Selasa, 29 Jun 2010

macam mana ni?

Assalammualaikum...

macam mana ni..?
mak nak upload video haqq tak lepas-lepas dari bulan lepas..
ke memang dah tak boleh nak upload dah?

mak ada banyak video haqq ni..
dan yang paling latest..
haqq panjat tangga rumah tokmak.. :P

isk isk pening kepala haqq.. :P

p/s : ada banyak cerita tapi macam takda mood pulak.. :(

- mak haqq

Ahad, 20 Jun 2010

selamat hari bapa

Assalammualaikum..

sempena hari bapa hari ni...
mak pun ada ucapan untuk bapa-bapa kesayangan mak ni..
dulu abah pun ada buat entri untuk hari ibu kan..

yang pertama sekali ucapan hari bapa..
buat abah haqq iaitu, Asrin bin Asmuni..



terima kasih sebab setia dan sabar ketika melayan kami berdua..
walaupun ada ketikanya kadang-kadang kami buat abah marah..
mak dan haqq amat sayangkan abah sesangat.. :)

yang kedua buat bapa mertua ku..
tok muni haqq, En. Asmuni bin Jelani..


terima kasih kerana mendidik dan mengajar abah haqq menjadi seorang suami dan bapa yang bertanggungjawab..
membesarkan abah dengan kasih sayang supaya dapat dipraktikkan dalam keluarga kecil kami ni..

dan paling penting sekali..
tok abah haqq, En. Md. Mohpty bin Sarikun..


terima kasih kerana telah berkerja keras untuk memberikan yang terbaik untuk kami sekeluarga..
merestui pilihan mak ketika buat keputusan nak bina masjid dengan abah haqq..
mempercayai abah haqq untuk membimbing dan menjaga mak sepanjang hayat..
mak terlalu sayangkan tok abah.. :)

mak sentiasa doakan ketiga-tiga lelaki kesayangan mak ni..
sentiasa sihat,panjang umur dan murah rezeki..
tanpa kalian semua..
takdalah si haqq masam tu.. :)

p/s : mak harap haqq akan mencontohi mereka ye..

- mak haqq

Khamis, 17 Jun 2010

inilah pembulinya

Assalammualaikum..


mokcu dan mokngah :)

sapakah gerangan gadis-gadis comel itu..?!
kalau nak tau..
mereka itu lah pembuli haqq.. :)

tak lama lagi haqq akan bebas dari pembulian mereka semua..
mokngah dan mokcu akan sambung belajar semula..
tinggallah kami berlima.. :(

tapi mesti rumah nanti sunyi kan haqq..
sapa lagi nak buli haqq..
sapa lagi nak bawak haqq jenjalan..
sapa lagi nak bagi haqq makan ubat kalau haqq demam..
sapa lagi nak bawak haqq pergi Shell pagi hari..
sapa lagi nak bergaduh dengan mak.. :(

huwarghhhhh...
sedihnya...
nanti mesti haqq rindukan mereka kan..

takpelah haqq..
mereka pegi bukan lama pun..
pergi mencapai cita-cita masing-masing..

walauapapun..
kami disini pasti merindui pembuli haqq..
kan haqq kan..?!

p/s : eleh,mesti mokngah dan mokcu berat hati kan..?!mesti mereka rindukan haqq.. :P

- mak haqq

kenapa ek?

Assalammualaikum...

ni nak tanya ni..
mak lagi kelmarin nak upload video..
tapi tak boleh..

kenapa ek..?
ada sesiapa tahu..?!

- mak haqq

Selasa, 15 Jun 2010

ada apa dalam gobok

Assalammualaikum..

alhamdulillah..
hari ni haqq dah sembuh dari demamnya..
walaupun tak sepenuhnya..
at least dah tak panas macam semalam..

hari ni haqq dah boleh main macam biasa...
lapang sikit dada mak ni nak oiii..
taklah mak rasa malas nak pergi kerja..
tet....!!!! :P

ni nak tunjuk gobok baru mokngah dan mokcu..
tapi tak nampak sepenuhnya la..
huhuhuhuhu.. :P

tapi kan, kalau dah nama pembuli tu..
mesti ada pelbagai idea cara untuk buli si haqq ni..
termasuklah upacara pembulian pada hujung minggu lepas.. :P

sekali pandang tak nampak pun ada haqq kat dalam tu.. :P

ni close up sikit ni.. :)

hahahaha..
ni je yang sempat dapat ambil..
sebab memula memang dah tutup dah pintu tu..

kemudian haqq dah jerit dah..
terus mak buka pintu..
tapi bukannya mak tutup rapat pun.. :P

jahat betol mak ni ek..
ala haqq, janganlah takut gelap..
haqq kan "Hulk".. :P


p/s : hari ini merupakan hari pertama di tempat kerja baru..still company yang sama tapi di lain bahagian..semoga mak akan ceria di situ :)

- mak haqq

Isnin, 14 Jun 2010

haqq demam lagi

Assalammualaikum..

hari ni haqq demam lagi..
kali ni agak teruk sikit dari yang lepas..
buat mak susah hati ni.. :(

pagi tadik dalam 4am..
mak terjaga macam yang lepas..
rasa dahi haqq dah panas dah...

terus ketuk pintu bilik mokngah dan mokcu..
ajak mokngah teman turun bawah kejap ambil cool fever..
terus tampalkan kat dahi haqq..

ni pagi tadi la ni...

pipi kena geget semut malam kelmarin.. :(

dah pergi klinik pun pagi tadi..
doktor pun cakap memang sekarang musim demam..
kesian haqq dan kawan-kawan kalau demam macam ni.. :(

demam kali ni haqq asyik nak dukung je..
tapi nasib baik tak menangis teriak semua..
nenek midah cakap haqq demam nak ringankan badan..
yela,ringan badan nak jalan..
harap-harap macam tu lah.. :)

sekarang panas haqq macam dah kurang sikit..
tidur pun dah kat bawah..
tak didukung macam siang tadik...

baru je mak ambil je ni..

alhamdulillah,tidur pun dah lasak semula.. :P

haqq sayang..
besok haqq tinggal dengan abah dan mokcu ek..
mak nak pergi kerja..
nanti mak sentiasa call abah untuk tau keadaan haqq..

p/s : meh semua demam tu kat mak meh.. :)

- mak haqq

Khamis, 10 Jun 2010

lagho

Assalammualaikum..

hati sedang susah..
jiwa tak tenang..
kepala berpusing ligat..
perasaan tak menentu..

cuma si beliau inilah yang membuatkan aku tersenyum..

kaulah racun..
kau jugalah penawar..
mak amat sangatlah bersyukur diatas kehadiranmu, anak.. :)

p/s : taktau la betul tak ejaan lagho tu..tu perkataan yang aku dapat masa duduk kuantan bermaksud patah hati dan apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya.. :P

- mak haqq

Selasa, 8 Jun 2010

hanya 3 botol je

Assalammualaikum..

hari khamis lepas mak cuti untuk jaga haqq..
kesian haqq sebab dia demam dan selsema..
tak sanggup rasanya nak pergi kerja tinggalkan haqq dengan mokcu..

mulanya petang rabu tu..
lepas mokcu ambil haqq dari rumah nek hendom..
haqq dah ada simptom selsema..
hingus dah meleleh dah..
nek hendom pesan pada mokcu..
yang haqq asyik bersin sepanjang hari..

pagi khamis dalam pukul 4pagi macam tu..
mak terjaga then rasa badan dan kepala haqq..
aisey panas la pulak..
nasib baik haqq tidur sebelah mak malam tu..
kebetulan abah kerja malam..
kalau tak,mesti tak sedar haqq demam..
sebab selalu haqq tidur kat katil dia..
kat hujung katil kami tu..

mak periksa suhu badan haqq..
asyik berubah-ubah je suhunya..
nasib baik tak tinggi sangat suhunya..
paling tinggi pun 38c je..
tu pun mak dah cuak.. :(

kemudian mak terus ambil cool fever..
tampal kat dahi tu bagi kurangkan panas kat kepala tu..
terkejut jugak haqq sebab cool fever tu kan sticky dan sejuk..
tapi haqq tak menangis merengek pun..

mak pun dekatkan haqq kat dada ni..
mak peluk sambil tepuk-tepuk haqq..
sambil mak tepuk tu haqq tak tidur lagi..
asyik tengok mak je..
alahai sedihnya rasa..
agaknya macam tu la perasaan mak-mak kita masa jaga kita sakit dulu ek.. :(

pagi tu lepas abah sampai rumah..
terus kami bawak pergi Klinik Halizah..
bila sampai di klinik..
ramai pulak orang sedang tunggu giliran..
nampaknya sekarang memang musim demam kot.
majoriti pesakit hari tu..
semua lebih kurang umur haqq... :(

semasa tiba giliran haqq..
haqq bukannya nak duduk diam..
pusing kiri kanan..
panjat sana sini..
demam tapi bebuat tak demam pulak si haqq ni..

masa tengah checkup..
doktor sahkan memang ada panas sikit..
alhamdulillah..
cuma panas sikit dan tiada sakit lain..
batuk pun takda.. :)


3 jenis ubat ni haqq kena makan..


mokcu sedang sediakan ubat untuk haqq..


ni ubat demam ya nak..


yang ini antibiotik..


yang ni pulak ubat selsema dan batuk..


pandai anak mak makan ubat.. :)

alhamdulillah..
haqq pandai makan ubat..
risau jugak mak abah..
mana tau bila nak suapkan ubat..
tetiba haqq muntah ke..

sekarang haqq dah tak demam lagi..
cuma bila haqq 'po po'..
bukan setakat bahan buangan..
tapi bercampur lendir..
tokmak cakap..
haqq buang kahak dan panas badan melalui 'po po'.. :P

haqq sayang..
mak sentiasa doakan haqq sentiasa sihat..
kalau haqq sakit sikit pun..
biarlah kesakitan itu..
berpindah pada mak.. :)

p/s : nanti bolehlah mak bagi haqq makanan tambahan sebab haqq tak muntah pun bila makan ubat.. :P

- mak haqq

Isnin, 7 Jun 2010

mak cemburu tau

Assalammualaikum..

sekarang bila abah ada kat rumah..
haqq bukan main mengada-ngada lagi..
entah apa-apa si haqq ni.. :P

kalau haqq tengah leka main..
nanti kalau nampak kelibat abah..
terus je merengek nak menangis..

terus teriak nak suruh abah angkat dia..
nanti mesti time makan,tidur, mandi semua nak abah buatkan..
gerammmmmm mak tau tak..


memula elok je main sensorang dalam katil..


haqq nampak abah kat melintas depan bilik..


terus cebik gembeng macam ni..


last-last abah kene duduk depan haqq..

kesian kat abah asyik kena buli ngan haqq..
tapi dalam hati mak macam best jugak..
dapat la rehat sikit kononya..
hihihihi.. :P

tapi kalau abah takda..
boleh pulak semuanya dengan mak..
isk,ada-ada je la si haqq ni..

p/s : haqq jangan asyik nak lekat dengan abah je tau..mak cemburu ni.. :(

- mak haqq

Khamis, 3 Jun 2010

haqq si calon sukan olimpik

Aktiviti Berbasikal Berduet

ini mungkin salah satu acara baru yang bakal dikenalkan pada sukan olimpik tahun 2020.Satu sukan yang menguji tahap keseimbangan yang tinggi serta kekuatan tenaga yang banyak.Sukan ini juga dapat menyihatkan badan kita serta memberi satu tahap keseronokan yang mungkin susah untuk kita dapat di mana-mana cawangan 7-eleven diseluruh negara.

oleh kerana abah haqq meminati sukan ini,setiap hujung minggu pada sebelah petang,latihan akan dijalankan selama 1 jam atau 30 minit bergantung kepada cuaca.

selain itu juga sukan ini tidak memerlukan kos yang tinggi cuma memerlukan sebuah basikal yang masih befungsi.(x perlu beli baru kalau ada basikal buruk kat bawah rumah).sebuah basikal hendaklah mematuhi segala syarat yang ditetapkan iaitu

1-masih kukuh dari segi binaan rangka(yang dah reput x dibenarkan)
2-mempunyai sistem brek yang baik.
3-tayar hendaklah tidak pancit.
4-mempunyai raga dibahagian hadapan.(wajib)

biasanya pada hujung minggu abah haqq serta pasangan duetnya akan melakukan latihan untuk memantapkan skil serta stamina untuk menghadapi sukan olimpik yang akan datang.

untuk mereka yang ingin melihat latihan yang biasanya di perlukan untuk sukan ini,sila lihat dibawah..

permulaan agak tidak stabil.


masih lagi cuba untuk mengimbangi badan dan kayuhan.


sudah stabil..(muka haqq pun slamber je).


akhirnya segalanya berjalan lancar...

sekiranya anda berminat bolehlah menghubungi mana-mana seketeriat sukan diseluruh negara.
majulah sukan untuk negara.

- abah haqq

Rabu, 2 Jun 2010

Double A adalah jenama kertas yang popular di Malaysia

Assalammualaikum..


kalau kita guna kertas jenama ni memang best.. :)

tu gambar intro je..
untuk tajuk entri kali ni..
kat bawah ni baru nak cerita.. :P

kali ni turn abah pulak yang membuli si haqq..
turn mak bila la ek..?
muahahahaha..

sebelum ni dalam rice cooker sudah..
perut si herbie pun sudah..
so kat mana lagi ek nak sumbatkan haqq..?


hiks..comel je dalam kotak ni


alahai macam budak kene buang je.. :P


sila abaikan alas kaki,kaki abah dan angongot..

masa tu abah tengah sesiap nak kerja malam..
abah masukkan haqq dalam kotak A4 tu..
kemudian heret macam main tarik upih tu..

tapi tak sempat pulak nak snap time tu..
sebab mak pakai handphone mokcu..
lagi pun abah nak cepat dah..

kelakar tengok haqq kene heret dalam kotak tu..
diam pulak bila dibuli macam tu..
haqq oh haqq..

p/s : tokabah dan tokmak pun sama suka dengkikan haqq tau..

p/s/s : tengoklah..rumah haqq dah cat baru.. :P

- mak haqq

Selasa, 1 Jun 2010

oh tidak...!!

Assalammualaikum..

oh tidak..!!!!!
abah telah mendaftar nuffnang..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
seriously aku tak suka..

sekian..
terima kasih..

p/s : tah kenapa nak emo sangat hari ni..

p/s/s : bukan sombong tapi tah la..maybe kononya belum bersedia kot.. :P

- mak haqq
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers