempat pula dia menguap.. :O

Kalau pagi di rumah Tok Muni Haqq pula..
dia suka kejar ayam yang berkeliaran di laman rumah..
Tok Muni lah yang jadi mangsa kena teman Haqq mengejar ayam..
cuma tak berkesempatan je nak ambil gambar kalau Haqq kejar ayam..

Lepas bersidai tu barulah boleh mandi..
rasa segar je badan bila mandi air sejuk..
macam itulah la tarik mood dia pagi-pagi.. :)

Masa Haqq bersidailah Mak ambil kesempatan nak kemas katil..
kalau dia ada dalam bilik bersama dengan mak..
bila kita betulkan cadar je..
dia pun sibuk panjat nak naik atas katil..
geram sungguh...!!!

Cara paling senang nak kemas katil..
ialah dengan Mak kuncikan bilik..
biarkan Haqq kat luar tu sambil mengetuk pintu panggil Mak..
sementara tu Mak cepat-cepat lah kemas katil... :P

p/s : makin besar ni makin suka buli Mak ya..!!

- Mak Haqq

Selasa, 8 Februari 2011

BGWS - Bloggers Gathering Wilayah Selatan

Assalammualaikum..

Sudah masuk minggu kedua bulan Februari pun..
baru nak buat entri mengenai BGWS..
mintak maaf ek kalau ada yang tertunggu..
dan terima kasih kalau ada yang menunggu.. :)

Oklah pada sesiapa yang tak tahu apa itu BGWS..
BGWS ialah Blogger Gatherting Wilayah Selatan..
nama tu Mama Nashriq yang punya idea..
mereka yang terlibat semuanya Blogger Mama.. :)

Gathering ini untuk mereka-mereka yang ada di daerah Johor khususnya..
berkumpul sebab nak tebus kekecewaan..
kerana tak dapat hadir pada 16hb Januari yang lalu tu.. :P
jadi pada 30hb Januari yang lepas..
kami-kami yang berada di selatan la pula yang berkumpul..

Pada mulanya kami semua ingin berkumpul di Hutan Bandar Mutiara Rini..
tapi disebabkan hujan berterusan dari minggu sebelumnya..
hinggalah ke tarikh BGWS..
terpaksalah ditukarkan lokasi ke Jaya Jusco Bukit Indah..

Bila sudah ditukar lokasi ke JJ Bukit Indah..
timbul masalah lain pula..
dimanakah kami semua hendak makan-makan?
memandangkan tema BGWS adalah Potluck..
takkanlah hendak bentang tikar di tengah-tengah ruang legar tu.. :P

Akhir sekali, kami semua bersetuju ke rumah Mama Nashriq @ Aishah..
di Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram..
pada mulanya Mak dan keluarga macam tak dapat nak pergi..
sebab Ulu Tiram dengan Pontian agak jauh..
dah kebetulan kan musim hujan..
mesti jalan jammed sebab jalan Highway Pasir Gudang tu rendah dan mudah dinaiki air..
jadi para pemandu kenalah memandu dengan berhati-hati dan perlahan..

Tapi nasib baik Abah sangat sporting..
Abah kata bukan selalu pun dapat berkumpul macam ni..
so ke rumah Mama Nashriqlah kami bertiga.. :P
terima kasih Abah.. :)

Mehlah kita layan gambar yang tak banyak ni..
tak sempat nak ambil banyak-banyak..
sebab sibuk bersembang je..
mana nak kejar si Haqq tu yang asyik turun naik tangga rumah orang..
isk, geram betul la budak ni..

Yanti bersama baby bermata bolat, Zahirah

Nashriq yang sungguh comel..!!!! :)
Terima kasih Ayah Nashriq sebab benarkan kami semua berkumpul di rumah Ayah

Echa anak Pn. Dayu yang sangatlah manis..!!! :)
Dayu sangat bertenaga walaupun penat baru tiba dari KL

Sambil memangku anak sambil tu kita bersembang.
Itupun tak sempat nak sembang lama-lama :(

Echa, Haqq pinjam sekejap ya :P

Gambar atas dari kiri, Pak Ngah Echa, Abah Haqq dan Ayah Nashriq
Gambar bawah ialah Ayah Zahirah

Antara menunya Cupcake dibawa oleh Ibu Echa dan
Mee Hoon Goreng Putih dimasak oleh Mama Nashriq

Sebenarnya ada banyak lagi makanan..
dan minuman cuma tak sempat ambil je..
terima kasih ya semua sebab bawakan makanan yang sedap-sedap..
sudahlah musim hujan dan sejuk pula tu..
mau tak perut masing-masing berdondang sayang :P

Kamilah sekeluarga yang sampai dulu dan balik dulu..
huhuhuhu.. :P
bukan apa malam nanti ada program dengan family..
nanti kalau terlepas..
alamatnya membebel la TokMak Haqq tu..

Sebelum itu..
kenalah berposing dulu..
itukan acara wajib bagi setiap perjumpaan ni :P
kami yang mak-mak lah paling excited nak bergambar..
sampaikan terlupa nak ambil gambar anak-anak je..


Dari kiri :

Zahirah, Husna, Kasih dan Myiesha..
semuanya comel-comel dan semangat..
lebih lagi si Myiesha tu..
baru 3 bulan tapi beratnya lebih kurang Haqq je..
geram betul Mak dengan mereka ni semua..
mereka ni fully breastfeed tau.. :)

Mak minta maaf kalau ada kami sekeluarga ada tersalah cakap dan perbuatan..
di sepanjang majlis BGWS itu ya..
InsyaAllah, kita berkumpul lagi macam ini..
harap-harap matahari sudi berkawan dengan kita pada pertemuan akan datang :)

p/s : Selepas ini ke mana pula kita ya :p

- Mak Haq

Jika anak anda hilang

Assalammualaikum..


Jikalau anda sedang sibuk bershopping pakaian baru
dan tiba-tiba anda tidak nampak langsung kelibat anak anda.

-
-
-
-
-
-
-

Maka carilah mereka di sebalik gantungan pakaian
ataupun di bawah meja display :)

Gambar di atas diambil dari blog Mokcu Haqq.

p/s : Nak update tentang BGWS tapi gambar hilang sebab format lappy pusaka ni.

- Mak Haqq

Jumaat, 4 Februari 2011

ABC, 123

Assalammualaikum..

Carta Abjad dan Nombor

Sekarang Haqq dah ada carta Abjad dan Nombor sendiri..
semua ni ditampal di ruang tengah rumah tingkat atas..
bila Haqq naik turun tangga..
mesti dia nak singgah sini sekejap..

Kalau nak suruh Haqq duduk depan carta tu lama-lama..
memanglah Haqq tak nak..
tapi kalau nak singgah sekejap tu bolehlah..

Haqq buat-buat tekun belajar :P

Ok Haqq senyum :)

Tapi kan..
Mak rasa carta abjad ni macam pelik sikit la..
macam ada ajaran sesat je.. :P
cuba tengok gambar kat bawah ni..

Bukan ke dalam Bahasa Melayu dipanggil Pasu?

p/s : Nanti kami cari carta Jawi pula ya Haqq :)

- Mak Haqq