Jumaat, 28 Oktober 2011

Kenapa Saya Suka Baca http://myaishah.blogspot.com/?

Assalammualaikum..

Hari ini Mak nak beritahu kepada semua orang..
kenapa Mak suka baca blog Mama Nahsriq, Aishah ni :)

Sebenarnya Mak mula mengikuti Aishah semasa dia sedang sibuk membuat persiapan perkahwinannya pada 2009 yang lepas..
macam-macam Aishah cerita mengenai persiapannya tu di http://14mac2009.blogspot.com..
kebetulan pula tarikh tersebut juga merupakan tarikh perkahwinan salah seorang rakan wanita kegemaran Mak..
iaitu Mama Rafiqin, Zakiah.. :)

Oh ya, Aishah telah mengikat janji sehidup semati bersama Wahid yang kacak tau :)
dengan ikatan suci itu mereka telah dikurniakan 2 orang cahaya mata..
dan seorang lagi masih bermain ski di dalam perut Mama dia tu.. :P

Tetapi Allah terlebih dahulu menjemput puteri pertamanya semasa masih didalam kandungan Mamanya lagi..
betapa sedih dan lajunya Mak menitis air mata setelah mengetahui berita tersebut..
apatah lagi Aishah dan suami..
kebetulan pada masa tu Mak masih dalam pantang..
jadi Mak terasa sangat dengan kehilangan tersebut.. :(

Minta maaf ya Aishah kerana pada masa tersebut..
Mak tidak mengirimkan kata-kata semangat melalui komen-komen di entri Aishah..
maklumlah pada masa itu..
Mak agak kurang berinteraksi sesama rakan blogger..
dan itu kesilapan Mak :(

Alhamdulillah, Allah telah mengurniakan seorang anak lelaki yang sangat comel..
Muhammad Anas Nashriq bin Abdul Wahid pada 25hb Ogos 2010 lalu..
dan sekarang pun Aishah sedang menunggu kehadiran orang baru.. :)

Erm, Mak teruskanlah kenapa Mak suka sangat membaca hasil nukilan Mama Nashriq ni ya?
ini adalah kerana Mak merasakan Aishah ni seorang yang matang..
walaupun lebih muda dari Mak.. :)

Kata-katanya kadang-kadang membuatkan Mak tersentuh hati..
dan adakalanya menyedarkan Mak untuk memperbaiki diri sendiri..
apa yang perlu diperbaiki itu..
biarlah Mak seorang je yang tahu ek :)

Ada masa entri Mama Nashriq ni..
membuatkan Mak ketawa seolah-olah beliau sedang bercerita depan Mak..
dengan ayatnya yang mudah difahami dan cara penceritaan yang sangat menarik..

Buat masa ini Mak sudah 2 kali bertemu dengan beliau..
di rumah beliau yang terletak di Tiram..
minggu depan mereka akan berpindah ke Kuarters Pendidikan di Larkin pula..
tak sabar rasanya nak melawat rumah baru mereka sekeluarga..

Bukan setakat tak sabar nak melawat rumahnya sahaja..
malahan Mak tak sabar menunggu kelahiran adik Nashriq..
yang dijangkakan pada bila-bila masa je ni.. :P

Tapi kan walaupun dah 2 kali bertemu..
Mak masih lagi tiada gambar kami berdua..
alahai itu yang paling yang tak seronok sekali.. :(

Apa lagi ek..
alahai Mak ni memang tak pandai nak karang ayat formal ni..
maklumlah dah lama tinggalkan sekolah..
cewah, alasan je tu..

Minta maaflah ek Mama Nashriq sebab hari ini baru berkesempatan Mak siarkan entri ni..
padahal dah ada dalam draft ni pun..
kebelakangan ini Mak macam busy skit.. :P

Akhir sekali Mak doakan segala kebaikan dan kebahagian untuk Aishah sekeluarga tau..
InsyaAllah kita akan bertemu lagi dalam masa terdekat ni ya..
masa tu Mak nak ambil gambar banyak-banyak dengan Aishah..
eh Abang Nashriq dan Adik Nashriq pun sama juga tau.. :)

Aidilfitri 2011 :)

Al-fatihah buat bidadari syurga, 
Nur Anis Nashrah binti Abdul Wahid

- Mak Haqq

Khamis, 13 Oktober 2011

Haqq Berjumpa Dengan Imaan Kenyit

Assalammualaikum..

Ini ada lagi satu cerita lama..
yang Mak dah peram..
asyik peram je..
nanti dah lari fakta orang cakap Mak menipu pula..
adeh.. :P

Pada bulan lepas..
Mak telah berlaga pipi dengan Mak Neng dan anak daranya si Imaan Kenyit tu..
matilah Mak sebab panggil Fad, Mak Neng.. :P

Kami berjumpa mereka di Mom & Baby Expo 2011 di Danga City Mall, JB..
itupun kebetulan Fad mengikut suaminya outstation di JB..
kalau tidak, entah bilalah Mak dapat berjumpa Fad lagi..

Oh ya..
ini merupakan kali kedua Mak berjumpa Fad..
kali pertama dulu adalah dalam 4 atau 5 tahun yang lepas..
macam Fad beritahu dalam entrinya yang lepas tu.. :)

Masa itu kami semua masih single lagi tau..
dan sudah tentunya masing-masing masing kurus.. :P
tapi kalau nak diikutkan pada masa tu..
kami bukannya kenal sangat pun..

Fad turun Kuantan untuk menemani adiknya si Ofa tu..
berjumpa dengan rakan Myspacenya iaitu Aunty Rhona..
Mak pula menyibuk nak ikut Aunty Rhona tu..
kebetulan Mak pun kenal jugak dengan Ofa..
tapi taklah rapat seperti Aunty Rhona dengan Ofa.. :)

Meh kita cuci mata tengok si Imaan Kenyit ni..
kenapa Mak panggil Imaan Kenyit?
sebab bila kita minta Imaan tunjukkan mana mata..
bukan dia tunjukkan dengan jari dia..
tapi dia MENGENYITKAN mata dia yang besar tu..

Cubaan Imaan menjadi Ju-On

Geram betul Mak dengan Imaan ni..
cheecky sangat tau..
kedua belah mata Imaan pandai kenyit tau..
kan Imaan kan.. :)

Sampaikan dalam perjalanan pulang pun..
Abah masih bercerita tentang keletah Imaan  tu..
aik Abah, suka ye kalau ada anak dara..?
InsyaAllah nanti ya Abah.. :)

Memula Imaan masih diam lagi..
biasalah anak daralah katakan...
kemudian barulah Imaan menunjukkan aksinya..
berjalan sana sini..

Bukan main suka si Imaan ni bila tengok belon..
asyiklah minta Abi ambilkan belon untuk dia.. :)
Haqq pula memang sangat takutkan belon..
terbalik sudah.. :P

Haqq bukannya nak tengok kamera pun :(

Tiada satu pun gambar yang sempurna. 
Kebanyakkan Haqq sibuk korek hidung.LOL

Adalah dalam 3 jam kami bersembang..
kemudian Mak minta izin nak pulang dulu..
kali ini kena balik awal sebab sepupu Mak, Cik Ali buat jamuan makan..
ini baru betul..
bukan macam entri yang lepas tu..
sorry ya.. 

Lagipun kesian pula Fad dan suami..
sebab mereka nak ke Melaka pula selepas kami berlaga pipi tu..
kalau mereka lewat gerak ke Melaka...
sudah tentu mereka akan sampai pada waktu malam..

InsyaAllah nanti kita berjumpa lagi ya Imaan..
tapi bila tu Mak pun tak pasti lagi..
sebab Fad kata lepas ni dah tak turun JB dah..
nampaknya kami pula kena ke KL la yek.. :P

- Mak Haqq

Rabu, 12 Oktober 2011

WW #02

Assalammualaikum..


Scary tak? 

- Mak Haqq

Jumaat, 7 Oktober 2011

Haqq Ke Majlis Ulangtahun Nashriq Yang Pertama

Assalammualaikum...

Wah, mood bercerita sudah datang..
hari ini Mak nak bercerita tentang Majlis Ulangtahun Nashriq Yang Pertama..
yang sudah hampir sebulan berlalu yang telah diadakan pada hari Sabtu, 10 September yang lalu..

Ini merupakan perjumpaan kami yang kedua selepas BGWS dulu tu..
lokasi BGWS adalah di rumah Aishah sendiri..
terdapat persamaan perjumpaan dulu dan sekarang tau..
dimana dulu kami sekeluarga juga yang pertama sampai dan balik awal..
dan cuaca pada hari kejadian adalah hujan..

Tapi Alhamdulillah..
majlis dulu dan sekarang telah berjalan dengan meriah..
walaupun kami sekeluarga terpaksa pulang awal..

Bukan apa..
kami terpaksa bergegas balik ke Pontian semula sebelum pukul 5 petang..
sebab Cik Ali, sepupu Mak ada buat sedikit jamuan di rumah Tok Lom tu..

Setibanya kami di sana..
Aishah masih belum siap lagi..
maklumlah mak pengantin..
sudah tentunya Aishah sibuk ke hulu-hilir bagi memastikan semuanya telah siap dihidangkan untuk tetamu nanti.. :)

Bila masuk je ke perkarangan rumah Aishah..
Mak teruja betul kerana dalam keadaan berbadan dua tu..
sempat lagi dia menyediakan dekorasi yang menarik bagi majlis si Nashriq tu..
Wahid, Ayah Nashriq pun tak kurang sibuknya tau..
dia lah yang menampal banner dan belon di luar rumah tu.. :)

Bila kami sampai..
orang yang pertama Mak cari adalah Nashriq..
hehehehehe...
sorry ya Aishah, Mak cari Nashriq dulu.. :P

Geram sungguh Mak dengan Nashriq ni..
bila dukung dia..
punyalah keras dan tegap..
rasa macam nak kunyah je dia ni..
nyum nyum..!!!

Nashriq pun kelihatan gembira sangat..
sebab ramai yang melayan dia..
Nashriq jadi geram bila tengok abang-abang berlari sana sini..
sebab dia tak dapat nak kejar dan berlari sama.. :P

Banyak juga menu yang Aishah hidangkan pada hari tu...
ada Nasi Ayam, Mee Hoon Goreng Cina, Puding Cocktail dan kuih tradisional iaitu Kuih Kaswi..
memang sedap semuanya tau..
tapi Mak tak sempat nak jamah Puding Cocktail sebab sibuk bersembang.. :P

Tapi yang paling Mak terkilan sangat tu..
tiada satu pun gambar Mak bersama Aishah mahupun Nashriq..
disebabkan asyik makan dan makan dan makan..
sampai terlupa nak bergambar... :(

Mau taknya kami asyik makan je..
sudahlah tengah hujan..
makanan pun sudah siap dihidangkan di atas meja dan masih panas-panas lagi..
jadi berdongdang sayanglah perut kami ni minta diisi..
hahahaha.. :P

Kalau nak tahu..
Haqq makan nasi ayam sampai bertambah tau..
bukan main lagi Haqq mengunyah nasi yang disuap Abah.. :)

Eh, Aishah pun ada sediakan makanan yang digemari oleh kanak-kanak juga tau..
ada Rocky, ada Choki-choki..
dan sekali lagi Mak tak sempat nak rembat tu semua..
alahai..asyik terlupa je nak makan..
tapi kalau Mak yang makan...
confirm habis sebelum tetamu lain sampai..
lagipun semua tu kan untuk kanak-kanak... :P

Tetamu yang rasmikan hidangan yang ada.. :P

Besar betul kek Nashriq.
 Malangnya kami tak sempat menjamah sebab dah balik dulu sebelum acara kemuncak iaitu memotong kek.

Sebelum kami bergerak pulang..
Aishah sempat berikan Haqq goodie bag yang diisi dengan coklat dan keropok..
hahahaha..
yang dalam goodie bag itu semua Mak sempat makan sebelum Abah dan Haqq makan..
jangan marah ya Haqq.. :P

Kad yang terselit dalam goodie bag dan Mak masih simpan :)
Peh, berabuk keyboard :P

Terima kasih buat Aishah dan Wahid..
kerana menjemput kami untuk memeriahkan majlis Nashriq ini..
minta maaf kerana kami tidak dapat tunggu sampai akhir majlis..

InsyaAllah, bila adik Nashriq dah ada..
kami akan datang melawat ya.. 
nanti bolehlah Mak buat entri khas untuk adik Nashriq..

Akhir sekali..
Selamat Ulangtahun yang Pertama Muhammad Anas Nashriq..
kami sekeluarga mendoakan agar segala kebaikan, kesihatan yang sempurna dan berpanjangan mengiringi Nashriq sepanjang hayat.. :)

p/s : Aishah, minta izin curi 2 keping gambar itu ya.. :)


PEMBETULAN : 


Ahad, 09 Oktober 2011 - 14:00pm
Alahai sebenarnya kami terpaksa pulang awal bukan sebab Cik Ali buat jamuan tu...
tapi sebenarnya disebabkan Mokngah dah nak balik Penang semula pada petang tersebut..
itulah siapa suruh peram lama-lama cerita..
kan dah terpesong sedikit ceritanya..
Mak baru perasan tadi..
minta maaf ya semua..
adeh... :P

- Mak Haqq

Rabu, 5 Oktober 2011

WW #01

Assalammualaikum..



Orang lain dah post WW (Wordless Wednesday) untuk keberapa puluh kali ntah agaknya..
Mak pula baru nak buat ni..
seronok juga ya bila dapat post sekeping gambar tanpa menulis apa-apa pun...
erk, tapi Mak dah menulis seperenggan juga ni..
tak mengapa kan :)

Ahad, 2 Oktober 2011

Haqq Sudah 2 Tahun

Assalammualaikum..

Alhamdulillah..
Sudah 2 hari Syawal meninggalkan kita..
bermakna juga sudah 2 bulan Cerita Tentang Haqq ini terbengkalai..
isk, isk lama juga ek.. :P

Sebelum Mak bercerita lagi..
kami sekeluarga ingin memohon ampun dan maaf..
kepada semua kawan-kawan dan saudara mara kami..
kerana mesti ada kami membuat kesilapan secara lansung atau pun tidak..

Walaupun bulan Syawal dah berlalu..
rasanya tidak salah kan kalau kami memohon maaf sekarang..
daripada tak memohon lansung kan..
hehehehe.. :)

Entri yang lepas..
Alhamdulillah, pada Syawal yang kedua..
bersamaan 31hb Ogos 2011 yang lepas..
genaplah Haqq berumur 2 tahun.. :)

Sempena Hari Raya, Sempena Mokngah dan Mokcu Haqq akan pulang ke sekolah semula..
setelah 4 bulan membesarkan diri di rumah... :P
sempena 5 orang abang Haqq bersaudara beraya di Johor..
(nanti Mak ceritakan tentang mereka berlima ni ek)
dan sempena Haqq 2 tahun..

Jadi TokMak Haqq telah berbesar hati untuk membuat satu jamuan kecil..
pada hari Jumaat, 9 September yang lalu..
para tetamu yang dijemput adalah di kalangan saudara-mara dan kenalan terdekat je..
minta maaflah ya kawan-kawan Haqq yang berdekatan..
sebab Mak tak berkesempatan untuk menjemput kamu semua ke jamuan ini..

Almaklumlah semuanya ditaja penuh oleh TokMak..
jadi Mak seganlah nak jemput ramai-ramai.. :P
InsyaAllah ulangtahun Haqq yang akan datang nanti..
Mak akan pastikan semua kawan-kawan Haqq dijemput nanti ya..
macam sambutan ulangtahun Nashriq dan Myiesha yang pertama..
yang pernah kami hadiri dulu tu.. :)

Menu utama adalah Satay Ayam Kota Tinggi..
walaupun satay ini kecil-kecil dan comel je..
tapi rasanya memang sedap.. :)

Selain itu ada juga Mee Goreng Sedap TokMak..
dan Kambing Bakar yang telah di taja oleh parents abang Haqq berlima tu :)
serta buah-buahan yang manis-manis belaka..

Oh ya..
tak lupa sebiji kek yang dibeli pada petang tersebut..
pada mulanya Mak tak plan pun nak beli kek..
tapi dah alang-alang kononnya hendak menyambut birthday Haqq ni..
belilah kami sebiji kek kecil.. :)

Meh kita layan gambar pula ek..
tak banyak gambar yang diambil..
yang ada ni hasil tembakan Cik Aten yang baru belajar menembak pada waktu malam..
so agak gelap sedikit..

Tak mengapalah Cik Aten..
nanti Cik Aten belajar lagi ya..
bolehlah kita ramai-ramai berposing sakan depan senapang Cik Aten tu ya :)

Antara makanan yang dihidangkan dan tetamu yang hadir

Siap ada mercun lagi.. :P

Menu utama adalah Satay Ayam Kota Tinggi..!!

Kambing Bakar...!!!! :)

Hasil dari tembakan Cik Aten. Terima kasih Cik Aten :)

Hahahaha..mana ada api nak tiup Haqq

Mak tolong potongkan kek ye Haqq.

Haqq dan Cik Opie :)

Cik Aten masih belajar lagi untuk menembak di malam hari. Chiayok..!!

Jutaan terima kasih buat Tok Mak untuk jamuan kecil ini..
juga buat Ibu dan Ayah Panglima untuk bebuahan dan kambing yang Mak sentiasa nantikan.. :)
dan tak lupa juga tetamu yang telah hadir bagi memeriahkan jamuan tersebut..
InsyaAllah, lain kali Mak pula akan menaja sepenuhnya ya.. :)

Akhir sekali..
Selamat Ulangtahun Yang ke-2 Muhammad Nurhaqq..
Abah dan Mak sentiasa mendoakan segala kebaikan, kejayaan, kesihatan yang sempurna dan berpanjangan sepanjang hidupmu, Haqq :)

p/s : Terkilan sebab masa jamuan Nashriq yang lalu, kami takda bergambar bersama pun. :(

- Mak Haqq
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers