Isnin, 31 Mei 2010

9 bulan dah..

Assalammualaikum..

hiks..
mak tak ada apa nak story..
cuma hari ni happy sangat..
sebab haqq dah 9 bulan.. :)




eh haqq dah tumbuh gigi tau..
gigi bawah..
tapi sebatang je..
nanti ada masa mak try ambil gambar ek.. :)

p/s : nak buat birthday party tak ek bila haqq setahun nanti? :P

- mak haqq

Ahad, 30 Mei 2010

si herbie

Assalammualaikum..

kan dah kata..
makcik-makcik haqq ni memang suka sangat buli haqq..
mak dan abah haqq lagi la suka buli...

petang petang jumaat yang lepas..
abah basuh si herbie tu..
kemudian datang nya mokngah..
terus dia...

masukkan haqq dalam bonet ni.. :P


dah penat duduk dalam ni nak berdiri la pulak..

herbie ni dah lama berjasa pada abah dan mak..
dengan herbie ni kami bawa..
untuk shopping barang dapur, pergi dating, hantar mak pergi dan balik kerja..
dan macam-macam lagi la..
dah namanya pun motor kan..
mesti ada banyak kegunaannya.. :P

korang bayangkan lah ek..
dengan herbie ni la kami bawa untuk shopping barang dapur..
hahahahaha..

bukan untuk rumah mak je tau..
tapi dengan rumah abah sekali..
yela masa tu kan kami di Kuatan..

masa tu jugaklah kami belum kahwin lagi.. :P
korang bayangkanlah ek..
kami balik shopping..
dengan bawak 2 sarang telur, 2 kampit beras..
bebawang, bebotol sos dan kicap..

huhuhuhu...
pengalaman bersama herbie..
memang tak dapat kami lupakan..

thanks mr.herbie..
kami akan jaga kamu sampai bila-bila.. :)
kamu pun jangan nakal-nakal ya..


p/s : rindula mak nak merempit dengan abah naik herbie ni..

- mak haqq

Khamis, 27 Mei 2010

itu pun nak buat main

Assalammualaikum..

rasanya dah banyak jugak toys dibeli untuk haqq..
si bobby lah..
si jessica lah..
tapi bukannya haqq nak main pun..
main pun sekejap-sekejap je..

lepas ni mak tak nak belikan toys lagi lah..
mak cuma belikan mouse bebanyak ek..
dah yang tu je rasanya haqq suka sangat buat main.. :P

isk isk..
tapi takpelah..
mana tau kalau suka main mouse tu..
bila haqq besar nanti akan jadi orang yang pandai dalam bidang ICT..
hihihihihi.. :)


pantang nampak mouse kat kepala katil terus panjat..



seboleh-boleh nak gapai mouse tu..



dihayunkan pulak mouse tu..



si kaki tebal.. :P

p/s : kalau nampak lampu mouse tu lagi la dia galak.. :P

- mak haqq

Rabu, 26 Mei 2010

A'uf Mikail

Assalammualaikum..

tak kenal maka tak cinta..
macam tu la mak dengan bonda auf..
memang tak pernah kenal dan jumpa..
apatah lagi berbual mesra..

tapi kami mempunya persamaan yang sama..
iaitu ada anak bujang yang kacak..
kan yaya kan..?

sejak seminggu yang lepas..
bonda auf tak update blog..
rupa-rupanya dalam tempoh seminggu itu..

anak bujangnya si Auf Mikail..
telah ditahan di hospital kerana menghidap penyakit Kawasaki..
tak terkata-kata mak.. :(

terus teringkatkan haqq kat rumah..
Ya Allah besarnya dugaan yang diterima auf..
sebak rasanya bila baca coretan bonda auf..

marilah sesama kita mendoakan kesejahteraan auf..
semoga auf cepat sembuh..
hanya doa yang mampu kami sekeluarga sumbangkan dari kejauhan ni..

p/s : harapnya bonda dan ayah auf sentiasa kuat dan sabar menempuhi dugaan..

- mak haqq

Selasa, 25 Mei 2010

tiada bantal armrest pun jadi la..

Assalammualaikum..

masih ingat tak video haqq tahan tidur dalam kereta..?
huhuhuhu..
masa tu abah dan haqq on the way balik Pontian lepas hantar mak semula ke office..

gambar kat yang bawah ni..
masa on the way nak ambil mak dan tokmak balik kerja la pulak..
mokcu la yang snap gambar ni..
tapi haqq dah tidur pun.. :P

mokcu cakap mula-mula haqq menyanyi dulu..
then lama-lama senyap pulak..
rupa-rupanya dah terlentuk dah pun..



penat sangat ya haqq ya..



alahai kesiannya anak mak ni.. :(

tapi kalau mak ada tak pulak haqq ngantuk macam ni..
kalau mak ada,mesti mak akan pangku haqq kan..
bolehlah mak bobokkan sekali..
hihihihi.. :P

p/s : kalau pangku lama-lama,sengal jugak lengan mak ni.. :P

update : mak salah rupanya bukan armwrist tapi armrest la..time kasih mama khalish :)

- mak haqq

menangis konon..

Assalammualaikum..

korang tak penah dengar haqq menangis kan..?
tak pernah jugak tengok muka haqq cebik kan..?
huhuhuhu..

entri kali ni mak upload video haqq menangis..
tapi bukan menangis teriak macam kene pukul tu..
cuma haqq menangis mengada-ngada..!!



padahal mak ada kat depan mata dia..
tapi nak menangis sebab tengok abah dia keluar bilik..
konon-konon kene tinggalkan la tu..
kan miang namanya tu.. :P

p/s : asyik senget je la..korang ada idea macam mana nak rotatekan video?

- mak haqq

Isnin, 24 Mei 2010

tips nak elakkan dari dilanggar haqq

Assalammualaikum...

sejak haqq ada walker ni..
dia suka lari laju-laju..
kemudian langgar orang..

tak kira la sapa pun yang ada depan mata haqq..
kucing pun haqq kejar..
geram agaknya tengok kucing-kucing tu.. :P

sakit dan pedih kalau kena langgar ni..
mana tak nya..
walker kena betul-betul bawah buku lali ni..
kadang-kadang siap melecet lagi.. :(

kami dalam rumah semua dah kene dah..
bila dah langgar orang tu..
boleh pulak haqq tersengih-sengih nampak gusi tu..
suka la tu tengok orang mengadoi..

tapi kini kami ada cara baru..
(macam iklan la pulak)
untuk elakkan diri kena langgar..
kami bagi TUDUNG SAJI..

hahahaha..
kenapa kena bagi tudung saji..?
nih korang nengok ni...


sorong ke sana ke mari dengan tudung saji tu..



dah nak sampai ruang tamu dah disorongnya..

so pasni takda la dia nak kejar orang lain..
kan haqq kan..?! P
hahahahaha..

p/s : kalau si angongot tu tidur sampai terpelesek ke dinding dilenyeknya haqq tapi tak terjaga pulak

- mak haqq

bila mokngah dan mokcu suka membuli haqq

Assalammualaikum..

mokngah dan mokcu memang suka sangat buli si haqq..
macam-macam mereka buat..
antaranya macam pagi ahad semalam tu..


mokngah dan mokcu la yang masukkan dalam ricecooker ni..



hish,masam sungguh muka haqq..

nasib baik haqq ni halus..
kalau tidak mau tak terbalik ricecooker tokmak ni..
huhuhuhu.. :P

jangan risau ye kawan-kawan..
plug ricecooker telah dicabut terlebih dahulu..
utamakan keselamatan ya..!! :)

haqq sayang..
mokngah dan mokcu dengki bukan tak suka tau..
tapi mereka semua sayang haqq sangat.. :)

p/s : internet streamyx di rumah tersangatlah lembab macam siput patah kaki bak kata mokcu.. :P

p/s/s : mama rafiq,kenal tak baju haqq pakai tu?

- mak haqq

Jumaat, 21 Mei 2010

eh haqq pun ada la..

Assalammualaikum..

hobi mak kalau haqq tengah tidur..
suka belek-belek muka dia..
bersihkan hidung ke,mata ke takpun ketip kuku..

tengahari ahad lepas..
masa mak belek muka haqq..
mak terjumpa sesuatu persamaan dengan mak..

mak terjumpa TAHI LALAT..!!!
hahahahaha.. :P
haqq ada tahi lalat macam mak la... :)

memula ingatkan habuk yang melekat kat pipi tu..
bila dikuis tak hilang..
mak siap garu pakai kuku lagi..

sampai merah pipi haqq..
sorry ya sayang..
mak takda niat pun nak lukakan haqq..

nasib baik tak luka..
nasib baik jugak haqq tak terjaga..
tapi mak tak sempat nak snap la pulak..

so malam tadi la mak sempat snap..
jenuh juga nak ambil gambar tahi lalat pertama haqq ni..
maklumlah guna camera handphone murah.. :P

bila ambil gambar tak berapa nak jelas..
banyak kali jugak baru dapat satu je ni yang jelas..
kelakar la bila dapat tau haqq pun ada tahi lalat ni..


tu dalam bulatan tapi tak berapa nak gelap tahi lalat tu..



korang kira sendiri la ada berapa banyak yang mak ada tu..


p/s : tokmak cakap jangan usik-usik sangat nanti takut membesar macam dia.. :P

- mak haqq

Khamis, 20 Mei 2010

tentatif kelahiran haqq - part 5 (last)

Assalammualaikum..

31.08.2009 (isnin)
wah..wah..
jam dah pukul 12.00tghmalam..
merdeka..!!merdeka...!!merdeka..!!
huhuhu..
yang merdekanya Malaysia..
bukannya mak pun..
sebab mak masih tak bersalin lagi..

dalam Bilik Bersalin tu..
tiada siapa yang teman mak pun..
abah kat luar kesejukan seorang diri..
kesian abah..kesian jugak kat mak..
uwaaaa... :(

dalam pukul 2pagi lebih macam tu..
datang 2 orang nurse untuk check mak..
mula-mula nurse A check..
dia cakap, "eh masih 6cm lagi la..eh betul ke ni?akak cuba try pulak"
nurse B pun terus check lepas nurse A keluarkan tangan dia..
"5cm la..tapi saya tak dapat rasa kepala baby pun..jauh lagi ni"

bayangkanlah mak kene check 2 kali berturutan..
dahlah dengan sakit kontraksi tu lagi..
mak suruh nurse check selepas kontraksi..
(kontraksi yang selang 5 minit tu)

bila CTG pun dah tak cantik..
bukaan pun dah asyik 5cm dan 6cm je..
doktor pun ambil keputusan untuk C-sec..
betapa sedihnya rasa sebab mak memang nak sangat bersalin secara normal..
biarpun ramai suka C-sec dari normal..
bukan apa,fikirkan kesan jangka masa panjang kalau kita C-sec ni macam-macam..
sekarang pun still rasa sakit kalau mak terlebih mengeliat.. :(

mak minta doktor tunggu sampai mak boleh bersalin biasa..
tapi doktor sangatlah menggalakkan mak C-sec sebab dah lama sangat..
takut kuman dan baby makan najis je nanti..
lagipun heartbeat baby memanglah tak cantik sangat.. :(

akhirnya setelah dipujuk..
mak terpaksalah sign segala borang dokumen..
kenapa mak yang sign?
part ni la yang sedih sangat.. :(
masa abah tunggu kat luar..
abah dah tanya banyak kali tentang keadaan mak..
tapi nurse kat depan tu kata mak lambat lagi..
nurse tu siap suggestkan abah pergi sahur dulu..
(bukan suggestkan temankan mak pun)

abah pergi la sahur kat kedai belakang HSA ni..
bila masa untuk sign segala borang ni..
mereka cari abah takda kat depan..
dan kebetulan masa tu abah tukar handphone dengan tokmak..
jadi pihak HSA call tokmak yang jawab kat rumah..

mak sign borang tu mcam conteng atas kertas..
masa tu mak lemah sangat dan rasa penat sangat..
tak larat dah nak angkat tangan..
nurse-nurse semua siapkan mak untuk ke Bilik Pembedahan (BP)..
korang bayangkanlah ek..
mak disorong ke BP tanpa jumpa abah,tanpa bercakap dengan tokmak..
kalaulah apa-apa terjadi masa tu..
uwaa....tak dapat mak bayangkan..

tokmak terus call abah yang mak kene C-sec..
abah dengan tak habis segelas air pun terus balik..
makan pun tak..
sampai je kat wad memang tak nampak mak dah..
mak ada dalam BP dah.. :(
kesian abah..
mesti dia risau sangat kan..

mak masih ingat lagi..
dengan bogel-bogel diangkat ke meja bedah..
disuruhnya duduk dan peluk bantal sebab nak bius..
alhamdulillah pakar bius tembak sekali je..
nurse pakaikan alat yang diketip di hujung jari tu..
pakaikan oksigen..
mak dibius separuh je..
so masih boleh melihat keadaan sekeliling walaupun sangat penat dan lemah..

mak boleh bau daging terbakar...
rasa ngilu-ngilu tu semua..
para doktor bertungkus lumus bekerja..
dalam BP tu hanya kedengan radio je..
mereka bekerja dengan cepat tau..
walaupun mak ni rabun..
mak still boleh nampak pembedahan tu melalui cermin lampu tu..
tapi tak berapa jelas la..

Alhamdulillah..
akhirnya pada 4.17pagi..
lahirlah Muhammad Nurhaqq bin Asrin seberat 2.8kg..
mak nampak tau masa haqq dikeluarkan..
masa tu haqq warna kelabu..
tapi haqq buat mak risau sebab tak menangis pun...

nurse terus bawa sebelah mak..
"awak nak baby apa?"
mak jawab,"lanang".. :P
terus nurse bawak lari..
apatah nurse tu semua buat pada haqq baru haqq nangis..
barulah lapang dada ni dengar haqq nangis..
sambil siapkan haqq..
dengar nurse cakap "awak ni suka main nyorok ek..kesian mak awak kene C-sec"
mak dapat senyum je la.. :P

haqq terus dibawa ke WB..
setelah selesai semuanya..
mak dibawa ke satu tempat apatah tak ingat..
untuk tunggu bius tu habis..
mak tidur sampai pukul 6pagi macam tu..

bila bius habis mak terus disorong ke WB..
keluar je dari pintu BP terus nampak abah..
abah ikut sama ke WB hantar mak..
sambil tolak mak abah genggam tangan mak sambil tersenyum..

sampai di WD, abah tolong nurse pindahkan mak ke katil..
lepas tu abah terus pergi ambil haqq dan azankan haqq..
mak rasa sayu hati dan bersyukur kerana semuanya selamat..
Alhamdulillah haqq dilahirkan dengan cukup sempurna..
sebelum abah balik..
abah cium kami dulu sambil berbisik,"terima kasih honey"..
menitik air mata mak tau..

dah pukul 7 pagi abah tinggalkan kami berdua..
kesian abah kepenatan..
by,terima kasih atas segalanya ya.. :)
nanti petang abah akan datang semula dengan family yang lain pulak..

huhuhuhu..
selesai sudah pengalaman bersalin mak ni..
lepas ni mak nak cerita pengalaman di hospital..
tapi tajuknya lain la ek..
sila tunggu..!!!

mak sangat comot,anak plak comel sangat.. :)

p/s : ada cerita pasal si Raja SMS tau..korang agak-agak siapa?

- mak haqq

haqq yang ngelat

Assalammualaikum..

haqq ni kan..
kalau abah bobokkan dia tidur..
cepat je tutup mata..

senang sangat tidur kalau dengan abah tu..
abah upah susu sebotol..
sambil tu tepuk-tepuk manja..
dah settle dah..

tapi bila dengan mak ni..
huh,payah sangat nak tidur..
saja nak dengki mak la ni..

selasa lepas..
hampir pukul 11malam baru la lena..
lepas dapat susu sebotol..
air masak pun sebotol kecik tu..

haqq bukan nya merengek menangis ke apa..
cuma haqq ni nak memanja dulu ngan mak kan..?
kesian la anak mak ni..
haqq rindu dengan mak yep..?

mau tak rindu kan haqq..
mak keluar rumah 6pagi..
sampai rumah hampir pukul 7malam.. :(

mak bukan taknak layan haqq..
tapi mak ada banyak kerja lain nak buat..
plus dengan kepenatan berulang kerja naik bas..
mujur bab memasak ni tokmak dan mokngah yang buat.. :P

haih...
anak oh anak..
ni yang buat makin sayang ni..



masa ni mak try bobokkan pun tak tidur..



action je lebih padahal main ngan puting tu..



nasib baik tak masukkan ibu jari kaki dalam mulut.. :P



masamnya haqq..!!!! (tapi sangat sedap ye)

p/s : ada gambar haqq dah tidur tapi dalam handphone mokngah.. :(

- mak haqq

Rabu, 19 Mei 2010

tentatif kelahiran haqq - part 4

Assalammualaikum..

30.08.2009 (ahad)

tiba-tiba handphone abah bunyi..
bila dah selesai sembang,abah terus meluru ke arah mak..
"awak kene tidur hospital lagi malam ni tau"
"doktor terlepas pandang.awak mana boleh keluar hospital lagi sebenarnya"

huwaghhh..!!!!
terus mak nangis guling-guling atas katil tanak masuk wad semula.. :(
lama jugak abah pujuk mak suruh pergi hospital semula..
tokmak susah hati tengok mak macam tu..
lama-lama kene makan pujuk abah..
mak mandi bersihkan badan dulu..

bila sampai hospital nurse dah standby depan pintu wad..
kat tangan tu dah ada ubat dan handphone lagi untuk call semula..
nurse dah cuak sebab lama sangat baru sampai hospital..
rupanya doktor yang check mak tu doktor baru pindah..
dia tak perasan pada laporan tu ada tulis waterbag mak dah bocor..

sesi melambai dengan air mata berjurai-jurai pun terjadi masa abah dan tokmak balik..
sedih sangat amat sangat sebab malam ni tak dapat tidur dengan abah.. :(
bila mereka semua dah balik mak kembali ke katil..
kemudian nurse suruh mak pergi bilik rawatan untuk check bukaan ehem ehem..
ini bermakna mak akan kena seluk..!!!!
berdebar jugak kene seluk kali pertama ni..
memula macam malu segan semua..
tapi nurse tu buat dengan sopan dan lembut..
nasib baik tak sakit..
cuma baru buka 1cm.. :(

nurse bagi makan ubat sebelum tidur..
ubat tu nurse cakap untuk cepatkan progress bukaan tu..
tapi kalau sampai pagi pun mak tak bersalin lagi..
mak akan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA)..
pagi tu nurse gerak suruh mandi sesiap untuk dibawa ke HSA..
mak bagitau abah yang mak kene pegi HSA..
tapi abah tak dapat naik ambulans teman mak sebab nurse cakap dah lewat..
merasa jugak naik ambulan ni ek.. :P

sudahnya abah singgah Hospital Pontian ambil barang mak untuk dibawa ke HSA..
abah cakap masa nak keluar rumah terserempak dengan tokmak yang baru balik pasar..
tokmak tidak terkejut bila dapat tahu yang mak kena hantar ke HSA..
sebab dia dah agak dah case mak akan dirujuk ke HSA..
naluri seorang ibu kan.. :P
tokmak pun ikut abah sekali ke HSA..

sampai di HSA dalam pukul 9pagi macam tu..
kemudian mak dibawa terus ke Bilik Saringan (BS)..
kene check macam check bulanan tu..
then mak diseluk lagi dan baru buka 2 cm..
oleh kerana Bilik Bersalin (BB) penuh, mak tunggu kat depan bersama tokmak dan abah..
sekejap-sekejap masuk utk CTG..

kesian tokmak dan abah kene tunggu mak lama..
bila tengahari tu mak makan nasi ayam yang abah tapau kat bawah..
lepas makan nurse panggil kena masuk dalam BS..
tinggalah mereka berdua kat depan..
masuk BS terus masuk air dan check CTG..
dari Hospital Pontian sampai HSA, mak masih takda rasa sebarang kontraksi pun.. :(

jam pun dah pukul 3 macam tu..
mak rasa dah lemah sangat badan ni..
rasanya masa tu lah mak kene induce..
dah induce barulah rasa sakit tu ada..
bergegar jugak katil tu..
sekejap peggang tiang air tu..
sekejap pegang katil..
mak nak abah tapi tak dibenarkan masuk.. :(

bila check bukaan baru 5cm macam tu..
dah pukul 5ptg pun mak masih tak bersalin lagi..
sakit tu macam biasa la bagi orang yang nak bersalin ni..
mak request nak jumpa abah dan tokmak..
itupun nurse cakap tak boleh.. :(
bukan apa mak nak suruh tokmak balik dulu kesian tunggu mak dari pagi tadi..
dahlah puasa tak cukup tidur malam tadi asyik teringatkan mak ni..

tapi nasib baik ada nurse tu panggilkan mereka sekejap..
jumpa sekejap je jadila..
salam peluk cium tokmak dulu..
mana tau masa tokmak dalam perjalanan balik tu,mak bersalin kan..
tokmak balik dengan mokngah dan tokabah yang datang tadi petang..
abah tak balik la sebab nak tunggu mak..
tapi tak boleh teman mak dalam BS tu..

tinggallah mak seorang diri kesakitan tanpa abah..
sedih sangat sebab tengok pengalaman mak-mak lain..
kebanyakan mereka semua ditemani suami masing-masing..
kesian abah penat menunggu kat luar..
abah berbuka pun seorang diri.. :(

dah malam ni pun mak masih tak bersalin lagi..
setiap kali check bukaan masih lagi 5cm dan 6cm je.. :(
result CTG tak berapa nak cantik dah..
sampaikan ujian CTG melalui bawah pulak..
nurse kata wayar CTG tu akan dilekatkan atas kepala baby..

dah la abah tak boleh teman mak..
mak dapat jumpa abah sekali tu je petang..
jam kat atas kepala katil mak dah pukul 10malam..
masih lagi bukaan yang sama..
dalam hati mak ni terdetik yang baby mesti nak jadi Merdeka Boy.. :P

masa sakit tu mak tak nangis pun..
memang ajaib rasanya sebab mak boleh bertahan daripada menangis..
dalam masa sakit juga mak berdoa agar dipermudahkan bersalin..
mak menganggap bahawa sakit mak ni semua merupakan pencuci dosa-dosa mak..
mak redha dengan ketentuan Allah sekiranya mak terpaksa C-sec..

hiks..
korang kene tunggu part 5 pulak yep..
jangan marah ek.. :P

p/s : abah cakap masa dia tunggu kat luar tu,ramai dah mak-mak dah keluar bawak baby masing-masing.yang baru masuk pun dah keluar..tapi wifenya tak keluar-keluar dari petang tadi.. :P

- mak haqq

Selasa, 18 Mei 2010

tentatif kelahiran haqq - part 3

Assalammualaikum..

29.08.2009 (sabtu)

dah hari Sabtu dah ni..
mak still tak bersalin lagi..
tanda-tanda pun takda..
apatah lagi rasa sakit tu semua.. :(
makan ubat sudah..
masuk ubat pun sudah..
isk apa lagi la ni ek..

dalam pukul dalam lebih kurang 5pagi tu..
mak ke toilet untuk "shi shi"..
dah selesai tu mak ke katil la semula..
mak duduk kat birai katil sebab nak minum air..
kemudian mak berdiri sekejap untuk renggangkan kaki..
maklumlah jalan sikit dah mengah.. :P

masa mak bangun tu, mak sempat la toleh kat atas katil..
mak nampak macam ada tompok air..
macam bila kita cebuk tak bersihkan betul-betul..
mak panggil la nurse untuk periksa air apa tu..
nurse cakap maybe air ketuban..
kemudian nurse mintak mak standby kat bilik rawatan tu..
disuruhnya mak baring atas katil..

dengan menggunakan sebatang cotton bud (ke?) yang panjang..
(taktau nama alat tu tapi bentuknya macam cotton bud)
nurse masukkan dalam private part mak..
then cotton bud tu bertukar warna..
(tak berapa nampak warna apa sebab nurse tu terus buang)
bila diperiksa memang betul air ketuban dah pecah..
tapi masa kat toilet tadi takda pulak bunyi pop ke atau tanda lain..
maybe ketuban mak dah bocor kot..
then nurse bekalkan pad untuk mak sebelum mak sambung tidur lagi.. :P

dalam pukul 7pagi (kot?)..
mak bangun la mandi sesiap sebab doktor nak datang check..
masa mandi pun takda tanda darah atau air pada pad tu..
semalam mak ada tanya nurse bila mak boleh discharge..
nurse bagitau kalau takda apa-apa komen dari doktor hari ni boleh discharge.. :)
wah,rasa happy sangat sebab malam ni dah boleh tidur dengan abah..
dah 2 malam tidur tanpa bau tekiak abah.. :P

tunggu punya tunggu..
sampailah turn doktor check mak pulak..
setelah sesi soal jawab berlangsung dengan tanpa ragu-ragu..
bila mak takda rasa sakit nak bersalin dan sakit pedih ulu hati pun hilang..
doktor telah membenarkan mak balik..!!!
hip hip horay..!!!!
terus sms abah bagitau boleh ambil lepas waktu lunch..
so tak payah la abah bawak bekal hari ni..
(abah ambil cuti sebab kononnya wifenya dah nak bersalin)

lepas lunch tu abah pun sampai..
sebelum balik tu bersalam-salaman dengan mak-mak yang lain..
ada juga yang tak boleh balik..
jangan jeles ek mak-mak yang kene tinggal tu.. :P
akhir sekali mak bersalaman dengan nurse-nurse dan nurse praktikal..
mak ucap terima kasih sebab menjaga mak dengan baik..
tapi ada la seorang nurse praktikal tu pesan apa tau..
"selamat balik kak,malam karang jangan kene admit semula sudah yep"

ceit..dengki la tu..
huhuhu..nasib baik la mak tak kecik hati.. :P
baliklah mak dengan hati yang gembira..
sampai rumah makan dulu sebelum bercerita pengalaman kat hospital..
masa makan macam biasala abah jugak yang sediakan.. :P

oklah mak pendekkan cerita sampai lepas berbuka puasa ek..
dalam pukul 8malam macam tu..
mak ajak abah dan mokngah pergi Billion saja jenjalan konon cari barang raya..
(abah skip Terawih sebab nak temankan wifenya yang gemot ni)
dalam mengah-mengah tu sempat pulak tawaf stu Billion..
eleh,bukan besar sangat pun.. :P

huhuhu..
bila dah siap pepoya tu..
balik la rumah, dah tu nak kemana lagi kan..
ye ye, malam ni dapat tidur bau tekiak abah.. :P
masa tengah sesiap nak masuk tidur..
tiba-tiba....

korang tunggu la part 4 pulak ye..
panjang dah ni..
nanti bosan pulak... :P

p/s : tahukah anda bahawa tarikh di atas adalah tarikh mak dijangka bersalin..?!

p/s/s : tarikh di atas juga tarikh lahir mama na'il.. :)

- mak haqq

Isnin, 17 Mei 2010

vespa untuk haqq

Assalammualaikum..

gara-gara abah la ni...
huhuhu.. :p
sebab malam tadi sebelum nak tidur..
abah ada tunjukan satu laman web ni..

tengah sibuk browse page tu..
sekali terpandang vespa ni..
wahhh...!!!!!
by,hy nak satu belikan untuk haqq ek.. :)


mesti rempit kalau haqq naik main.. :P

p/s : bila la vespa tokabah nak siap nih haqq..?!

- mak haqq

tentatif kelahiran haqq - part 2

Assalammualaikum..

28.08.2009 (jumaat)

abah still tak tahu yang mak dah kene masuk wad malam tadi..
tokmak dan tokabah yang taknak abah susah hati..
padahal abah dah cakap kalau apa-apa terus telefon..
bukan apa..
kesian kat abah tu nak berulang memalam sensorang..
nanti tak pasal-pasal abah join sama masuk wad..(mintak dijauhkan)
lagipun tokabah,tokmak dan mokngah kan ada..
abah dapat tau pun masa sahur..(kot?)

dalam pukul 7pagi macam tu..
tokabah dan tokmak singgah hantar bakul makanan..
sebab mereka nak pergi pasar..
tokmak terpaksa cuti la sebab anak dia dah masuk hospital.. :P
dalam bakul tu ada air panas,milo,nestum,roti,pinggan,mug,bebuahan,sudu dan garfu..(banyaknya)
mak mana boleh puasa sebab nak makan ubat kan..
pihak hospital memang sediakan makanan..
tapi tak berapa nak sedap la kan.. :P
huhuhu..

abah datang lewat melawat mak sebab abah nak tidur dulu..
malam tadi kan abah kerja malam..
abah datang sebelum nak pergi solat Jumaat..
kesian abah risaukan mak..
(padahal mak sedih sebab kene tinggal dalam wad)
abah bawak makan tengahari yang tokmak masak..
ada nasi,sayur dan sup ikan merah..(nyum nyum)
abah tunggu dan temankan mak makan..
abahlah yang sediakan pinggan,buatkan air untuk mak..
sebelum abah balik tu sempat lagi kupaskan oren untuk mak.. :P
terima kasih by..!!
hy amat menghargainya..

mak ditempatkan di wad kelas 3 tapi makanan kelas 2..
guna pakai GL abah sebab abah kan ahli gomen.. :P
pada mak sama nya kelas-kelas ni semua..
tapi kelas 1 mesti special punya kan?
malas nak tinggal kelas 2 atau 1..
sebab takda orang pun..
mak ni penakut..!!!
kat kelas 3 ni ada ramai orang..
meriah la sikit..
boleh jumpa kawan baru kan.. :)

petang tu abah,tokmak,tokabah dan mokngah datang dan bawa makan malam pulak..
lauknya still sama cuma masih panas lagi..
macam biasa abah still sediakan semua..
(amboi manjanya)
bila dah tamat waktu melawat..
baliklah mereka semua..
ye la kan nak sesiap untuk berbuka pulak.. :P

lepas solat Terawih abah datang lagi..
abah bawak jemput-jemput udang baki buka puasa tadi..
tapi jumpa tak boleh lama dalam 10 minit macam tu..
sebab jumpa pun kat luar wad tu..
huwarghh..kejap lagi abah nak balik dah..
abah pesan kalau ada apa-apa cepat call..
dah la handphone buruk ni asyik habis bateri je.. :(
sebelum balik,ada sesi salam peluk cium..
huhuhuhu.. :P
sob..sob..menitik air mata ni sambil lambai abah balik.. :(
sedih sangat rasanya..
dahlah sindrom masa preggy ni tidur malam mesti ada bau tekiak abah.. :P

apa mak buat seharian bila bukan masa melawat..?
mak jenjalan sana sini..
sembang dengan mak-mak tu semua..
kami tukar-tukar makanan sesama sendiri tau.. :P
tu yang best nya.. :)
dah penat sembang,tidur la pulak..
huhuhuhu.. :P
sambil-sambil tu,mak sms dengan abah..
mak ni dari zaman bercinta sampai la sekarang masih bersms lagi.. :)

sepanjang hari Jumaat tu..
dari pagi sampai ke malam..
memacam ragam dan kes yang mak dapat lihat..
katil depan tu semalam kene admit..
hari ni dah bersalin..
ada tu baru je letak beg kat katil dah kena sorong bilik bersalin..
mak ni dari Khamis malam Jumaat sampai Jumaat malam Sabtu..
still tak bersalin lagi.. :(


cerita hari Jumaat dah selesai..
entri akan datang,cerita hari Sabtu pulak ye..
tunggu lagi la ye..

*mokngah cakap,mak bukan setakat minum air coke je..tapi siap minum air kelapa ais lagi...huhuhuhu.. :P

p/s : eh,tentatif memang la jadual..apa daaa .. :P

- mak haqq

Jumaat, 14 Mei 2010

hari ibu yang dah lepas

selamat hari ibu

sempena Hari Ibu yang disambut pada 9 mei yang lalu,dikesempatan ini juga abah haqq dan haqq juga ingin mengucapkan ribu-ribu lemon terima kasih(dah macam ucapan hari raya je....)kepada ibu-ibu diseluruh dunia umumnya tetapi yang paling penting khasnya kepada nek midah yang banyak memberi tunjuk ajar dari kecil sehingga besar..

nek midah

yang kedua ditujukan kepada mak haqq yang disayangi dan dicintai kerana sentiasa berada disisi tidak kira walau apa pun keadaan dan yang paling penting telah melahirkan muhammad nurhaqq dengan selamat..

mak haqq

ketiga diucapkan kepada tokmak kerana banyak membantu dan telah menerima abah haqq sebagai menantu(menantu kesayangan kot?)..


tokmak

mungkin tiada apa-apa "present"yang dapat diberikan tetapi cuma doa dan harapan semoga ibu-ibu ku semua sentiasa sihat sejahtera...semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki hendaknya..

disini abah haqq dan haqq mengucapkan SELAMAT HARI IBU..!!! kami berdua sayangkan ibu-ibu semua...


sekian terima kasih...

terimalah lagu dari kami berdua..

ibu..ibu.. engkaulah ratu hatiku...
bila ku dan haqq berduka engkau hiburkan selalu..
ibu....ibu.. engkaulah ratu hatiku.........


-abah haqq-

apa yang terjadi pada mak semasa haqq dalam perot?

Assalammualaikum..

masa mak mengandungkan si haqq ni..
mak kurus dan agak slim.. :P
ramai cakap badan mak tak naik pun..

tapi sekarang..
masyaAllah..!!!
makin meningkat tumbesaran mak seiring dengan haqq.. :P

Alhamdulillah...
masa tu tak dapat penyakit sampingan lain..
macam darah tinggi atau kencing manis..

cuma ada kencing kotor..
yang tak berapa serius..
tapi still makan ubat.. :)

selain tu..
ketiak dan leher mak berubah warna menjadi HITAM...!!!
uwaaa... :(

sedih sangat masa tu..
sampai abah tegur kenapa hitam..?
malu rasanya bila abah tegur macam tu..
macam dah tak sayang mak je lagi..

tapi Alhamdulillah jugak la kan..
sebab kehitaman itu hilang sedikit demi sedikit..
selepas bersalin kan si anak belalang kunyit tu.. :P

huhuhuhu..
orang tua-tua cakap..
kalau leher hitam dapat baby boy.. :P


gambar tu mokngah yang snap..
penat balik kerja disuruh posing pulak..
dah tu macam tu la muka mak.. :P

p/s : oh abaikanlah bilik dan muka yang memang messy itu.. :P

- mak haqq

tentatif kelahiran haqq - part 1

Assalammualaikum..

27.08.2009 (khamis)

khamis malam jumaat tu..
tokmak masak mee goreng basah yang memang kegemaran aku..
masak untuk berbuka puasa..
makan punya la tak ingat sampai 3 kali tambah..
minum plak dengan air coke..
huhuhuh... :P
tapi tak banyak yep sebab dikawal ketat oleh abah..

lepas berbuka, abah dah kene pergi kerja..
abah kene duty di Hospital Kluang jaga pesalah yang kene tahan wad..
sejak dari awal bulan 8 lagi abah dah tukar jadual untuk berkerja siang sahaja..
sebab abah nak ada disamping mak setiap malam..
tapi malam tu plak orang merayu abah ganti kawan dia yang MC..
sedih sangat mak malam tu..
abah siap buat lawak lagi..
"awak tu jangan pulak masuk wad bila saya kene jaga wad ni"

dalam pukul 11 lebih..
mak "po po" sebelum nak tidur..
mujurlah tandas atas adalah tandas duduk..
kalau tak jenuh lah nak cangkung dengan perut besar ni..
bila hampir selesai "po po"..
tiba-tiba mak rasa senak sangat..
bisa sangat kat ulu hati tu..

bila dah cebok semua..
mak muntah pulak sampai terduduk..
dah tak boleh bangun dah..
sebab makin bisa..
tangan mengigil dah..
mak jerit la panggil tokmak dan tokabah..
mujur ada mereka semua..

tokmak tanya dah nak bersalin ke?
tapi mak rasa macam tak pulak..
sebab tak keluar tanda pun..
tokmak call toktimah untuk tanya pendapat..
sebab toktimah juruwarat yang dah lama bekerja..
toktimah nasihatkan supaya mak dibawa ke Hospital Pontian juga malam tu..

masa bersiap nak ke hospital..
sakitnya macam dah berkurangan la pulak..
sebab tokmak dah bubuh minyak kat dada dan perut mak ni..
ingat macam tak nak pergi hospital..
tapi toktimah marah sebab jangan lengahkan..
lagipun due dah dekat..

mak pun gagahkan juga hati dan perasaan ni..
lepas salin baju pakai kain batik..
tokabah dan tokmak hantar mak ke hospital malam tu jugak..
bila sampai emergency..
mak terus diperiksa dan masuk air sebotol..
kan betul kena bisa ulu hati sebab banyak sangat makan..
mee kuning kan banyak kapur..
belom campur lagi dengan air coke tu.. :P
tapi siapa boleh tolak mee goreng basah tokmak kan
mokcu.. :P

lama jugak tokmak dan tokabah tunggu kat ER tu..
dalam pukul 3 pagi macam tu..
doktor beritahu yang mak kena tahan ke wad bersalin..!!!
masin mulut abah tu... :(
dah kene tidur kat hospital...
lepas dah dapat katil tepi tingkap..
tokmak dan tokabah nak balik dah..
sebab dah nak masuk waktu sahur..
sedihnya rasa kene tinggal sensorang..

eh panjangnya entri..
part 2 akan menyusul nanti..
tunggu la yep.. :P

p/s : tentatif seh..dah macam jadual dah pulak.. :P

- mak haqq

saat bayi ingin dilahirkan

Assalammualaikum..

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini
mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya
kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya
begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat
untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga
ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan
tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu
setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan
menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti di saat orang-orang
berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka?"

"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang
paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh
kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"
"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat.
Siapa yang akan melindungi saya ?

"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut
mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"

"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku,
dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali
kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa di sisimu"

Di saat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga
suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan

"Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu
memberitahuku nama malaikat tersebut ?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: "IBU "

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu.
Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa.....
Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat....

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang
sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar
Sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu...

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,

2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,

3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan
dosa-dosa yang silam,

4) Di sulami dengan taubat kepada Zat yang memiliki mu."

p/s : credit untuk mama naurah...

- mak haqq

Selasa, 11 Mei 2010

si kuda belang

Assalammualaikum..


rindunya...!!!

p/s : si kuda belang putih merah tapi kat baju gambar tikus.. :P

- mak haqq

Isnin, 10 Mei 2010

bila abah bobokan haqq

Assalammualaikum..

sekarang haqq dah 8 bulan lebih..
macam-macam perangai yang haqq buat sekarang..
nak-nak si haqq ni boy..
bila boy, kan lasak.. :P

ni salah satunya..
masa abah nak bobokan dia..
suara haqq boleh dengar sampai dapur kat bawah tu..
haqq oh haqq... :P



abah bobokan bukan la tahap nak goncang anak..
bukan kuat pun abah tepuk..
memula tepuk biasa je..
lepas tu haqq yang buat bunyi macam tu..

abahnya pun apa lagi..
panggil mak suruh tengok perangai baru haqq ni..
huhuhuhu..
mak pun rakam la.. :P

p/s : nanti ada peluang kami rakam perangai yang suka jerit tu pulak..hihihihi.. :P

- mak haqq

kenapa haqq kurus?

Assalammualaikum..
kenapa haqq kurus..?
korang agak apa ye..?!
tak cukup makan ke tak cukup susu..?

hahahahaha...
jawapannya ialah...
haqq kurus sebab rajin bersenam...!!

kenapa..?
tak percaya ke?
huhuhuhu.. :P

memula ushar dulu...


lepas tu terus la bergayut... :)

p/s : pagi hari minggu, haqq mesti nak ronda belakang rumah dulu.. :P

- mak haqq

Rabu, 5 Mei 2010

bila haqq berdrama

Assalammualaikum...

haqq akan berdrama kalau dia tak suka sesuatu..
contohnya kalau dia dah kenyang susu..
bila mak atau abah atau sesiapa buka penutup botol susu..
dia akan bebuat muntah macam kat bawah ni..



tak paham betul la haqq ni..
padahal tuala tu baru je ambil..
tak pakai lagi pun...
huh...!!!!

p/s : asyik-asyik kene sengetkan kepala..sori ya.. :(

- mak haqq

peluk itu ubat

Assalammualaikum..

macam kita semua maklum..
pelukan memang merupakan ubat dan terapi yang paling mujarab..
kalau kita sedih atau sakit..
tak kira la untuk orang tua,anak muda dan anak-anak kecil..

lelaki mahupun perempuan..
lebih-lebih lagi kalau kita ni perempuan..
sebagai ibu dan isteri..
banyak sebenarnya kelebihan seorang perempuan ni.. :)

masa tengah jengah-jengah blog ibu-ibu yang lain..
terserempak dengan mama raziq..
tersentuh dengan entrinya yang ini..

yang mana seorang baby pramatang..
telah dijangkakan tidak hidup lama oleh doktor..
tetapi ajaibnya hidup sihat montel hingga kini..
dengan hanya pelukan sang ibu..

kalau nak tau lebih lanjut..
ni ada linknya..
dalam paper online ni..

aku memang percaya tentang peluk meluk ni..
yela semenjak jadi mak belalang kunyit ni..
dah banyak kali praktikkan dah..
huhuhu.. :)


masa ni tengah pantang.. :)

p/s : bukan peluk si belalang kunyit je tapi abahnya jugak.. :P

-mak haqq

Selasa, 4 Mei 2010

nama baru haqq

Assalammualaikum..

huhuhuhu..
isk jangan terkejut pulak ye..
bukan tukarkan nama yang dalam surat beranak tu la..

nama haqq tetap sama...
Muhammad Nurhaqq bin Asrin..
mana boleh tukar lain... :P

ada orang panggil haqq ni..
hulk hogan la..
incredible hulk la..

yang tak best pun ada...
haktuih...
ala yang bunyi macam meludah tu.. :((

alahai jangan la panggil haqq macam tu ye..
tak baik tau..
pening mak abah nak pilih nama untuk haqq..

tapi kalau kat rumah ni..
makngah suka panggil haqq ni..
anak burung pipit..

huhuhuhuhu..
apersal makngah panggil haqq macam tu..
sebab nya....


kalau duduk dalam kereta atau walker mesti nak mengepak macam ni...

mengepak-gepak terkapai-kapai tangannya tu..
mintak diangkat..
nasib baik la masa mengepak tu tak nangis.. :P

tapi kan..
isnin lepas masa dalam kereta sambil tunggu tokmak..
mak tukar lain pulak tau...

dari anak burung pipit..
tukar kepada anak belalang kunyit..
hahahahaha..

baju yang haqq pakai isnin lepas,warnanya warna belalang kunyit.. :P

lagipun belalang kunyit kan suka melekat kan..
haqq kalau tidur malam..
mesti nak melekat dengan mak takpun dengan abah.. :P

bagi nama samaran ni bukan apa..
saja buat suka-suka..
tapi jangan la bagi nama samaran yang tak elok la ya..
hihihihihi.. :P

p/s : apa la nama samaran yang mokcu nak bagi nanti ek.. :P

p/s/s : aunty beb,nanti add mak haqq kat fb ek.. :))

- mak haqq

Isnin, 3 Mei 2010

hari sabtu lepas

Assalammualaikum..

hari sabtu lepas adalah Hari Buruh..
tapi yang tak bestnya sebab tak dapat cuti ganti..
tokmak yang dapat..
nyampah.. :(

bila dah namanya cuti..
mesti ada kenduri kahwin..
kami bertiga ikut tokmak dan tokabah..
pergi kenduri kahwin di Pangkalan Rinting..

lepas dah makan..
dah salam kaut dengan tuan rumah semua..
kami singgah la Angsana tu..
nak carik kain buat baju raya..

huhuhuhuhu..
tahun ni tahun kedua haqq beraya..
tapi merupakan tahun pertama haqq akan berbaju melayu.. :))

sambil pilih kain..
sambil tu mak snap gambar haqq..
bukan main miang lagi..


nak suruh duduk dendiam bagi main kotak coklat getah.. :P


tu nak ngorat nak ngorat awek la tu..


haqq geram tengok diri sendiri..hahahahaha


nengok menda tah..


ngamok nak susu pulak..


tokabah terpaksa menenangkan haqq sebab dah lama tunggu.. :P


eh kami tak borong semua tau.. :P

p/s : tak sabar rasanya nak tengok haqq bersamping dan songkok ni.. :))

- mak haqq

Ahad, 2 Mei 2010

haqq ada kembar..?!

Assalammualaikum..

huhuhuhu..
haqq mana ada kembar..
kalau ada kembar macam mana plak gayanye ek... :P



p/s : macam mana nak betulkan video yang senget macam ni ek?

- mak haqq

Sabtu, 1 Mei 2010

lagi 4 bulan

Assalammualaikum..




huhuhuhu...
hari ni genap haqq 8 bulan..
maknanya ada lagi 4 bulan haqq setahun...

walaupun dah 8 bulan..
badan haqq ni..
alahai, halusnya haqq oiii...

haqq sayang..
jangan tak makan ye nak...
nanti orang cakap mak tak bagi makan pulak.. :P

p/s : tapi kalau haqq tak habis makan,mak terpaksa habiskan..kalau macam tu mak la yang bertambah debab.. :P

- mak haqq
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers