Selasa, 26 Jun 2012

Buli 01

Assalammualaikum..

Selalunya bila waktu petang selepas balik kerja..
Mak akan sibuk di dapur untuk menyediakan makan malam..
jadinya Laeka akan ditinggalkan di ruang menonton bersama Haqq..

Pada suatu petang tu..
bila Mak sedang leka di dapur..
tiba-tiba teringat mereka berdua ni..
kenapalah hanya kedengaran bunyi tv je..

Dengan perlahan-lahan..
Mak pun intai mereka berdua tu..
memang Mak sengaja buat perlahan-lahan sebab nak tengok Haqq boleh jaga Laeka ke tak..

Rupa-rupanya si Haqq tu dah masukkan kaki Laeka dalam cawan dia..
yang si Laeka pun senyap je..
lansung tak bunyi pun..

Bila Mak dah nampak, teruslah capai handphone..
yang paling Mak tak menahan tu..
si Laeka tengok je muka Haqq dengan tak puas hati..

Nasib baik cawan tu kosong je..
kalaulah penuh dengan air ribena lagi..
haruslah Mak menyinga pepetang hari.. 
hehehehehe.. :P

Tak mengapa ya Laeka sayang..
nanti bila awak dah besar..
buli balik Abang Haqq awak yang nakal tu ya.. :P

Oh, Abang masukkan kaki saya dalam cawan ya.

Isk, Abang ni buat tak tahu je saya panggil ni. 

Nasib baik cawan kosong, kalau penuh air


p/s : Baru 2 orang je ni, belum 5 orang lagi. Eh eh eh :P