Jumaat, 22 Julai 2011

Kenapa Mak Tak Sabar Hendak Sambut Raya?

Assalammualaikum..

Diam tak diam sudah masuk bulan Julai pun..
kemudian lagi 2 minggu kita semua nak sambut puasa kan?
isk, tak sabar Mak nak tunggu raya tau..

Eh puasa pun belum..
Mak dah sibuk-sibuk nak beraya..
hehehehe.. :P

Raya tahun ini merupakan kali ke 3 Haqq sambut raya..
tahun pertama dulu kami masih dalam pantang lagi..
tahun kedua iaitu pada tahun lepas..
Haqq baru je pandai bertatih jalan..

Tapi tahun mesti lagi best..
sila nyanyi jingle iklan Myvi baru tu ya.. :P
kenapa mesti lagi best..?!

Ini disebabkan pada hari raya ke-2 nanti..
InsyaAllah, Haqq akan genap 2 tahun..
wah, dah bujang dah anak Mak ni.. :)

Tak payahlah Mak susah-susah nak sediakan makanan..
sebab ketupat rendang dan kuih-kuih raya kan ada..
tinggal Mak belikan Haqq kek je..
hehehehehe.. :P

InsyaAllah kalau Mak ada rezeki lebih..
Mak jemputlah kawan-kawan Haqq yang berdekatan..
untuk sambut birthday Haqq, ye nak..

Oh ya, rasanya masih belum terlewat lagi Mak dan Haqq..
nak ucapkan tahniah pada MyieshaNashriq dan Dani..
kerana masing-masing akan bertukar tittle..
menjadi Kak Long dan Bang Long :)

Bila turn Haqq nak jadi Bang Long..?!
hahahaha..
itu kena tunggulah dulu ek :)

Hobi terbaru Haqq ialah mengikut Abah dan Cik Ali memancing 
tapi ini gambar lama.

- Mak Haqq