Jumaat, 21 September 2012

Cubaan Untuk Aktif Berblogging Semula

Mak test je. Manalah tau nanti mood menulis tu datang. Hehe :)

Rabu, 12 September 2012

Aidilfitri di Tali Air 11. Sekinchan Selangor

Assalamualaikum..

Masih lagi dalam mood raya nie...
pada hari raya yang ke3 kami sekeluarga telah pulang ke kampung Nenek Abah di Sekinchan, Selangor..
memang dah lama tak balik kampung Nenek nie..
Mak, Haqq ngan Laeka nie first time balik ke kampung di Selangor nie...

Bukan Banting..
Sekinchanlah kampung nenek..

Persiapan sebelum bertolak..

Emm.kete Abah pun dah penuh bonet...

Semua tengah bersiap siap...

Nasib la Pokde beli sorang satu, tidak mau berebut Mr.Potato tu...

Em bukan main lagi korang makan erk, tak pelawa pun kat Abah ....
 
Sempat lagi Mak ambik gambar tapi naper tak bagitau awal2. Jdi Abah buat muka selamber je la.

Penat sangat Haqq sampai tertidor. Kesian dier...

Dah sampai umah Nenek Abah, diorang boleh main plak kat bendang nie. Bukan nak masuk umah dulu...

Subahanallah.....

Siap main bola lagik. Ingat padang bola ke anak-anak...

Dah..dah... Jom masuk rumah, dah maghrib  nie...!!

Kalau musim padi mesti pemandangan nie lagik cantik....

Nasib la parit nie kering tidak Abah sah sah dah dok memancing...

Nenek Abah = Onyang Laeka...

Bergambar sebelum balik

 Dalam perjalanan balik ke Pahang.

Alhamdulillah segala perjalanan pergi dan pulang berjalan dengan lancar....
Semoga raya tahun ini memberi penuh makna kepada kami sekeluarga..
Ampun dan maaf sekiranya ada salah dah silap terkasar bahasa...
Moga di lain kali kita berjumpa lagi...

Aidilfitri 2012

Assalammualaikum..

Bila terasa nak update blog je..
mesti hari Rabu..
bila dah hari Rabu semestinya kena ikut teman Wordless Wednesday kan?

Tapi hari ni Mak nak bercerita jugalah..
tahun ni giliran kampung Abah untuk beraya..
dan merupakan Aidilfitri pertama tanpa Nek Midah...
sangat sangat sangat tidaklah seronok.. :(((

Selalunya semua arwah Nek Midah yang masak..
tapi kali ini hidangan yang sama tetap dimasak..
cuma tidak sesedap masakan arwah..

Memang tak meriah langsung..
biarpun ramai juga yang datang beraya ke rumah..
tapi entahlah..

Memula tadi rasanya banyak idea nak menaip..
bila dah sebut nama arwah Nek Midah je..
terus hilang idea tu semua.. :((

Kita layan gambar je la ye..
Sudahlah warna baju tahun ni sama warna dengan dinding rumah Tok Muni..
Hahahaha.. :P

Abah yang kacak <3<3

Asyik nak pegang songkok je Haqq ni.

Aidifitri pertama buat Laeka :)

Abah terpaksa kepit kaki Haqq sebab nak lari main kat luar.

Pokde dan Mokde wannabe :)

Petang raya baru dapat gambar berdua dalam keadaan berlengas.

Semua tu gambar masa raya pertama..
Mak Long sampai kampung raya kedua..
Poksu pula tak balik sebab baru daftar belajar di Sarawak..
Tok Muni terus beraya lepas sembahyang raya..
maybe Tok Muni tak nak rasa sedih kot.. 
kesian Tok Muni :((

Gambar seterusnya diambil pada raya ketiga..
itupun sebab nak beraya ke rumah Nenek Abah di Banting..
ingatkan dapatlah berpeluk-peluk dengan Raina dan Nurul..
tapi mereka dah balik semula ke Putrajaya (kalau tak silap Mak)..
ada rezeki nanti kita berjumpa ya :)

Haih, penat suruh mereka ni pandang kamera tapi macam inilah.

Mak Long @ Kakak sulung Abah. Mereka ni kembar tahun tau :P

Adik-beradik Abah. Poksu yang tertinggal. Sobs

Keluarga Mak Long Ina dan Tok Muni :)

Tok Muni yang segak :) 

Sebelum terlambat..
Mak sekeluarga ingin memohon ampun dan maaf..
jika ada terkasar bahasa.. 
apa saja jenis TER-lah yang telah mengguris hati semua orang..
kita semua kan manusia biasa.. 
mana pernah tak buat silap kan..
InsyaAllah kami sekeluarga akan perbaiki ya..

Selamat Hari Raya..!! :)