Khamis, 25 Februari 2010

pertama kali

Assalammualaikum..

ehem apa yang pertama kali tu?
jatuh hati?
jatuh katil?
hahahaha..

tapi kali nih pertama kali berdating TANPA haqq disisi..
kesian haqq kene tinggal..
ala bukan lama pun kene tinggal..

ada la hari tu hari bekerja..
abah keje malam so siang abah free..
kebetulan plak bos mak pulak takde..

aku ambil peluang la berlunch date ngan abah..
kami pergi dating di Jusco Bukit Indah..
ala cuci mata je bukan shopping pun.. :P

makan pun kat food court je..
sambil makan ada la ambil gambar skit..
jeles tengok blog kak erin mesti ada adegan makan.. :)


mengada berposing dalam fitting room..mementang la dah kawen.. :P



aku makan chicken chop je tp sebenarnya dah kenyang sangat..so abah haqq kene habiskan..padan muka :P



abah haqq makan nasi ayam yang bule dimakan ketika amat sangat lapar..maknanya tak sedap la tu.. :(



abah haqq order milo air yang super duper sedap..mak tumpang aja..



sebelum balik,belikan haqq kipas colourful nih..


bila dah ada anak nih..
nak berjalan berdua sahaja dah tak best tau..
asyik teringatkan haqq je..

kalau keluar bertiga mesti aku pangku haqq..
sambil tu main-main ngan haqq..
tapi bila tak bawak ni rasa riba kosong plak..

yang abah haqq plak,jalan bukan main laju ke depan tinggalkan aku..
alasannya dah terbiasa tolak haqq..
so laju jep la.. :P

anyway mak tetap ingat haqq..
kemana-mana pun mak pergi..
kalau pergi kerja lagi la asyik ingat..
hehehehe


p/s : happy belated birthday kepada diri sendiri dan dan sesiapa saja yang kongsi tarikh semalam,24.02.2010..semoga aku sendiri menjadi lebih matang dah berjaya di dunia dan akhirat.Amin :P


- mak haqq

Isnin, 22 Februari 2010

si oren


Assalammualaikum..

tadik entri tak bergambar langsung kan..
kali nih entri bergambar semula..
hihihihi..

nih sume gambar haqq tido entah bila yep..
yang aku ingat,masa tu abah haqq tak balik..
so haqq tido la bersama-sama ngan mak dia nih.. :P

selama ni kalau abah haqq ada,dia kene tido dalam coat..
hehehehe..
kadang-kadang kesian jugak..
tapi kene la latih takot tertimpa oleh mak abah dia nih..

nih korang nengok la gambar si haqq tido.. :P
dengan berbaju tido berwarna oren..
dah la dia tu berkulit gelap..(gelap ke?)



memula golek-golek main ngan bobby dia.sambil tu aku bobok kan haqq..



tengok mata hidong dah merah menahan ngantok..



bagi air masak sebotol terus lena..



dah la tido mata tak rapat..nakal nih..



tu bobby si kuda yang temankan haqq tido malam tu..



dengan berbaju oren macam ulat plak aku tengok..hihihi :P


p/s : alahai,setiap kali entri pasal haqq mesti rindu haqq.. :(


- mak haqq

berdebar


Assalammualaikum..

kali ni entri takde gambar..
sbbnye berlaku malam tadi..
memang kelam kabut aku..

ceritanya macam nih..
malam tadi si haqq tido awal dalam 8pm lebih macam tu..
abah haqq yang bobok kan dia suruh tido..

yang aku pulak tengah nak update FB..
malam dia tido,baru sempat nak update segalanya..
siang tadi melayan haqq lagi beh dari berFB.. :P

tengah layan FB..
tetiba dengar haqq nanges..
memula ingat nanges biasa la kan..

tapi tetiba menjerit..
terus bingkas dari bilik belakang masuk bilik aku..
tengok haqq nanges macam apa tah..

berdebar aku,mengigil tangan aku..
masa aku jengah tadi..
abah dan haqq tengah lena tido..

abah bagi susu,haqq tanak..
abah ambil air Yassin kat dapur dalam botol air..
air Yassin memang dah standby kat dapur..
tok abah rajin bawak air bila ada yasinan kat surau tu time setiap khamis malam jumaat..

abah sapukan skit air kat muka dia..
aku dan abah haqq bacakan la ayat-ayat..
kami hembuskan kat telinga dah ubun kepala dia..

aku dukung,haqq still nanges tp mata tertutup.. :(
aku dah nak nanges dah..
ingatkan abah tertimpakan tangan atas haqq..

dah nanges macam tu..
mintak abah haqq sapukan minyak kat belakang telinga haqq..
minyak nih nek hendom aka babysitter yang bagi..

kami rasa ni kes ngigau la nih..
pastu abah bagi air suruh dia minum sekali lagi..
kali ni bila dia minum baru la kurang skit nanges..

baringkan haqq...
ngiringkan menghadap aku nih..
sambil tu aku bobok kan dia..

last-last senyap dan tertido..
berpeluh abah dan mak tengok haqq macam nih..
sebab selama nih haqq tak pernah nanges macam tu ketika tido..

alhamdulillah..
haqq lena sampai pagi..
cuma 5am tadik terjaga nak susu..

nih tadik aku tengah sesiap nak pergi kerja..
haqq dah bangun..
senyum sengih kemasaman (tapi sedap tau tak)..
hihihihi :P

siap tengok aku pergi kerja lagi..
sayu pulak hati nak tinggalkan haqq tadi..
macam tanak pergi kerja pun ada :P

haqq haqq..
buat mak abah risau je..
kami sayang haqq sangat..
hopely lepas nih takda dah menda macam nih berlaku..


- mak haqq

Jumaat, 19 Februari 2010

towel jadik modal..

Assalammualaikum..

jeng jeng jeng..
modal ape..?
modal tido si haqq la..
hihihihi...

raya CNY yang lepas..
kami balik kampung abah kat Jengka,Pahang tu..
dapat la 3 hari 2 malam kat sana..

bukan apa..
abah haqq nih payah sgt dapat cuti..
mak haqq plak cuti tak banyak..

kebetulan raya CNY tu memasing free..
kami pun balik la kampung..
itu pun tak plan awal-awal pun..

kami bertolak dari Johor hari sabtu,19hb haritu..
lepas singgah kenduri kahwin pakngah ajis..
kami terus vroom ke Pahang..

gambar nih sume masa perjalanan pergi..
haqq kene duduk kat kerusi dia kat belakang..
tak larat nak pangku 7 jam..
tapi bila nak menyusu,angkut semula ke riba nih.. :P



memula nih bukan main galak lagi..




mengekel ketawa bila diagah..




tu nampak tak towel tu..




tapi memula try hisap bantal dulu..




agaknye tak sedap bantal tu..tu yang towel jugak jadik modal TIDUR haqq :P



mau tak nyenyak,kerusi dia gegoyang macam kene buai..hehehe


walauapapun aku tetap monitor haqq dari cermin yg kat atas kepala dalam kereta tu.(tatau nak panggey apa)..
bukan setiap masa dia dalam kerusi pun...
bila agak lama sikit dalam kerusi tu..
aku angkut semula ke depan..

p/s : isk rindu plak ngan haqq nih.. :P

- mak haqq

apa,haqq dah bercermin mata..?!


assalammualaikum..


hihihihihi..
jangan terkejut plak ngan tajuk entri nih..
suspen jugak kan..

bukan bercermin mata rabun macam mak dia..
tapi bercermin mata hitam..
tu keje abah haqq la pakaikan..



chewah,macam terrer je betulkan spek tu.. :P



diam pulak tu bila dah pakai..



tapi kejap pakai dah serabut si haqq nye.. :P


semoga haqq memiliki mata yang cerah dan tidak rabun macam mak nih ek..
mak tanak la haqq dapat mata yang tak berapa nak nampak macam mak..
ikut mata abah tau..

mata abah tu sharp banyak dari mak nih..
insyaAllah ek sayang..
mak sentiasa doakan yang terbaik buat haqq..
Amin.. :)



last skali posing ngan mak..sori ye abah terlupa nak amek.. :P



- mak haqq

Khamis, 11 Februari 2010

RONDA-RONDA pusing2 bandar Pontian





em macam biasa la kalau abah haqq jemput dier dari umah mak kene pusing2 bandar dulu,kalau tidak alamat sampai umah mengamuk la si haqq nie.


dah menjadi rutin harian abah haqq kalau keje pagi boleh la jemput si haqq..




bukan main suka lagi dapat pusing2 bandar....



biasanya abah haqq bawak pusing2 sekitar bandar pontian,area tepi pantai,bus stand,padang bola.em boleh dikatakan selagi ada jalan yang boleh dilalui mesti sampai.. hehe

bukan nak manjakan si haqq nie cuma nak haqq lihat persekitaran luar,biar otak dier berkembang.kang duduk umah je boring jugak....



apa ingat dah boleh bawak kete ke?..

takpe haqq nanti dah besar abah bawak haqq pergi taman permainan kanak-kanak k..
nanti haqq mesti suka...
tak sabar nak lihat haqq membesar..








-abah haqq-

memori

Assalammualaikum..


em asek cerita pasal haqq je..
kali nih cerita pasal mak abah haqq plak..
yepla sempena nak hari kekasih nih kononnya.. :P

ah dah nama blog pun cerita tentang haqq..
mestilah sumer entri pasal haqq kan...
hihihihihi..

tapi kalau nak cerita tentang mak abah haqq nih..
aku bubuh gambar jep la ek..
malas la nak taip pepanjang..

so tengok la gambar mak abah haqq masa muda mudi dulu..
sekarang macam dah tua sebab dah ada haqq..
kadang-kadang perasan muda jugak :P



ni kira official dating kami yg pertama la di kenduri kahwin Siti Hajar,kawan lama di Mersing



huh,zaman dulukala :P



bertunang pada 11 Mac 2007(huh gemoknya)



dating yang pertama lepas tunang di Kuantan



gambar sebelum abah haqq lapor diri (gile gemok)



1st dating bila dah balik keje kat johor



menjadi sah pada 25 oktober 2008



akhirnya lahirlah Muhammad Nurhaqq bin Asrin pada 31hb Ogos 2009


tengok la aku kejap kuros kejap gemok..
tapi kebanyakan masa aku gemok..
nak la badan zaman baru berkenalan dulu :P


sebenarnya ada banyak gambar nak share ngan korang..
tapi nanti meluat pulak kan..
takpela ni je bule share buat masa ni.. :)




- mak haqq

Rabu, 10 Februari 2010

gebu ke?


Assalammualaikum..


hiks, bila dah update terus nak update lagi..
kali ni nak tunjuk gambar haqq tgh sepsi..
ala sebab nak mandi tu yg separuh bogel.

kalau nak dikaitkan dgn tajuk entri..
ko tengok la gambo bawah nih..
gebu sangat ke?



hakikatnya haqq nih kecik halos jep..
maybe kalau dia baring nampak gebu la kot..
korang tengok la kalau duduk..


isk isk..alahai haqq nape la halus sangat nak? :(


nampak kan perbezaan yg ketara sangat..
takpela janji haqq sihat kan nak..
tapi haqq tetap masam tau :P


p/s : abaikan babat mak haqq serta penyapu dan getah paip dibelakang kerana kami menumpang di rumah kosong


- mak haqq
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers