Isnin, 16 Mei 2011

Bila Haqq Mula Menangis

Assalammualaikum..

Asyik tengok muka Haqq tersenyum tersengih je kan..
kali ini Mak nak tunjukkan muka Haqq bila menangis pula..
tak comel langsung kalau mamat ni menangis..

Selalunya bila masa Haqq menangis..
Mak tak sempat nak capai kamera..
tapi kebetulan masa kami mengikut Tok Abah dan Tok Mak ke Jb..
dapat pula Mak merakamkan aksi menangis Haqq ni.. :P

Pada masa tu Mak dan Haqq tinggal dalam kereta je..
sebab Haqq dah tertidur masa belum sampai destinasi lagi..
nak kejutkan dia kesian pula..

Kemudian tiba-tiba je Haqq bangun dan merengek..
bila Mak offer Haqq susu dan air..
Haqq tak nak siap tepis lagi tangan Mak..
dari merengek sikit-sikit terus teriak menangis..

Mak nak dukung dan peluk Haqq..
sebab nak pujuklah si Haqq ni..
itupun Haqq tak nak juga..

Naik pening juga kepala Mak ni ..
memikirkan apa yang Haqq nak sebenarnya..
menangis macam kena pukul bantai..

Bila semua tak nak..
Mak pun biarkan Haqq menangis pepuas..
nanti kalau Haqq dah penat..
diamlah dia tu nanti.. :P
(dalam hati sedih juga sebab biarkan macam tu)




Betul sangkaan Mak..
yang Haqq akan berhenti menangis sendiri..
TAPI untuk seketika sahaja.. :P

Bila Mak tanya Haqq, "Dah?"
berikutan Haqq dah berhenti menangis tadi..
terus Haqq sambung menangis semula...

Mak pun terus Off kamera dan offer susu tadi..
dengan pantasnya Haqq menyambar botol susu tu..
dan minum dengan lajunya.. :P

La, nak susu rupanya si Haqq ni..
tadi Mak offer kamu tak nak..
agaknya dah kehausanlah tu..
sebab menjerit masa menangis tadi..

Mak pun pangku, peluk dan cium Haqq semasa dia menyusu tu..
alahai kesiannya anak Mak ni..
menangis sampai bengkak mata..
hidung pun dah tersumbat dengan hingus meleleh..

Maafkan Mak ya Haqq sebab biarkan Haqq tadi..
bukan Mak tak nak pujuk kamu pun..
tapi Haqq yang jual mahal tadi..

Tentu ibu-ibu semua pernah mengalami situasi yang sama macam Mak kan..
agaknya macam mana ibu-ibu semua..
mengatasi anak-anak yang merajuk tak tentu pasal macam Haqq ni?
nanti kongsilah dengan Mak ya,, :)

p/s : Selamat Hari Guru kepada semua pendidik di Malaysia :)

- Mak Haqq

Selasa, 10 Mei 2011

Kembali Sibuk

Assalammualaikum..

Wah lama juga Mak tak bercerita di sini kan..
minta maaflah jika ada yang tertunggu..
harapnya kawan-kawan Haqq tak jemu menunggu kami :)

Alhamdulillah..
kami sekeluarga dalam sihat..
Mak harap kawan-kawan Haqq dan keluarga pun sihat juga..

Kenapa Mak agak lama tidak bercerita?
sebenarnya sudah 2 minggu Mak bekerja semula..
setelah hampir setengah tahun menjadi surirumahtangga :)

Jadinya jadual Mak seharian telah bertambah ketat dan sibuk..
mujur waktu bekerja Mak bermula dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang..
manakala hari Sabtu dan Ahad bercuti :)

Sebenarnya ada banyak cerita yang Mak nak kongsikan...
tapi bila dah bekerja semula ni..
masa macam tak cukup je..
itupun dapat jengah sekejap ke blog orang lain..
nak tinggalkan komen pun tak sempat.. :(

Padahal sebelum menjadi surirumah tu..
Mak dah pernah kerja pun..
agaknya sebab dah lama sangat duduk rumah..
jadi kekok nak uruskan masa seperti dulu kot :P

InsyaAllah, lepas ni Mak akan cuba mencuri masa untuk bercerita lagi ya..
oh ya, Selamat Hari Pekerja dan Selamat Hari Ibu..
terima kasih juga kerana sudi ke Cerita Tentang Haqq.. :)

Gambar lama pada Februari 2011

- Mak Haqq
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers