Isnin, 27 September 2010

persamaan dan perbezaan

Assalammualaikum..

agak-agak dapat tak kesan apa persamaan dan perbezaan kedua-dua gambar kat bawah ni?


Gambar Pertama :


Tarikh : Hari Raya Pertama 2009 (20 Sept 2009)
Masa : Pagi Raya
Lokasi Kejadian : Rumah Tok Long Misai, Kampung Api-Api
Model : haqq
Umur Model pada hari kejadian : 20 hari

Gambar Kedua


Tarikh : Hari Raya Ke-16 2010 (25 Sept 2010)
Masa : Petang Raya
Lokasi Kejadian : Sarang kami di Tingkat 3, Simpang Renggam
Model : haqq
Umur model pada hari kejadian : 1 tahun 25hari



perbezaan antara kedua gambar di atas..
tentunya dapat dilihat pada tarikh,masa,lokasi kejadian dan umur haqq kan?
hehehehehehe :P

kalau untuk persamaan pula..
dan yang paling ketara sudah tentunya model yang sama..
si haqq wabbit tu.. :P

selain itu,BAJU yang dipakai haqq adalah sama!
baju untuk 0 - 3 bulan..
tapi haqq masih boleh pakai lagi.. :P

betapa halusnya anak mak ni..
takpa la haqq ek..
janji haqq sihat,cergas,cerdas ya..

p/s : haqq pakai jangan sampai koyak ye..mana tau boleh bagi adik pula :)

- mak haqq

Sabtu, 25 September 2010

masih beraya lagi ke?

Assalammualaikum..

wah,lama nya tak update..
selalu mak curi-curi online sekejap je..
tu pun buka FB sekejap dan singgah blog-blog yang lain sekejap..
sibuk sangat ke mak ni ek? :P

maklumlah masih dalam musim raya lagi..
mak busy bukan sebab beraya pun..
busy melayan tetamu yang bertandang ke rumah tokmak ni..

dalam masa yang sama, melayan si haqq yang turut jadi tetamu kalau ada tetamu yang datang..
ada satu hari tu, boleh pula dia ambil botol air curahkan ke lantai..
kemudian meniarap sambil jilat air kat lantai tu..

geram betul dengan haqq ni..
dah la buat di ruang tamu..
di hadapan tetamu yang datang beraya pula tu..!!

buat malu mak je haqq ni tau..
masa tu mak sedang sibuk di dapur menyediakan air..
abah pula belum balik kerja..
tok abah dan tokmak tentulah sedang bersembang dengan tetamu..

hihihihi..
mak tak malu mana pun sebenarnya..
cuma rasa nak pecah perut lihat gelagat haqq tu..
kalau masa tetamu tiada..
tak pula buat perangai macam tu..

cerita tentang raya..
entri yang lain la baru cerita ya..
sekarang ni mood nak cerita raya belum sampai lagi la.. :P

gambar raya pun tak banyak..
nanti mak akan share bila mood ada..
huhuhuhuh.. :P


sejak dah ada kaki ni,makin penat la abah dan mak tau :P

p/s : buat qistiena,aunty harap cepat la sembuh tu ya..papa kan dah nak balik dah tu :)

- mak haqq

Rabu, 8 September 2010

Maaf Zahir dan Batin

Assalammualaikum..



Kami sekeluarga mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

p/s : sila mengamalkan pemanduan berhemah ya semua :)


p/s/s : tahun ini,tahun pertama mak beraya di kampung abah haqq.macam mana la keadaan pagi raya nanti ek.agak-agak mak menangis tak? :P

- mak haqq
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers