Ahad, 28 November 2010

Sebelum Ngorok Mesti Mahu Lihat

Assalammualaikum..


Wajah mereka berdualah..!! :)

Kalau nak tidur malam sekarang ni..
mesti nak tatap dulu muka mereka berdua ni..
paling seronok tatap muka mereka ni..
masa mereka dah tidur..

Selalunya Haqq akan tidur dulu..
tak kiralah masa abah ada atau tiada..
mak pula selalunya paling akhir sekali tidur.. :)

Dulu sebelum bercinta dengan abah..
wajah keluarga sering bermain di mata..
sedang bercinta..
tentunya muka abahlah pula (ehem)..

Bila dah ada anak..
tambah lagi satu wajah pula..
nanti kalau ada ahli baru..
alamatnya penuhlah ruang mata mak ni.. :P

Tentu kamu semua pun begitu juga kan..
kalau menatap wajah mereka sedang tidur..
rasa macam suci bersih je muka masing-masing..
kadang-kadang rasa sayu je hati pun ada..

Yelah, membuatkan kita teringat akan kesalahan kita buat pada mereka...
tak dengar cakap ibu bapa masa muda remaja (ya,dulu mak nakal)..
selalu bergaduh dengan adik beradik (biasalah budak-budak)..
selalu merajuk dengan abah (perempuan memang macam itu kan)..
kadang-kadang marah Haqq sebab dia buat mak marah.. :P

Doa Sebelum Masuk Tidur

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ

Maksudnya : Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati


Doa Selepas Bangun Tidur

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit

p/s : tapi sebelum tidur baca doa dulu ya.. :)

- mak haqq

Sabtu, 27 November 2010

Cubaan Untuk Senyum

Assalammualaikum..

Bila masa abah tiada dirumah..
mak dan Haqq selalu bergolek-golek atas katil dalam bilik..
kalau nak bergolek di depan tv tu..
mau berbenjol kepala ni..
sebab ada tikar buluh je buat alas lantai..

Kalau dalam bilik ni..
Haqq nak terlentang,nak terjun tiruk..
mak tak kisah pun..
sebab Haqq buat stunt tu semua atas katil..

Sedang sibuk Haqq loncat sana sini..
mak pun keluarkan HP..
kononnya nak ambil gambar Haqq tengah main la ni..

Nampak je HP kat tangan mak..
terus berhenti bermain dan duduk depan HP ni..
mak pun apa lagi..
suruhlah Haqq ni senyum...
macam mana gaya Haqq senyum..
meh kita tengok.. :P

Memula terkejut sebab ada flash..

Kemudian senyum simpul la pula..

Eleh memalu pula nak senyum ek..

Ini baru betul Haqq senyum kan nak.. :)

Macam ni la aksi si masam ni kalau disuruh senyum..
kalau kami halakan kamera lagilah dia tunjuk muka masam tu..
yang tersengih macam kerang busuk..
tapi busuk-busuk Haqq sedap tau..

p/s : selalunya Haqq akan sengih nampak gigi yang tak banyak sampaikan terkejam mata dia.. :P

- mak haqq

Khamis, 25 November 2010

Bola

Assalamualaikum..

Sejak dari Haqq lahir lagi..
kami tak banyak belikan dia toys...
boleh kira toys yang dia ada sekarang..

Tapi yang paling banyak sekali dalam bakul toys dia..
adalah BOLA..
pantang nampak objek berbentuk bulat..
mesti Haqq akan tunjuk dan sebut "B"..
agaknya dia nak sebut bola atau ball kot.. :P
Haqq kan belum pandai cakap lagi..

Kelmarin masa di kampung abah..
Tok Muni ada bawa Haqq ke kedai..
untuk beli cili merah yang Nek Midah pesan..
sampaikan terlupa disebabkan si Haqq ni yang obses dengan bola..
seboleh-boleh nak bola yang bergantungan tu..

Haqq mengeliat dan melorotkan badan dia dalam dukungan Tok Muni..
bila Haqq dah buat perangai tak senonoh dia tu..
terus Tok Muni tarik bola itu dan bagi pada Haqq..

Haqq apa lagi bukan main sengih la dia dapat bola tu..
bila dah bayarkan bola..
terus Tok Muni keluar kedai dan balik rumah..
sebab itulah cili merah Nek Midah terlupa nak dibeli..

Isk isk isk..
Haqq ni dah pandai demand dah..
lepas ini kami akan pastikan...
cuba elakkan dari lalu kedai yang ada jual bola.. :P

Kat bawah ni ada gambar aksi Haqq..
sedang main bola di rumah Tok Lom Misai..
bukan main seronok lagi dapat berlari di padang yang luas tu..

Saya ada bola.Siapa nak main bola dengan saya?

Cik Ali ada so kita main passing bola dululah.. :P

Haqq cuba gelecek bola dari Cik Ali tapi tak dapat..

Dah geram sebab asyik kena buli je terus angkat bola tu..

Sesiapa jangan cuba untuk tendang ya..!!

1..2..3...Tendang...!!

p/s : Ops lupa nak beritahu yang kami dah selamat sampai ke Johor semalam.. :)

- mak haqq

Sabtu, 20 November 2010

Good Luck Cik Aten..!!

Assalammualaikum...

InsyaAllah kami sekeluarga akan pulang ke kampung abah esok..
seronoknya dapat balik Pahang..
bolehlah kita berkelah di sungai ek abah.. :)

Sebenarnya mak nak ucapkan Selamat Berjaya buat Cik Aten..
yang akan menduduki SPM pada hari Isnin nanti..
semoga Cik Aten tenang ketika menjawab soalan.. :)

Sebab itulah mak dah siapkan entri ni awal-awal lagi..
sebab di kampung abah tu tiada internet..
bukan tiada line broadband cuma mak tak beli je..

Memang mak sengaja tak beli broadband..
sedangkan kat rumah ni dah ada Streamyx dah..
rugilah nanti sebab kena bayar 2 bil pula.. :P

Eh,lupa nak kenalkan siapa Cik Aten ni..
beliau merupakan sepupu mak yang paling bongsu belah tokmak..
dan masih sekolah lagi..

Nanti bila dah habis SPM..
bolehlah kita buat BBQ di rumah toklom ek..
sempena Cik Aten dah "Merdeka".. :P


Haqq mengamuk kena peluk dengan Cik Aten :)

p/s : Happy Belated Birthday juga buat Cik Aten pada 18hb kelmarin..Sweet 17th dah ye... :P

- mak haqq

Selasa, 16 November 2010

Selamat Hari Lahir Abah..!!

Assalammualaikum...

Hari ni merupakan hari lahir abah tau..
yang ke berapa tu..
ehem biarlah rahsia kot..
hahahahaha...

Alahai tak baiklah rahsiakan umur ni..
hari ini kan Haqq,16 November 2010 tau..
pada hari ini juga,abah telah genap 29 tahun.. :)

Yang tak seronoknya hari ni kan..
abah terpaksa bertugas malam sepanjang minggu ni..
kesian abah,malam raya pun kena jaga orang salah..

Nasib baik semalam mak dan abah sempat dating..
Haqq pula kena tinggal dengan mokcu dia..
hahahaha..padan muka Haqq.. :P

Ala tinggal pun tak lama..
tapi sempat juga menonton movie Unstoppable..
dah lama kita tak berdating macam ni kan abah.. :P

Terima kasih mokcu..
sebab tolong jagakan Haqq sekejap..
upah KFC dah settle kan? :P

Abah,kami iaitu mak dan Haqq la..
ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir..
kami sentiasa doakan abah dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki,sihat tubuh badan serta memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat..

Kami terlalu sayangkan abah tau..
lebih-lebih lagi mak ni..
hehehehe... :P


si botak cinta mati mak :)

p/s : mak tak beri abah hadiah pun sebab mak taktau nak bagi apa..boleh cadangkan tak? :P

- mak haqq

Ahad, 14 November 2010

Hah,kan dah kantoi..!!

Assalammualaikum..

Isk isk isk..
mokcu dapat snap satu benda buruk yang Haqq suka buat depan orang..
aduhai bocah sorang ni.. :P

Korek hidung....!!!!

Haqq ni teruk la..
nanti orang cakap Haqq pengotor la sayang..
jangan buat lagi tau Haqq.. :)

Kan mak ada beritahu sebelum ni..
ada je perangai senonoh dan tak senonoh dia buat..
kadang-kadang terhibur juga hati melihat telatah anak ni.. :P

p/s : Haqq ni bukan boleh kira,nanti bila ada orang mulalah dia korek hidung tu.. :P

- mak haqq

Jumaat, 12 November 2010

Mesin Penghancur Makanan Yang Mesra Alam

Assalammualaikum..

Agak-agak lah kan..
mesin apa yang mak maksudkan tu ye?
huhuhuhu...

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

GIGI..!!!

Masa ni cuma ada 5 batang je,sekarang sudah ada 6.. :)

p/s : bila dah banyak gigi ni,makin kerap la Haqq gigit orang :P

- mak haqq

Rabu, 10 November 2010

Cara Haqq pujuk Mak dan Abah

Assalammualaikum..

Bila Haqq dah setahun ni..
macam-macam perangai yang dia dah buat..
diantaranya kalau dibawa makan luar..

Bila dah duduk dalam kerusi budak tu...
dia pusing ke kirilah ke kananlah..
berdirilah, berlari setempat dalam kerusi tu lah..
paling best sekali dia buat macam dalam gambar bawah ni..

MENJERIT..!!!

Kadang-kadang tu geram pun ada..
tapi geram bukan sebab kami tak dapat makan dengan aman..
takut orang sekeliling je serabut dengan perangai Haqq ni..

Mana tau mereka judge kami ni tak pandai didik anak ke..
tak pandai kawal anak ke..
tak pandai pujuk anak ke..

Ada yang faham senyum je la..
ada yang tak faham tu menjeling kasar beb..!!
mungkin yang tak faham tu tiada anak kecil kot..

Sebab itu kalau makanan belum sampai lagi..
kami bawa Haqq berjalan-jalan dulu dalam kedai..
nanti bila makanan dah sampai..
Haqq duduk semula dalam kerusi tu..

Selalunya kami akan buat side order seperti kentang goreng..
buat si Haqq sementara kami makan..
Haqq pun sukalah dapat makan sendiri tanpa disuap.. :P

Tapi kan bila Haqq kene marah dengan kami..
dia akan tengok muka kami sambil..
buat muka macam ni pula.. :P

eleh nak pujuk mak la tu.. :P

p/s : kalau nak bawa Haqq ke menonton wayang, mesti dia akan buat pencemaran bunyi kan? :P

p/s/s : ada rupa Haqq tak si Stewie yang jadi background blog ni? :P
- mak haqq

Isnin, 8 November 2010

Haqq ke Zoo Negara

Assalammualaikum..

Dalam perjalanan balik semula ke Johor..
selepas bercuti di Genting..
kami singgah ke Zoo Negara..

Kami sampai zoo dalam jam 10 pagi macam tu..
kebetulan si Haqq ni tidur pula..
apa lagi mak kejutkan dia la..

Memula macam kesian juga..
ye la mesti Haqq kepenatan..
tapi rugi la nanti kalau masuk zoo, Haqq tidur..
tak dapatlah nak tunjukkan binatang yang selalu dia tengok dalam tv.. :P

Punyalah payah nak kejutkan si Haqq ni..
siamang menjerit depan dia pun still tak bangun lagi..
last-last mak tepuk-tepuk manja baru sedar..
huhuhuhu.. :P

Meh kita layan gambar yang tak seberapa banyak ni.. :P




Haqq bukan main seronok dapat tengok binatang secara "live" ni..
selalu kan tengok melalui tv je.. :P
lain kali kita ke zoo lain pula ya Haqq..

p/s : geram dengan Alex Si Singa sebab tak nak tengok camera kami.sombong..!! :P

- mak haqq

Khamis, 4 November 2010

Percutian Pertama Kami

Assalammualaikum..

Sempena Ulangtahun Perkahwinan kami yang ke-2..
abah belanja kami bercuti di Taman Tema Genting..!!
kami berada di sana selama 3 hari 2 malam.. :)

Kira macam honeymoon la kami ke sana..
sebab kami pun belum berhoneymoon lagi sejak kahwin dulu..
tapi honeymoon bawa anak le.. :P

Kami bertolak pada hari Ahad, 24hb tu..
dan balik semula ke Johor pada hari Selasa,26hb..
kami memang sengaja pergi hari biasa..
so dapat harga bilik murah dan tak lah ramai orang.. :)

Pada malam pertama,
kami menginap di Hotel Sri Malaysia..
manakala hari kedua pula di Hotel First World.. :)

Kami hanya main permainan keluarga je..
ada juga permainan kanak-kanak yang Haqq tak dapat main..
sebab tak cukup umur lagi..

Takpalah Haqq ek..
nanti bila Haqq dah besar skit..
kita ke sana lagi ye.. :)

Ini ada sebahagian gambar yang mak collagekan..
kalau nak letak semua dan tak di collagekan..
nanti mesti lambat loading la..
tak boleh bukaklah..
huhuhuhu.. :P






Masa nak balik tu..
kami singgah Genting Strawberry Leisure Farm..
rupa-rupanya lokasinya belakang Hotel Sri Malaysia je..

Geram bila lihat banyak strawberry yang merah-merah..
bergayut kat pokok.. :P
sempat la mak petik sendiri strawberry segar untuk bawa balik..


Bukan setakat kebun strawberry je yang kami singgah masa perjalanan balik Johor..
ada lagi satu tempat yang akan mak ceritakan pada entri akan datang ek..
beserta dengan gambar juga..!!

p/s : tahun depan kita nak bercuti ke mana ek abah?!

- mak haqq

Selasa, 2 November 2010

Haqq dapat Vespa

Assalammualaikum....

dulu mak pernah ada cerita pasal vespa untuk haqq kan?
haqq dah dapat dah vespa nya..
yang bestnya telah disponsor oleh tok muni dan nek midah haqq le.. :)

inilah vespanya.. :)

tapi tak sama la macam apa yang mak tunjukkan dulu tu..
tak mengapa la haqq..
kira ni hadiah birthday haqq la ni :)

tok muni dan nek midah haqq ni..
memang suka belikan toys untuk cucu-cucunya..
bukan haqq sorang dapat vespa ni tau..

tapi abang aizad dan kak puteri pun dapat sama..
cuma tak sama dengan vespa haqq..
haqq kan baby lagi dapat la vespa kecil macam ni..
mereka dapat basikal.. :))

terima kasih tok muni dan nek midah..
lain kali bila haqq balik lagi..
boleh la tuntut hadiah lain pula ya.. :P

p/s : abah,jom balik Jengka..!! :)

- mak haqq

haqq ada 3 orang sepupu

Assalammualaikum..

untuk pengetahuan kamu semua..
haqq merupakan cucu ke pertama belah mak..
dan cucu ketiga belah abah..

mak long haqq merupakan kakak sulung abah dan mempunyai 3 orang anak..
yang pertama, Muhammad Khairul Aizad berumur 6 tahun
yang kedua, Puteri Azlin Aida berumur 4 tahun..
adik bongsu pula, Muhammad Kamil Amar berumur 6 bulan..

mak cilok dari FB mak long haqq.. :P

selepas mak long haqq berkahwin dengan orang Kedah..
terus menetap dan mengajar di sana..
molek la sangat..
menantu tok muni dan nek midah seorang dari utara..
seorang lagi dari selatan.. :P

raya lepas merupakan kali pertama haqq berjumpa dengan mereka..
bukan main meriah lagi rumah tok muni dengan keletah mereka bermain..
berlari sana sini..
maklumlah rumah tok muni tu luas.. :)

kebetulan pula raya lepas haqq dah pandai berjalan..
tapi masih tak kuat lagi la..
melayang-layang bila haqq berlari..

debab tau si amar ni :)

haqq dan abang aizad

abang aizad dan kakak puteri

tak sempat nak bergambar sakan..
sebab mereka semua sampai kampung petang raya pertama..
kami pula balik ke johor pada raya kedua..

insyaAllah lain kali kita jumpa lagi ya..
tak puas main dengan si amar debab tu..
tentu masa tu haqq dah boleh main bola dengan abang aizad :)

p/s : anak mak long semua mata sepet ikut ayah dia yang macam cina tu.. :P

- mak haqq
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers