Rabu, 27 April 2011

Tidaklah Tebal Mana Pun

Assalammualaikum..

Semasa kami ambil angin petang pada hari Haqq duduk di celah dahan pokok..
Abah dan Mak telah berpakat untuk membuli Haqq..
kami dengan sengaja telah menanggalkan sandal Haqq..
dan menyuruhnya berjalan di atas batuan reflexsologi..

Kenapa kami buli Haqq suruh berjalan di atas batuan tu?
sebab kononnya kami nak test ketebalan tapak kaki Haqq..
sebelum ni, Haqq bukan main laju je lari di atas jalan tar depan rumah..
pada waktu tengahari semasa matahari membahang di langit pula tu..

Tak rasa panas ke tapak kaki kamu tu Haqq?
masa Mak nak kejar Haqq pun..
Mak terpaksa patah balik pakai selipar..
sebab tak tahan panas..

Kawasan yang telah ditanam batuan refleksologi

Langkah dimulakan dengan kaki kanan

Sakit ke Haqq?

Aik, di atas batuan ni pun kamu cuba menonjet ke Haqq?

Itu dah rasa sakitlah tu sebab tu dah tukar laluan.. :P

Tapi masih bersemangat menghabiskan satu pusingan :)

Close up batuan refleksologi tersebut.

Hahahahaha..
nampaknya tapak kaki kamu tidaklah tebal Haqq..
tak sampai 5 langkah pun..
kamu sudah sudah menukar ke laluan yang tiada batu.. :P
(Eleh Mak pun macam itu juga apatah lagi kamu yang masih kecil mestilah rasa sakit)

Bila dah habis beberapa pusingan..
(baca : tanpa memijak batuan refleksologi)..
Haqq dah mula bosan dah..
dikutipnya pula batu yang ada di tepi kawasan Abah dan Mak sedang duduk berdating..
lalu berangan menjadi Incredible Hulk :P

Eleh setakat batu kecil bolehlah kamu angkat macam tu Haqq

Macam-macam perangai kamu ni Haqq..
ada je yang membuatkan Abah dan Mak tersenyum bila kenangkan kembali..
tapi banyak juga perangai yang membuatkan kami geram.. :P

Betullah kata orang-orang tua..
membesarkan anak ini memerlukan kesabaran yang tinggi..
kalau sudah hilang sifat sabar tu..
itu yang sampai ada kes dera mendera ni..
(Kadang-kadang Haqq pun kena juga sedas dua dengan Mak)

InsyaAllah Mak dan Abah serta ibu bapa kawan-kawan Haqq semua..
dikurniakan kesabaran yang tinggi dan berpanjangan..
sampailah mereka semua ni dewasa.. :)

Sudah penat bermain.. 
Mak upah Haqq dengan sebotol air ribena yang dibawa dari rumah..
bukan main laju je minum air kegemaran dia tu.. :P

Haus ya Haqq :)

Eh, perasan tak pokok di belakang Haqq tu..
rendah je kan pokoknya.. :)

- Mak Haqq

Isnin, 25 April 2011

Zirafah Di Atas Pokok

Assalammualaikum..

Zirafah di atas pokok?
eh, mana boleh zirafah panjat pokok..
zirafah kan besar dan berleher panjang..
jadi kalau zirafah hendak makan dedaun atas pokok tu..
zirafah hanya perlu memanjangkan lehernya sahaja..

Macam ni.

Tetapi semasa kami sekeluarga mengambil angin petang di tepi laut Pontian..
Mak telah ternampak "anak zirafah" di atas pokok..
bila dah nampak perkara pelik macam ni..
kita jangan lupa ambil gambar untuk jadikan bukti ya.. :)

-
-
-
-
-
-
-
-

Steady je "anak zirafah" ni duduk :)

"Anak zirafah" cuba menggapai bunga-bunga yang kemerahan itu

Eh senyum-senyum pula "anak zirafah" ni :P

Cubaan untuk melompat tetapi "abah zirafah" sudah menyambutnya :)

Sekarang sudah jelas terbukti bukan..
ada "anak zirafah" di atas pokok..
hahahahaha.. :P

Oh, mintak maaf ya ibu-ibu kawan-kawan Haqq ni semua..
Mak telah menggelarkan Haqq "Anak Zirafah"..
bukan Mak nak samakan Haqq dengan haiwan tersebut..
cuma kebetulan pula si Haqq memakai baju yang mempunyai gambar zirafah.. :P

Nampak tak gambar zirafah dalam bulatan tu.

Pokok ni rendah je sebab itu Abah berani dudukkan Haqq di celah dahan tu..
lagipun Abah berada betul-betul di bawah Haqq tu..
siap sedia mana tau Haqq nak terjun ke bawah..

Kalaulah pokok tu dahannya rendah je..
tentu Haqq boleh panjat sendiri..
budak-budak sebaya Haqq kan suka memanjat..
panjat katillah, kerusilah..
macam kawan Haqq yang bernama Aip ni yang suka panjat kabinet tv.. :P

- Mak Haqq

Ahad, 24 April 2011

Masuk Bakul Angkat Sendiri

Assalammualaikum..

Diam tak diam ..
hampir setengah tahun Mak tidak bekerja..
ini bermakna selama itulah Haqq dibawah jagaan Mak sepenuh Masa..
tapi ada juga beberapa hari Haqq dihantar ke rumah Nek Hendon..
kerana Mak belajar memandu.. :)

Memang seronok duduk rumah..
sebab dapat melihat sendiri Haqq membesar di depan mata..
tapi Mak kasihan juga dengan Haqq..
yelah, di rumah ni mana Haqq ada kawan..
asyik duduk terperap dalam rumah je..

Kalau hendak lepaskan bermain di depan rumah..
Mak risau sebab banyak kereta keluar masuk kawasan perumahan ni..
kalau hendak bermain di porch kereta pula..
kena tunggu Tok Abah tiada di rumah dululah..
itupun kena kunci pagar dulu siap-siap.. :)

Sudahnya Mak lepaskan Haqq bermain di belakang rumah je..
di belakang tu selamat kerana jalan mati..
jadi memang tiadalah kenderaan yang keluar masuk.. :)

Akibat asyik duduk dalam rumah je..
sebab itulah Haqq pernah masuk bakul angkat sendiri..
hahahahaha... :)

Haqq benar-benar masuk bakul dengan sendirinya tau..
tapi Haqq tak angkat bakulnya tu..
macam mana nak angkat bakul..
kalau seluruh badan ada dalam bakul.. :P

Sudah masuk bakul

Nak bermain dengan helikopter rupanya :)

Muat pula tu dalam bakul :P

Kejadian tersebut dah lama berlaku..
macam biasalah Mak akan peram dulu gambar-gambar ni dalam draft..
tapi dah publish pun dalam FB..
sebab itulah ada kawan-kawan Mak dah nampak gambar ni dulu.. :P

- Mak Haqq

Sabtu, 23 April 2011

Haqq Ber"Rock Climbing"

Asalammualaikum..

Biasa kalau hendak buat rock climbing ni.. 
kita perlu menggunakan peralatan dan latihan yang secukupnya..
sebelum memulakan rock climbing..

Tetapi tidak bagi Haqq..
tanpa alatan dan latihan yang sempurna..
Haqq telah berjaya melakukannya.. :)

Dapat naik sedikit

Tak sakit ke lutut kamu tu Haqq?

Hooray, Haqq telah berjaya :)

Inilah yang Haqq paling suka buat..
selain berlari dengan riangnya..
sepanjang kami menemani Abah memancing akhir bulan lepas..

Tak menang tangan nak melayan karenah Haqq ni..
bila Abah nak lempar joran je..
Haqq pun sibuk nak ikut sama turun ke bawah..

Tapi Haqq memang tak berpeluang langsung untuk turun..
sebab bila Haqq nak panjat batu je..
terus Mak cepat-cepat angkat dia..
Mak pun tak berani turun sendiri..
apatah lagi sambil mendukung Haqq..

Cuma masa Mak snap gambar itu pun..
kaki dan tangan Mak sudah bersedia..
untuk tangkap Haqq kalau tiba-tiba Haqq hendak turun ke bawah..

Maklumlah Haqq kan budak yang sedang membesar..
Mak pasti kawan-kawan Haqq yang lain pun..
mesti lasak juga macam Haqq kan..
hehehehehe.. :)

Akibat asyik panjat batu..
habis lutut Haqq dah bercalar..
itu pun nasib baik Mak pakaikan Haqq seluar panjang 3 suku tu..
kalau pakai seluar pendek..
alamatnya bertambah lagilah tanda budak baik ni.. :P

- Mak Haqq

Rabu, 20 April 2011

Kau Kunci Cintaku

Assalammualaikum..

Ramlah Ram, Kau Kunci Cintaku 
di Anugerah Juara Lagu 1988

Siapa tak kenal dengan penyanyi di atas itu kan..
Mak rasa kebanyakkan ibu-ibu kepada kawan-kawan Haqq ni semua...
membesar dengan dendangan lagu-lagu dari beliau .. :)

Ramlah Ram telah dinobatkan sebagai Juara dalam Anugerah Juara Lagu pada tahun 1988..
malah beliau juga merupakan Juara Persembahan Terbaik..
dengan hanya bergaun merah menyala beserta hatinya yang berkelip-kelip di perut itu.. :P

Eh, Mak bukan nak bercerita tentang Ramlah Ram..
tapi nak ceritakan tentang kejadian yang sudah berlaku..
beberapa minggu yang lepas..

Gambar je yang penuh dalam draft...
tapi jalan ceritanya belum dikarang lagi pun..
hehehehe.. :P

Tadaa...!!! :)
Haqq bersama kuncinya

Masa hari kejadian tu..
Mak di dapur sedang masak makan tengahari Haqq..
kemudian Abah berlari ke dapur memanggil Mak..
untuk lihat apa yang Haqq buat seorang diri di porch depan tu..

Kami berdua pun senyap-senyap mengintai dari belakang langsir..
dan mendapati Haqq sedang mencuba membuka rantai kunci..
hahahahaha.. :)

Abah pun terus snap aksi-aksi Haqq..
wah bukan main lagi lagak si Haqq ni..
dengan cubaan membuka rantai tu..

Selalunya kalau dihalakan kamera ke arah dia..
terus nak terpa tapi kali ini tidak pula..
khusyuk benar si Haqq ni mencuba..

Sampai senget kepala nak tengok lubang kunci tu

Poyo je lebih.. :P

Sempat lagi tengok motor lalu.

Kebetulan Tok Abah keluar ke bandar dengan menaiki kereta..
jadi porch depan ni kosonglah..
sebab itu kami biarkan Haqq bermain di porch ni..
kalau tidak asyik terkurung je dalam rumah.. :(

Sebagai langkah keselamatan..
pagar perlu dikunci dengan rantai sepertimana dalam gambar itulah..
kalau diselak macam biasa..
akibatnya nanti terpaksalah kami berlari untuk mengejar si Haqq tu.. :P

Agak lama juga Haqq cuba membuka rantai itu..
tapi tidak berjaya..
nak tahu tak kenapa?

Sebab Haqq telah tersalah menggunakan kunci.
Hahahahaha..!!! :P

- Mak Haqq

Isnin, 18 April 2011

Aktiviti Semasa Earth Hour Versi Kami

Assalammualaikum..

Hari ini di Pontian mendung je..
matahari main sembunyi-sembunyi pulak di celah awanan tu..
ini yang membuatkan ramai orang mengidap Monday Blues.. :P

Jangan ingat hanya orang yang bekerja sahaja mengidap penyakit tu tau..
surirumahtangga sepenuh masa macam Mak ni pun..
kadang-kadang pun terkena juga penyakit tu..
hahahaha.. :P

Minggu lepas, Mak ada berjanji untuk ceritakan aktiviti semasa Earth Hour tu kan..
sebenarnya bukan kami buat bersama-sama pun..
cuma menemani Abah memancing di Tambak Pontian tu je.. 

Tambak Pontian pada asalnya adalah kawasan tepi laut yang berlumpur..
tetapi telah ditambak sehingga keras dan kukuh..
agaknya sebab itulah penduduk di Pontian menamakan sebagai Tambak Pontian kot.. :P

Tambak Pontian juga merupakan salah satu tarikan yang ada di Pontian..
terdapat banyak bangunan telah didirikan..
dan ada juga yang masih lagi dalam proses pembinaan..

Ketika kami sampai ke port biasa Abah memancing..
air laut sudah pasang..
ini yang membuatkan Abah tak sabar hendak melempar joran..

Port Abah selalu memancing

Dengan adanya pokok rhu tu..
dapatlah kami berteduh di bawahnya..
dan nasib baik ada papan untuk dijadikan untuk kami duduk..

Rupanya papan itu memang Abah selalu gunakan kalau Abah memancing di sini..
papan tu memang sengaja ditinggalkan di bawah pokok..
jadi sesiapa berada di kawasan itu..
bebas menggunakan papan tersebut.. :)


Gaya Abah seorang pemancing

Sambil Abah memancing tu...
Mak pula monitor si Haqq sambil snap gambar..
bukan main seronok Haqq berlari ke sana sini..
kebetulan tak ramai orang jadi luaslah kawasan untuk Haqq berlari.. :P

Selalunya bila tiba hari minggu ataupun cuti am..
tempat ni penuh sehinggakan tiada parking langsung..
ada yang berkelah siap pacak khemah lagi tau.. :)

Rasanya baru 3 kali Abah lempar joran..
dah rasa lapar macam seharian teman Abah..
Abah pun bawa kami ke Marrybrown yang berdekatan tu..

Tapi kami tapau je la..
nanti kalau duduk makan di situ..
siapa nak tengokkan joran Abah yang terpacak tu.. :P

Sementara menunggu ikan makan umpan,
Haqq pun makan nugget ikan :P

Tiada rezeki untuk membawa pulang ikan :(

Bila dah banyak kali lempar joran..
tapi masih juga tak dapat ikan..
kami pun membuat keputusan untuk pulang ke rumah..
lagipun hari semakin panas walaupun angin bertiup kencang..

Nanti kalau Abah memancing di sini lagi..
kita ikut ya Haqq..
nanti bolehlah kita berkelah di sini.. :)

- Mak Haqq

Rabu, 13 April 2011

Bila Mak Saya Leka, Saya Pun

Assalammualaikum..

Memang sudah menjadi kebiasaan..
Mak dan Haqq akan tidur berdua sahaja..
bila Abah kerja malam atau tidur di sarang..

Selalunya selepas makan malam Mak akan mengadap lappy dalam bilik..
manakala Haqq pula main di bawah..
(rumah Pontian ni 2 tingkat ya)
sambil menemani Tok Abah dan Tok Mak menonton TV..

Mak memang sengaja biarkan Haqq penat bermain..
nanti kalau dia dah penat sangat..
nyenyaklah si Haqq ni tidur..

Alhamdulillah, boleh dikatakan setiap hari..
Haqq akan tidur sebelum 10.00 malam..
kalau hari yang Haqq tidur lewat tu bila Abah ada di rumah..

Entah kenapa si Haqq ni...
kalau ada Abah mesti Haqq lewat tidur..
maybe Haqq tak puas bemain dengan Abah kot..

Ada satu hari bila Abah tak balik...
Haqq tak nak tidur macam biasa..
tapi susu habis sebotol dah..

Puas dah Mak tepuk dodoi semua..
bilik pun dah gelap..
tapi si Haqq ni masih melompat-lompat atas katil...

Nak marah nanti menangis tak ingat dunia..
Mak pun ONkan lampu dan terus mengadap lappy..
Haqq tu Mak biarkan dia bermain sendiri..

Bila Haqq panggil-panggil dan cuit-cuit Mak..
Mak buat tak layan sambil upload gambar..
biarkan dia tahu Mak dia ni tengah marah.. :P

Kemudian bila Haqq tak panggil dan cuit Mak lagi..
Mak toleh je tengok si Haqq ni tengah main bedak..
teruslah Mak capai kamera tu..

Sudahlah bedak tinggal sikit,
kamu taburkan pula atas lantai ya Haqq

Masa ni Mak berdiri senyap-senyap belakang dia.. :P

Muka tak bersalah main bedak

Padan muka kena marah dengan Mak.. :P

Agak-agak dah banyak gambar Mak snap..
Mak pun tanya Haqq kenapa main bedak..
dengan nada yang agak keras dan tinggi..

Terus Haqq bangun dan meluru ke arah Mak sambil menangis..
hahahahaha..
tau pun takut Mak marah ya.. :P

Kesian pula tengok si Haqq ni mencebik dan  menangis..
Mak pun pujuklah Haqq dengan sebotol susu..
walaupun tadi sudah habis sebotol..

Dah kena marah macam tu barulah Haqq nak tidur..
sengaja Haqq ni tau buat Mak marah dia..
eleh, sebenarnya Haqq nak tarik perhatian Mak kan..?

- Mak Haqq

Selasa, 12 April 2011

Earth Hour

Assalammualaikum..

Seluruh dunia telah menyambut Earth Hour pada 26hb Mac yang lalu..
kami pula sambut Earth Hour..
4 hari kemudian iaitu pada 30hb Mac..
dan baru hari ini Mak nak ceritakan..
hehehehe.. :)

Jika Earth Hour disambut selama sejam..
iaitu dari jam 8.30 malam hingga 9.30..
kami pula sambut bermula dari jam 10.00 pagi hingga 4.30 petang..

Kenapa pula kami sambut pada 30hb Mac..
dan bermula dari pagi hingga ke petang pula tu?
ini adalah kerana terdapat kerja-kerja membaik pulih kabel elektrik..
yang melibatkan kawasan perumahan kami..

telah mengedarkan notis tentang ketiadaan bekalan elektrik..
kepada semua penduduk kawasan perumahan yang terlibat..
3 hari sebelum kerja-kerja dijalankan..

Sekurangnya penduduk dapat membuat persediaan..
seperti membasuh dan memasak di awal pagi..
kita kan sekarang membasuh dengan menggunakan mesin basuh..
memasak pula menggunakan periuk nasi elektrik, blender dan sebagainya..

Bila tiada bekalan elektrik untuk jangka masa yang lama macam tu..
sudah tentunya Mak dan Haqq akan bosan..
sebab tidak dapat menonton TV dan melayari internet..

Tetapi Abah ada aktiviti yang menarik..
untuk kami buat bersama-sama..
dan Mak pun bersetuju untuk menyertai bersama..

Apa aktiviti yang kami lakukan itu..
kenalah tunggu cerita yang akan datang ya..
Mak memang sengaja buat kamu semua tertanya..
hahahaha... :P

Cuma cerita kali ini..
Mak nak kongsikan gambar Haqq pada tengahari tersebut sampai petang..
yang telah sempat Mak snap..

Oleh kerana cuaca panas sangat..
Mak telah separuh bogelkan Haqq..
dengan hanya memakai pampers sahaja..
dan bertoncetkan Mak Enon bak kata Ibu Imaan..
masa Mak cerita tentang buai belakang rumah tu..

Bila dah panas macam ni..
Haqq menjadi tidak selesa dan sukar untuk tidur..
yelah kalau hari biasa biarpun panas..
masih lagi berkipas dan ada rasa anginnya kan..

Haqq mula tidur jam 3 petang..
setelah Abah dodoikan dan kipaskan dengan menggunakan kipas satay..
isk, manja betul dengan Abah ni..
mengada tau..

Abah di belakang tidur dulu sebab kena kerja malam

Jangan kamu lempar HP baru Mak yang mahal tu Haqq..

Dah tidur pun setelah penat bermain

Memang sengaja beralaskan kain batik
sebab kain batik kan sejuk

Lama juga Haqq tidur petang tu..
bila mandikan Haqq waktu petang..
punyalah berbintil daki peluh dia tu..
di celah ketiak dan leher..
masam pulak tu...
hahahahaha.. :P

- Mak Haqq

Isnin, 11 April 2011

Dr. Haqq

Assalammualaikum..

Rasanya baru je Haqq gunting rambut depan dia tu..
sekarang dan panjang semula dah..
amboi suburnya kulit kepala kamu, Haqq..
macam tanah yang selalu dibaja je.. :P

Sejurus selepas digunting

Bila rambut dah panjang semula ni..
dah macam Dr. Rozmey pula bila Mak sekali pandang...
hahahaha.. :P

Dr. Rozmey

Kenapa?
tak percaya ke apa yang Mak tulis tu..
meh kita bandingkan ya..

Dr. Haqq

Agak-agak sama tak?
hahahaha..
kesian Haqq macam-macam gelaran yang dia dapat..
tapi gelaran yang elok-elok je lah..
bukan yang bermaksud tidak baik pun..

Bila kita selalu panggil anak dengan gelaran yang tak molek..
nanti kalau gelaran itu melekat pada anak sampai dia besar..
kan dah malu anak kita nanti..

Dahlah gelaran tak molek..
bermaksud yang tidak baik pula tu..
kita juga yang menyesal nanti..
isk, mintak dijauhkanlah perkara macam tu kan..

Sekurang-kurangnya kalau Mak gelar kamu Dr. Rozmey..
mana tau bila kamu sudah besar kelak..
InsyaAllah kamu akan bergelar doktor ke..
boleh Abah dan Mak menumpang dengan kamu nanti.. :)

p/s : Abah dan Mak sentiasa mendoakan segala kebaikan untuk kamu Muhammad Nurhaqq.. :)

- Mak Haqq

Sabtu, 9 April 2011

Kenapa Dipanggil "Sarang"?

Assalammualaikum..

Kalau ada yang perasan..
ada banyak juga cerita Mak sebut tentang sarang...
termasuklah cerita tentang wall decor yang lepas..

Sarang yang Mak maksudkan adalah rumah kami sendiri di Simpang Renggam..
tapi bukan rumah yang dibeli..
cuma kuarters yang telah disediakan oleh Penjara Simpang Renggam..

Kenapa rumah kami dipanggil sarang?
ini adalah kerana rumah kami terletak di tingkat 3..
tinggi kan rumah kami..

Sebab itulah kami panggil sarang..
burung kan suka buat sarang di tempat tinggi..
hahahaha.. :P

Bila duduk di kuarters yang bertingkat ni..
sudah tentunya akan ada balkoni..
dan rumah kami ada 2 balkoni..
1 di dapur dan 1 lagi di ruang tamu..

Kali ini Mak ingin berkongsi dengan semua..
pemandangan melalui balkoni ruang tamu tu..
Mak sangat berpuas hati dengan rumah ni..
sebab utamanya balkoni tidak menghadap blok lain.

Jadi angin lepas masuk ke dalam rumah kami tanpa halangan..
kadang-kadang bila tengahari dengan panas yang membara tu..
kami tak perlu gunakan kipas pun.. :P

Balkoni telah menjadi tempat permainan Haqq

Gayat juga bila lihat bawah

Lembu sedang meragut

Bila lembu-lembu tu semua meragut rumput..
bukan main teruja si Haqq ni..
mulut tu bukan main bising panggil lembu tu.. :P

Pemandangan di sebelah kanan.
Rasanya itulah Gunung Belumut kot

Masih ada lagi blok di sebelah kiri

Pemandangan di awal pagi

Tenang je bila tengok kehijauan ni semua

Mak memang sengaja tak snap gambar pemandangan di waktu malam..
takut nanti ada yang tersalah snap pula...
tak ke jadi haru biru nanti.. :P

- Mak Haqq
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers