Rabu, 27 Oktober 2010

25 Oktober 2008 - 25 Oktober 2010

Assalammualaikum..

Alhamdulillah telah genap 2 tahun..
usia perkahwinan mak dan abah pada 25 Oktober lalu..
mak harapkan ia berkekalan hingga ke akhir hayat mak..

by,terima kasih kerana sentiasa setia bersama hy..
sejak zaman bercinta sampailah sekarang..
hy bersyukur sangat kerana by telah menjadi suami hy dunia dan akhirat..
InsyaAllah.. :)

terima kasih juga sebab sabar melayan karenah hy yang macam ni..
dan menerima hy dengan seadanya..

tiada orang lain yang boleh ganti by..
walaupun mereka mempunyai kelebihan dari by...
hy tetap mencintai by sepenuh hati..

tapi ada certain masa kita pun tak kawan kan.. :P
hehehehehe..
biasalah dalam rumahtangga tu..
mesti ada masa tak seronok kan..?!

kalau asyik seronok je..
kita tak tahulah di mana salah silap kita..
so dari situlah kita akan perbaiki.. :)

hy sentiasa berdoa agar ikatan yang dibina ini akan sentiasa dilimpahi rezeki..
dan diberkati Allah sepanjang hayat..
Amin.. :)


p/s : terima kasih juga sebab sponsor honeymoon kita tu :)

p/s/s : hari ni entri jiwang karat tangkap leleh..hahahahaha.. :P

- mak haqq

Rabu, 20 Oktober 2010

sleeping beauty

Assalammualaikum...

isk,agak lama juga tak berblogging ni..
malam ni tetiba nak share dengan semua pasal haqq demam 2 minggu lepas..
demam sebab nak tumbuh gigi lagi..

Alhamdulillah,demamnya tak lama..
cuma sehari je..
mak pun ambil cuti sehari dan kebetulan abah kerja malam minggu tu..
so kami berdua dapatlah menjaga haqq.. :)

sebelum abah sampai rumah..
haqq macam biasalah berkepit dengan mak je..
main,peluk-peluk,bermanja dengan mak..

haqq ni kalau demam dan abah tiada depan mata..
still main macam biasa..
tak merengek atau buat perangai pun..

tapi nanti bila abah dia ada depan mata...
terus je bertukar..!!!
merengeklah,menangislah..

sampaikan nak tidur pun atas badan abah..
kesian abah penat kerja malam kene layan haqq..
tapi abah cakap tak mengapa demi anak dia tu.. :)

memula abah tepuk-tepukkan haqq dulu..

last-last dengan abah sekali tertidur sama.. :)

peluk abah tak bagi abah bangun..

sedap ya haqq tidur atas dada abah...

p/s : abah,kalau mak demam macam mana pula ya? :P

- mak haqq

Khamis, 7 Oktober 2010

di celah jari tengah pun ada

Assalammualaikum..

bila haqq dah tidur ni..
boleh la nak buat kerja dan surfing sikit..
tapi bila haqq dah tidur sunyi pula rumah ni..

kalau tidak ,asyik dengar mak membebelkan haqq je..
mau tak bebel..
haqq tu suka main kat tangga lah..
tumpahkan mangkuk minum kucinglah..

huhuhuhu...
budak nak belajar..
sebab itulah semua benda dia nak buat..
tapi kami semua tetap perhatikan gerak geri haqq..
takut jugak dia naik tangga sampai atas..

itu belum campur dengan ketawanya bila dikejar..
dengan rengeknya nak susu atau nak tidur..
dengan jeritnya panggil si Awewem tu..
dengan tangisnya bila dibuli dengan tokabah.. :)

dah penat sangat la tu...

selain mak boleh buat kerja rumah yang tertunggak..
mak boleh potongkan kuku kaki dan tangan haqq..
haqq tu mana boleh duduk diam kalau mak nak potong kuku..

masa nak potong kuku tu..
mak terperasan lagi..
ada tahi lalat di jari tengah haqq..

dah la besar..
hitam pekat pula tu...
huhuhuhuhu..

tu dia di celah jari tengah :)

mak pernah dengar..
kalau kita ada tahi lalat di jari...
insyaAllah akan jadi cikgu..

ye ke?
mak pun ada juga tapi berapa nak jelas la..
tak jadi cikgu pun..?!
huhuhuhuhu.. :P

p/s : mak sentiasa doakan haqq akan menjadi orang yang berguna dan berjasa bila besar nanti.. insyaAllah :)

- mak haqq

Selasa, 5 Oktober 2010

Contest Bersama Si Kecil

Assalammualaikum..

Dah lama rasanya haqq tak sertai sebarang contest..
hari ni rasa macam nak sertai Contest Bersama Si Kecil..
itu pun sebab di tag oleh mummy myiesha tu..

Kebetulan pula, haqq dan ibu penganjur berkongsi tarikh lahir iaitu 31 Ogos..
sebab itulah penganjur buat contest ni.. :)
Selamat Hari Lahir Nenek..!


Gambar ni diambil masa di sarang kami di Tingkat 3 tu..
sehari sebelum haqq demam sebab nak tumbuh gigi lagi..
cerita yang tu di lain entri la ye..
itupun kalau mak ni ada masa lapang dan ada mood nak bercerita.. :P

oklah cik Gayah..


ada 3 orang yang mak tag sebagai syarat contest..


sesiapa yang nak sertai sama..
cepat-cepat ya..
tarikh tutup pada 10 Oktober 2010 :)

p/s : semakin hari semakin busy melayan si rabbit sorang ni.so semakin jaranglah blog ni ber"update".. :P

- mak haqq

Isnin, 4 Oktober 2010

Time Crisis 2

Hari : Sabtu
Lokasi: Capcom Billion, Pontian
Masa : Selepas Jam 3 Petang.

Hari itu masa keluar dengan makgah dan makcu pergi window shopping, kebetulan masa tu abah dan haqq dok pusing-pusing,terjumpa plak game Time Crisis nie...

Dulu masa abah haqq ngan mak haqq bercinta selalu jugak main game nie...sampai habis puluh-puluh ringgit nak habiskan game nie.. memang enjoy,tak bosan laa nak main..

Sebab dah lama sangat tak main tetiba jumpa game nie...apa lagi kesempatan itu digunakan secukupnya la..suruh makcu tukarkan token 2 keping...and..START THE GAME..

Masa tu kebetulan plak si haqq nie tido..baik plak tu landing atas bahu abah nie..emm takpe la haqq sebab main pun bukannya lama...main game sambil dukung haqq pun takpe...

Memula ok la jugak..tapi lama-lama rasa lenguh jugak..hehe..emm haqq pulak bukan main nyenyak tido dan tak sedar langsung..dah la bunyi kuat, abah sampai terpusing-pusing pun si haqq tetap mantain je..hehe

Oleh kerana ketidakselesaan masa bermain game,abah cuma sempat main sampai stage 2 jee...

Apa-apa pun nanti ada masa lagi kita g main game lagi erk haqq...


Time Crisis 2

Landing baik..

Mulakan aksi..

Ingatkan tak lenguh,rupanya lenguh jugak la...

- abah haqq
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers