Selasa, 28 Disember 2010

Haqq Jakun

Assalammualaikum..

Masa tu baru je check in bilik..
Mak tengah sibuk sembang dengan Mokngah sambil ambil gambar..
yang Abah pula turun ke kereta nak ambil barang...

Dah nama budak kan..
ada je benda yang dia buat..
nak belajar benda baru la katakan.. :)

Mula-mula ada depan mak ni kemudian hilang..

Macam manalah Haqq boleh tahu yang tisu tu boleh ditarik..

Tarik sampai ke hujung bilik pula tu.. :)

Mak tau la toilet di rumah kita tiada tisu tandas macam di hotel ni..
tapi tak payahlah buat perangai jakun macam tu..
huhuhuhu.. :P

p/s : Jakun ni maksudnya macam tak pernah jumpa..bukan kaum Jakun tau :)

- mak Haqq

Isnin, 27 Disember 2010

Mini Reunion

Assalammualaikum..

Semalam merupakan hari persandingan teman sekolah mak..
Aunty Aida dengan Uncle Elias di Pt Hj Omar,Pontian..
tema yang digunakan adalah gabungan warna Merah dan Hitam..
pengantin perempuan sangat cantik dengan busana yang indah.. :)

Di majlis sebeginilah menjadi Mini Reunion mak bersama teman-teman yang lain..
seronok sangat dapat berjumpa yang rata-rata bekerja di KL..
macam Mama Rafiq cakap,kalau dah berjumpa ramai-ramai macam ni..
bergossip sampai setahun pun takkan habis.. :P

Dulu,masa masing-masing masih single..
pada Hari Raya Puasa lah kami berkumpul..
bergerak dalam 2,3 buah kereta untuk beraya..
seronok sangat masa tu.. :)

Abah tolong jagakan Rafiq masa parents Rafiq makan..

Haqq tak cemburu ke Abah dukung Rafiq?
Haqq buat-buat tak nampak sambil main sendiri.. :P

Mereka ini semua bakal Pengantin 2011,

Teman semasa sekolah menengah dulu.

Mereka sempat bergambar dalam bilik pengantin,
mak kat luar sebab sedang susukan si Haqq.

Biasalah bila dah berjumpa ramai-ramai macam ni
ada je cerita nak disembangkan.. :)

Mereka berdua ni dari zaman sekolah sampai sekarang,
kalau berjumpa mesti bertepuk tampar.. :P

Bila Mama Rafiq sibuk sembang,Rafiqnya gigit bekas telur tu.
Yang Haqq pula heret beg berkat sebab mak dia sibuk berposing sana-sini :P

Perasan tak si Haqq kembangkan hidung.. :P

Dulu Mak duduk sebelah Aunty Su.
Tarikh birthday kami pun sebelah menyebelah tau :)

Bergambar dengan pengantin sebelum balik.

Dari simpang rumah pengantin sampai lah di rumah,
Haqq masih tidur lagi..

Tapi sebenarnya tak cukup ni..
sebab ada 2 orang yang tak datang..
Mummy Wazif dah balik KL dulu..
manakala Aunty Nor ada hal yang tak dapat dielakkan..

Tahun depan kita kumpul macam ini lagi ya...
tu ada 2 orang bakal pengantin tu..
sila tandakan tarikh mereka berdua ni dalam kalendar teman semua ya.. :)

p/s : Mummy Wazif jangan cemburu ya..Mak sayang kamu semua..!!

- mak haqq

Sabtu, 25 Disember 2010

Happy Birthday Abang Itik

Assalammualaikum..

Selamat Hari Lahir yang ke 3,Naqyb :)


Naqyb bersama mummy dan babah semasa di
Majlis Berbuka Puasa KPYPJ 2008

Naqyb ini merupakan anak Kak Adik..
iaitu rakan sekerja mak di masa KPYPJ dulu..
waktu tu mak belum berumahtangga lagi..

Dari belum kahwin sampailah mak dah preggy..
si Naqyb ni lah selalu kena gomol dengan mak..
konon nak ambil berkat untuk dapat baby boy :P

Sekarang ni dah susah nak jumpa..
sebab mak dah tak bekerja disitu lagi..
last jumpa pun masa kami beraya ke rumah Naqyb.. :(

So entri kali ini adalah khas buat Naqyb..
kerana Nayqb telah lahir pada Hari Krismas 2007 yang lalu..
Happy Birthday Abang Itik..
semoga menjadi anak yang baik dan mendengar kata-kata mummy dan babah ya ek..
aunty sayang Naqyb tau.. :)

p/s : rindunya dengan rakan-rakan di KPYPJ..

- mak haqq

Khamis, 23 Disember 2010

Baucer Percuma

Assalamualaikum..

Kalau diberi baucer percuma untuk menginap di hotel 4 bintang..
ada sesiapa nak tolak tak..?
huhuhuhu..
begitu juga dengan kami.. :P

Pada 2 minggu lepas..
kami telah menginap di The Puteri Pasific Johor Bahru..
untuk 2 hari 1 malam beserta breakfast... :)

Rasa macam kelakar je..
sebab jarak Johor Bahru dengan Pontian bukanlah jauh sangat..
adalah dalam 45 minit..
kalau lebih dari 45 minit..
maknanya tersangkut dalam kesesakan lalulintas la tu..

Kami menginap di bilik Imperial Deluxe..
dulu masa mak berkerja dengan KPYPJ..
pernah juga duduk bilik ni..
sebab mengendalikan program selama seminggu..

Inilah bilik kami.Siap ada katil tambahan lagi.. :P

Bilik air yang luas dan cantik :)

Pemandangan dari tingkap bilik kami. Bangunan berbumbung biru itu ialah Persada Johor

Haqq nak test semua kemudahan yang ada.. :P

Malam tu kami ke Plaza Kotaraya yang bersebelahan dengan hotel.Bila dah penat main bukan main nyenyak si Haqq tidur.. :)

Lepas breakfast,kami ambil angin di dataran lapang antara Plaza Kotaraya dengan hotel.

Masa breakfast tu memang tak sempat nak bergambar pun..
ramai sangat orang..
sampaikan kena beratur untuk dapatkan meja kosong..
kebetulan ada majlis yang melibatkan tentera di Persada Johor malam semalam..
majoriti tetamunya menginap di Puteri Pasific..

Pukul 12 tengahari kami pun check out balik ke Pontian..
kalau tak pergi rugi pula rasanya..
mak dapat baucer percuma ni sebab jiran sebelah rumah tu yang berikan..
bukan menang sebarang peraduan pun..
hehehehe :P

p/s : ada sesiapa lagi nak beri baucer percuma tak? :P

- mak haqq

Rabu, 22 Disember 2010

Lampin Pakai Buang (Pampers)

Assalammualaikum..

Kali ini nak share tentang lampin pakai buang (pampers) apa Haqq pakai..
sekarang Haqq selesa menggunakan jenama Drypers..
Haqq mula memakai jenama Drypers ni lepas habis pantang.. :)

Masa dalam pantang dulu..
Haqq guna pampers yang mak beli dengan bekas rakan sekerja mak..
rasanya ada 2 kali mak beli..
dengan harga pampers tu dalam RM30+ untuk 90 keping kot..

Mak rasa berbaloi sangat..
sebab masa pantang baby kan banyak kali salin pampers..
tapi mak dah lupalah nama jenama pampers tu..
yang mak ingat keluaran Eropah macam tu..

Alhamdulillah,Haqq tak pernah lagi (InsyaAllah sampai bila-bila) mengalami sebarang alahan..
bila menggunakan kedua-dua jenis pampers ni..
dan sekarang Haqq memakai pampers bersaiz L.. :)

kalau nak pergi pepoya selalunya mak pakaikan Drypantz..


yang inilah Haqq pakai seharian,Drypers WeeWeeDry.. :)

Mak rasa jenama Drypers taklah nipis sangat..
dan harganya pun berpatutan dengan ekonomi keluarga kami ni.. :p
kalau nak pakai Cloth Diaper (CD) tu..
mak memanglah malas nak menyental dan membasuh CD tu nanti..
huhuhuhu.. :P

pada usia berapa yang sesuai untuk kita nak ajar anak tidak menggunakan pampers lagi?
meh lah kongsi dengan mak ya..

p/s : dulu masa mak gunakan kain lampin je tau..betapa gigihnya TokMak dan TokAbah membasuh lampin tu semua.. :P

- mak haqq

Selasa, 21 Disember 2010

Baru 2 Kali

Assalammualaikum..

Sebenarnya ini merupakan kali kedua Haqq bermain di playground..
kesian Haqq..
umur dah setahun baru 2 kali dapat main di playground..
itupun di dalam KFC Pontian..
hahahahaha...

Bukan apa..
kami memang sengaja tak nak bawa Haqq ke playground..
sebab kebanyakkan playground yang ada di Pontian ni..
macam kurang selamat je..

Mokngah,Mokcu dan Tokmak :)

Sedang berusaha naik ikut gelongsor tu..

Playground yang dah comot.. :P

Siap berlari lagi masa nak naik tangga ni..

Macam payah sangat je nak sampai ke gelongsor tu.. :P

Terjunlah kalau berani..!!


Tersengih lebar bila dah sampai bawah tu.. :P

Lain kali ya Haqq..
kita pergi playground yang besar di tepi laut tu..
kita tunggu kerja-kerja membaikpulih tu semua selesai..
kalau pergi sekarang banyak sangat habuk..

p/s : entri ini dah lama dalam draft baru sekarang nak publishkan..mood untuk berblogging ni agak sedang tenggelam timbul je.. :P

- mak haqq

Selasa, 7 Disember 2010

Susu

Assalammualaikum..

Agaknya ramai nak tahu jenama susu apa yang Haqq guna sekarang kan?
Haqq setia menggunakan susu keluaran Nestle sejak dari lahir lagi..
iaitu Lactogen.. :)

Terdapat 3 peringat iaitu Lactogen 1,Lactogen 2 dan Lactogen 3..
Lactogen 1 untuk bayi baru lahir hingga 12 bulan..
Lactogen 2 pula untuk 6 bulan hingga 3 tahun..
Manakala Lactogen 3 untuk 1 tahun hingga 3 tahun..

sumber : Google.com

Syukur,Alhamdulillah..
Haqq tidak menghadapi apa-apa masalah..
berkaitan dengan susu sejak lahir lagi..
dan sekarang Haqq minum Lactogen 3 pula :)

Kenapa Haqq tak minum susu ibu?
Haqq minum susu ibu tapi hanya untuk sebulan sahaja..
itupun dengan menggunakan botol bukan secara BF..
mungkin semasa Haqq menunggu mak sedar lepas dari C-sec...
nurse dah beri Haqq susu dengan menggunakan botol..
so Haqq tak pandai nak mengisap puting mak yang pendek.. :(

Masa di hospital..
puas mak suakan puting breast dalam mulut Haqq yang comel tu..
tapi still Haqq tak pandai nak hisap.. :(
macam-macam teknik mak buat yang diajar oleh nurse..
pun tetap sama..

Mak pun turut menangis bila lihat Haqq menangis kelaparan..
akhirnya mak minta abah hantarkan susu formula secara seludup ke dalam wad..
bila mak bancuh dan suakan ke bibir Haqq dengan menggunakan sudu..
Haqq minum dengan sepuas-puasnya..
kesian Haqq.. :(

Bila dalam pantang..
Haqq campur minum susu ibu dan formula dengan menggunakan botol..
mak still berusaha nak BF kan Haqq..
tapi hampa sebab Haqq still tak pandai lagi..
akhirnya mak mengalah..
maafkan mak ya Haqq..

Maybe pada masa tu mak cetek ilmu tentang BF ni..
InsyaAllah,kalau ada rezeki nanti..
adik Haqq mak akan cuba sedaya upaya untuk sepenuhnya BF.. :)


Sukalah tu dapat sebotol susu panas :)

- mak haqq

Isnin, 6 Disember 2010

Anak Jerung Berkaki Dua

Assalammualaikum..


Inilah anak jerung berkaki dua.. :P

Anak jerung ni mula-mula takut jejak pasir..
jakunlah tu sebab agaknya rasa pelik dan geli..
ada benda melekat bawah tapak kaki tu... :P

Sebenarnya ini kali kedua Haqq ke pantai..
yang pertama masa menghantar Mokngah ke Penang..
tapi masa tu Haqq tak pandai jalan lagi..
dan hanya mandi di kolam renang je..

Mula-mula bila dibuka kasutnya..
Haqq berjalan dengan kaki berjengket dulu..
konon geli la tu..
kemudian bila dah rasa seronok agaknya..
apa lagi terus berlari sana sini la si anak jerung ni..

Mokngah cakap macam Belanda dapat tanah.. :P

Bila dah puas dan berpeluh berlari..
mak mintak abah bawa Haqq bermain di gigi air laut tu..
ingatkan dia takut bila ombak pukul kaki dia...
rupa-rupanya makin dikejar ombak tu...

Mulanya hanya basah sikit je..
kemudian Haqq terjatuh bila nak kejar ombak tu..
dah alang-alang basah tu..
mandi terus lah nak oii... :P

Nasib baik ada tuala dan baju basahan dalam kereta..
itu sebab mak tak kisah pun kalau Haqq nak mandi..
tapi tak lama Haqq mandi sebab hari dah petang pun..
bila abah ajak keluar dari air tu..
bukan main payah lagi..
siap tarik tangan dia yang dipegang oleh abah lagi..

Lastly,abah kena dukung juga si Haqq tu..
itupun Haqq meronta menjerit sebab tak puas main air..
alahai kesian pulak bila tengok anak jerung ni menangis...

Anak jerung berkaki dua :P

Inilah gelagat Haqq di Pantai Teluk Cempedak,Kuantan..
2 minggu lepas kan kami balik kampung abah di Jengka..
so bila perjalanan pulang ke Johor.
kami singgah di Kuantan untuk 1 malam..
Kuantan lah tempat pertemuan abah dan mak..
konon-kononya nak imbas kenangan lalu la ni.. :P

p/s : sekarang musim tengkujuh tau Haqq,nanti tahun depan kita berkelah ya.. :)

- mak haqq

Rabu, 1 Disember 2010

Bermulalah Mimpi Ngeri Haqq

Assalammualaikum...

Bila dah hujung tahun ni..
maka pulanglah semua pembuli Haqq ke kampung halaman..
bermulalah mimpi ngeri (kot) buat Haqq..

Mau taknya..
nanti dengar je la si Haqq ni menjeritlah,menangislah..
dibuli dek makcik-makciknya ni.. :(

Hehehehe..
tapi senang la sikit mak sebab ada orang tolong tengokkan si Haqq ni..
boleh la juga mak ambil lesen kereta bulan ni... :)

Mokngah dan Mokcu

p/s : alamatnya dah rupa cyber cafe lah rumah ni.. :P

- mak haqq

Ahad, 28 November 2010

Sebelum Ngorok Mesti Mahu Lihat

Assalammualaikum..


Wajah mereka berdualah..!! :)

Kalau nak tidur malam sekarang ni..
mesti nak tatap dulu muka mereka berdua ni..
paling seronok tatap muka mereka ni..
masa mereka dah tidur..

Selalunya Haqq akan tidur dulu..
tak kiralah masa abah ada atau tiada..
mak pula selalunya paling akhir sekali tidur.. :)

Dulu sebelum bercinta dengan abah..
wajah keluarga sering bermain di mata..
sedang bercinta..
tentunya muka abahlah pula (ehem)..

Bila dah ada anak..
tambah lagi satu wajah pula..
nanti kalau ada ahli baru..
alamatnya penuhlah ruang mata mak ni.. :P

Tentu kamu semua pun begitu juga kan..
kalau menatap wajah mereka sedang tidur..
rasa macam suci bersih je muka masing-masing..
kadang-kadang rasa sayu je hati pun ada..

Yelah, membuatkan kita teringat akan kesalahan kita buat pada mereka...
tak dengar cakap ibu bapa masa muda remaja (ya,dulu mak nakal)..
selalu bergaduh dengan adik beradik (biasalah budak-budak)..
selalu merajuk dengan abah (perempuan memang macam itu kan)..
kadang-kadang marah Haqq sebab dia buat mak marah.. :P

Doa Sebelum Masuk Tidur

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ

Maksudnya : Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati


Doa Selepas Bangun Tidur

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit

p/s : tapi sebelum tidur baca doa dulu ya.. :)

- mak haqq

Sabtu, 27 November 2010

Cubaan Untuk Senyum

Assalammualaikum..

Bila masa abah tiada dirumah..
mak dan Haqq selalu bergolek-golek atas katil dalam bilik..
kalau nak bergolek di depan tv tu..
mau berbenjol kepala ni..
sebab ada tikar buluh je buat alas lantai..

Kalau dalam bilik ni..
Haqq nak terlentang,nak terjun tiruk..
mak tak kisah pun..
sebab Haqq buat stunt tu semua atas katil..

Sedang sibuk Haqq loncat sana sini..
mak pun keluarkan HP..
kononnya nak ambil gambar Haqq tengah main la ni..

Nampak je HP kat tangan mak..
terus berhenti bermain dan duduk depan HP ni..
mak pun apa lagi..
suruhlah Haqq ni senyum...
macam mana gaya Haqq senyum..
meh kita tengok.. :P

Memula terkejut sebab ada flash..

Kemudian senyum simpul la pula..

Eleh memalu pula nak senyum ek..

Ini baru betul Haqq senyum kan nak.. :)

Macam ni la aksi si masam ni kalau disuruh senyum..
kalau kami halakan kamera lagilah dia tunjuk muka masam tu..
yang tersengih macam kerang busuk..
tapi busuk-busuk Haqq sedap tau..

p/s : selalunya Haqq akan sengih nampak gigi yang tak banyak sampaikan terkejam mata dia.. :P

- mak haqq

Khamis, 25 November 2010

Bola

Assalamualaikum..

Sejak dari Haqq lahir lagi..
kami tak banyak belikan dia toys...
boleh kira toys yang dia ada sekarang..

Tapi yang paling banyak sekali dalam bakul toys dia..
adalah BOLA..
pantang nampak objek berbentuk bulat..
mesti Haqq akan tunjuk dan sebut "B"..
agaknya dia nak sebut bola atau ball kot.. :P
Haqq kan belum pandai cakap lagi..

Kelmarin masa di kampung abah..
Tok Muni ada bawa Haqq ke kedai..
untuk beli cili merah yang Nek Midah pesan..
sampaikan terlupa disebabkan si Haqq ni yang obses dengan bola..
seboleh-boleh nak bola yang bergantungan tu..

Haqq mengeliat dan melorotkan badan dia dalam dukungan Tok Muni..
bila Haqq dah buat perangai tak senonoh dia tu..
terus Tok Muni tarik bola itu dan bagi pada Haqq..

Haqq apa lagi bukan main sengih la dia dapat bola tu..
bila dah bayarkan bola..
terus Tok Muni keluar kedai dan balik rumah..
sebab itulah cili merah Nek Midah terlupa nak dibeli..

Isk isk isk..
Haqq ni dah pandai demand dah..
lepas ini kami akan pastikan...
cuba elakkan dari lalu kedai yang ada jual bola.. :P

Kat bawah ni ada gambar aksi Haqq..
sedang main bola di rumah Tok Lom Misai..
bukan main seronok lagi dapat berlari di padang yang luas tu..

Saya ada bola.Siapa nak main bola dengan saya?

Cik Ali ada so kita main passing bola dululah.. :P

Haqq cuba gelecek bola dari Cik Ali tapi tak dapat..

Dah geram sebab asyik kena buli je terus angkat bola tu..

Sesiapa jangan cuba untuk tendang ya..!!

1..2..3...Tendang...!!

p/s : Ops lupa nak beritahu yang kami dah selamat sampai ke Johor semalam.. :)

- mak haqq

Sabtu, 20 November 2010

Good Luck Cik Aten..!!

Assalammualaikum...

InsyaAllah kami sekeluarga akan pulang ke kampung abah esok..
seronoknya dapat balik Pahang..
bolehlah kita berkelah di sungai ek abah.. :)

Sebenarnya mak nak ucapkan Selamat Berjaya buat Cik Aten..
yang akan menduduki SPM pada hari Isnin nanti..
semoga Cik Aten tenang ketika menjawab soalan.. :)

Sebab itulah mak dah siapkan entri ni awal-awal lagi..
sebab di kampung abah tu tiada internet..
bukan tiada line broadband cuma mak tak beli je..

Memang mak sengaja tak beli broadband..
sedangkan kat rumah ni dah ada Streamyx dah..
rugilah nanti sebab kena bayar 2 bil pula.. :P

Eh,lupa nak kenalkan siapa Cik Aten ni..
beliau merupakan sepupu mak yang paling bongsu belah tokmak..
dan masih sekolah lagi..

Nanti bila dah habis SPM..
bolehlah kita buat BBQ di rumah toklom ek..
sempena Cik Aten dah "Merdeka".. :P


Haqq mengamuk kena peluk dengan Cik Aten :)

p/s : Happy Belated Birthday juga buat Cik Aten pada 18hb kelmarin..Sweet 17th dah ye... :P

- mak haqq
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers