Khamis, 31 Mac 2011

Tragedi Di Bulan Mac - Vol 2

Assalammualaikum...

Hari ini Mak nak sambung cerita Tragedi di Bulan Mac..
kalau sesiapa nak tahu permulaan tragedi ni..

Ahad, 13hb Mac :

Sudah masuk hari ketiga..
keadaan Mak masih sama seperti semalam..
semua orang dalam rumah bertambah risau..

Jalan terakhir ialah dengan membawa Mak ke Hospital Pontian..
setelah masuk air sebanyak 2 botol..
pada jam 5 petang Mak telah ditahan untuk dimasukkan ke Wad 3..

Doktor telah mendapati terdapat kuman dalam darah Mak..
kalau normal hanyalah 10 sahaja..
tetapi Mak ada 21..
Mak rasalah kan..
ini merupakan kadar kuman dalam darah kot..
entahlah Mak pun tak berapa nak faham..

Sebelum masuk wad..
Mak dikehendaki menjalani X-ray terlebih dahulu..
dan ada tompokkan kuman pula di paru-paru Mak.. :(
sebab itulah Mak ditahan untuk diberikan antibiotik yang kuat..

Malam pertama Mak di wad..
Mak rindu sangat dengan si Haqq tu..
Mak tak pernah pisah tidur dengan Haqq.. :(

Di mata Mak ni asyik terbayang-bayang keletah Haqq..
gelak dan tangis Haqq terngiang-ngiang di telinga..
Mak rasa macam nak balik malam tu juga.. :(

Isnin, 14hb Mac :

Dalam jam 9 pagi macam tu..
doktor telah memeriksa Mak di katil..
dan doktor telah sahkan bahawa paru-paru Mak dalam keadaan baik..

Syukur, Alhamdulillah..
tapi Mak masih tidak dibenarkan balik lagi.. :(
Mak perlu tinggal semalam lagi..
untuk pemeriksaan lanjut..

Selepas makan tengahari Mak telah dipindahkan ke Wad 2..
setelah menggunakan GL Abah..
sebab hari minggu pejabat tidak dibuka..

Ketika berada di Wad 2 ni..
ada yang datang melawat..
terutamanya saudara mara dan kenalan terdekat.
jutaan terima kasih buat mereka yang datang tu.. :)

Selasa, 15hb Mac :

Oleh kerana demam Mak pun dah semakin surut..
begitu juga dengan kuman dalam darah..
Mak telah dibenarkan pulang selepas waktu makan tengahari..
setelah berkampung 3 hari 2 malam di hospital...

Terasa macam bertahun duduk dalam wad ni..
setiap hari bila Haqq datang melawat Mak..
hanya boleh lihat dari tingkap je..

Kanak-kanak memang tidak dibenarkan masuk wad untuk melawat..
yela, dalam wad kan ada ramai pesakit..
takut sakit tu berjangkit pada kanak-kanak pula..
isk, mintak dijauhkanlah..

Tapi bila Haqq nak balik je..
Mak akan suruh Abah masuk sekejap je..
dapatlah Mak cium Haqq sedas dua..
menitik jugalah air mata Mak ni sambil cium Haqq tu.. :(

Tapi Alhamdulillah, Haqq tak meragam pun..
bila Mak tiada di rumah..
nasib baik Abah cuti jadi Haqq tak terasa sangatlah ketiadaan Mak ni..

Di sini Mak nak kongsi sedikit info..
kalau boleh kita digalakkan untuk kurangkan ke tempat-tempat yang ramai orang..
bukan apa, sekarang ni terdapat pelbagai penyakit di luar sana..

Semoga kita semua bebas dari sebarang penyakit ya..
tapi kita hanya merancang..
Allah menentukan..
cuma kita boleh berusaha menggelakkannya.. :)

p/s : Biarlah Mak seorang yang menanggung kesakitan ni dari orang-orang yang Mak sayangi yang sakit.

p/s/s : Terima kasih buat rakan-rakan yang mendoakan kesihatan Mak. Semoga Allah membalasnya nanti :)

- Mak Haqq

Selasa, 29 Mac 2011

Samurai Bervespa

Assalammualaikum...

Selalunya selepas makan malam..
kami sekeluarga akan berehat sambil menonton berita..
si Haqq pun tidak ketinggalan juga...

Tapi dia bukannya tau duduk diam pun...
ada je yang nak dibuatnya..
dipunggahnya vespa pink dia tu..
dan bawa ke depan TV..

Kemudian mulut pula bising sebab merengek..
kerana kononnya tak sampai nak naik vespa..
padahal boleh je naik sendiri..
mengada je yang lebih..
nak suruh orang tolong angkatkan dia la tu..

Bila dah Haqq dah macam tu..
secara automatik Haqq telah mengganggu Abah menonton berita..
Abah pun apa lagi..
terus angkat dan dudukkan Haqq atas vespa tu..

Kemudian, Abah ambil gelung yang untuk kemaskan wayar yang berselirat..
(maaf Mak tak tahu apa nama sebenarnya)..
diikatkan pula pada pinggang Haqq..
dan selitkan pedang samurai di belakang Haqq..

Inilah samurai yang bervespa tu

Gelung wayar yang diikat di pinggang

Pedang yang terselit kemas di belakang Haqq.. :P
Sila besarkan gambar untuk lihat gelung dengan lebih jelas

Bila dah nampak si Haqq macam tu gayanya..
Tok Abah pun turut sama dengkikan dia..
diambilnya riben pink yang sedia ada dalam bakul mainan Haqq..
dan diikatkan pada siput Mak Enon Haqq yang seciput tu..

Dah macam Kungfu Master pulak... :P

Haqq bukannya menangis bila dibuli macam tu..
makin dia suka adalah..
sebab itu kami suka sangat buli Haqq ni..
macam yang dulu-dulu tu..

Kami pernah dudukkan Haqq dalam periuk nasilah..
dan dalam bonet si Herbie pun pernah..

Setiap hari kami sentiasa cari idea..
bagaimana nak buli si Haqq ni...
nasib kamulah Haqq dapat parents yang suka membuli ni..
itu belum lagi bila Mokngah dan Mokcu kamu balik bercuti.. :P

p/s : Ala, kami buli kamu sikit je tapi kamu tu Haqq yang selalu buli kami.. :)

- Mak Haqq

Isnin, 28 Mac 2011

Tragedi Di Bulan Mac - Vol 1

Assalammualaikum..

Masih ingat tak entri yang bertajuk Marajuk ke?
Mak ada sebut yang Mak telah ditahan wad Hospital Pontian selama 3 hari 2 malam..
bermula pada hari Ahad, 13hb hingga hari Selasa, 15hb Mac yang lalu..

Entri kali ini Mak nak kongsi kronologi..
tragedi tersebut disini..
tapi tiada gambar ya.. :)

Lokasi bermula di : Sarang Tingkat 3, Kuarters Penjara Simpang Renggam

Jumaat, 11hb Mac :

Setelah Mak siap masak makan malam..
dan sedang menemani si Haqq menonton TV..
tiba-tiba Mak rasa sejuk sangat..
lalu Abah berikan Mak toto untuk selimutkan badan..
tapi Mak masih rasa sejuk..

Lalu Mak masuk dalam bilik, naik atas katil..
dan terus berselubung dalam comforter tu..
tapi masih lagi kesejukkan..
walaupun dah diselimutkan dengan toto tadi..
maknanya ada 2 lapis lah kan..

Masa tu Mak rasa sangat sejuk..
dan badan-badan Mak pun rasa bisa..
Mak kesejukkan sampaikan badan pun menggigil..
dan hampir kancing gigi.. :(

Mak suruhlah Abah tolong urutkan badan-badan Mak ni..
tapi bila Abah mula nak urutkan badan..
si Haqq pula datang merengek dengan Abah..
dia tarik-tarik tangan Abah ajak untuk menonton TV..

Mak memang dah tak larat sangat nak bangun..
nak hidangkan makan malam untuk Abah dan kawan-kawan Abah..
so Abahlah yang buat sendiri sambil ditemani dengan si Haqq yang nakal tu..

Sebenarnya malam tu..
adalah malam terakhir Abah shift malam..
tapi Abah terpaksa mintak tukar shift esok pagi..

Yelah, untuk teman Mak di rumah..
bukan apa, dengan keadaan Mak yang macam tu..
siapa nak layan dan jaga Haqq.. :(

Sepanjang malam Mak tak boleh nak tidur dengan nyenyak..
sekejap rasa sejuk sangat..
sekejap rasa panas sangat... :(

Sabtu, 12hb Mac (10am) :

Ingatkan demam Mak ni sekejap je..
bolehlah Abah masuk kerja pagi tadi..
tapi demam Mak masih tak kebah lagi..

Jadi, Abah pun buat keputusan untuk ambil cuti kecemasan..
memandangkan keadaan Mak yang masih tak sihat tu..
Abah bawa kami balik rumah Pontian..

Tengahari tu Mak ke Klinik Halizah..
bila doktor dah buat pemeriksaan..
dia dapati panas badan Mak sudah cecah 39..
dan sahkan demam Mak ini adalah disebabkan virus..

Tapi bukan denggi atau kencing tikus..
sebab Mak hanya demam dan bisa badan je..
tiada gusi berdarah atau simptom je arah penyakit tersebut..

Walaupun Mak makan ubat yang telah diberikan..
demam Mak masih lagi On Off seperti semalam..
cuma menggigil tu telah kurang sedikit..
dan tiada nak kancing gigi lagi..

Pada malam tu Mak tidur sendirian di bilik belakang..
sebab Mak tak nak virus demam merebak pada Haqq dan Abah..
cuma sekali je kejutkan Abah suruh ambilkan air di dapur..

Eh, dah panjang rasanya ni..
nanti Mak sambung lagi ya..
kesudahan Tragedi di Bulan Mac ni.. :)

- Mak Haqq

Sabtu, 26 Mac 2011

Semasa Hujan Lebat

Assalammualaikum..

Ku sangka panas hingga ke petang...
rupanya hujan di tengahari..
ewah, bermadah pulak Mak kamu ni Haqq..

Masa tengah seronok main dengan Haqq di bilik belakang..
tiba-tiba je hujan turun dengan lebat..
padahal pagi tadi matahari memancarkan sinarnya ke seluruh Pontian.. :P

Pandangan dari tingkap bilik belakang

Kawasan rumah Tok Mun yang sudah mula dinaiki air

Begitu juga dengan kawasan yang ada buai tu

Bila hujan dah lebat macam ni..
Mak bancuhkanlah Haqq sebotol susu panas..
wah, bukan main laju je Haqq minum..

Agaknya Haqq dah haus dan penat kot...
sebab main dengan Mak tadi..
itu yang minum susu sampai tertidur.. :P

Bukan main nyenyak si Haqq ni tidur

Bolehlah Mak surfing tanpa gangguan :P

Ingatkan bila Haqq dah tidur ni..
bolehlah Mak surfing tanpa gangguan dia..
tapi tak boleh pulak.. :(

Sebabnya kat luar tu..
kilat dah sabung-menyabung..
petir pula dah berdentam-dentum dengan kuat...

Cepat-cepat Mak OFFkan modem Streamyx dan lappy pusaka ni..
nanti ada yang kena sambar petir pula..
isk, mintak dijauhkanlah semua tu..

Last-last, Mak pun tidur sama dengan Haqq..
seronok kan dapat tidur masa hujan lebat macam ni..
tapi lagi seronok kalau dapat menikmati kopi pekat..
dicicah pula dengan biskut kering, kan?.. :P

- Mak Haqq

Rabu, 23 Mac 2011

Tanda Budak Baik

Assalammualaikum..

Kalau dah nama anak lelaki...
mesti berparut sana sini kan..
itu tandanya Haqq ni budak baik..

Budak baik kan suka main sampai luka sana sini..
dan yang pelik tu..
bila Haqq dah jatuh..
takdalah menangis meraung sangat..

Nanti Haqq datang dekat dengan kita..
dia tunjukkan di mana dia luka..
dan kemudian disuruhnya kita tiupkan di tempat yang luka tu..
lepas tu Haqq sambung main semula..

Bila masa mandi..
tak pula si Haqq ni rasa pedih..
lagi dia nak main air adalah..

Mak yang mandikan pula rasa ngilu bila tengok luka tu terkena air..
tebal betul kulit kamu ni Haqq..
huhuhuhuhu.. :P

Kaki kiri Haqq

Betis kaki kiri Haqq

Kepala lutut kaki kanan Haqq

Dagu Haqq

Selalunya bila ada luka macam ni..
jika luka masih basah akan terasa pedih sedikit..
kemudian akan rasa sejuk je :)

Aloe Vera Jelly

Satu lagi perangai Haqq ni kalau ada luka..
bila dia duduk diam tengok TV ataupun menyusu..
tangan dia tu asyik nak kutis luka sampai berdarah semula..

Nasib baik kamu lelaki..
kalau perempuan tak cantiklah bila berskirt nanti..
ini pun kira untung luka kamu cepat kering..

p/s : Kalau tak berparut tak lelaki la kan Haqq.. :P

- Mak Haqq

Selasa, 22 Mac 2011

Buai Laju-laju

Assalammualaikum...

Selalunya bila petang hari minggu..
kami suka berehat ambil angin belakang di rumah je..
sebab di belakang rumah ni ada buai.. :)

Bukan itu sahaja..
kat belakang rumah ni bila petang..
redup sebab banyak pokok serta berangin je...

Di belakang ini jugalah...
Tok Mak dapat mengeluarkan peluh..
dengan menyapu daun-daun dan membersihkan sekitar kawasan..

Selain daripada itu, di belakang ni...
kenderaan tak boleh keluar masuk sebab jalan mati..
jadi tidak risaulah hendak melepaskan Haqq berlari ke sana sini..

Kalau besarkan gambar,
ada bulatan putih menunjukkan lokasi buai

Stor ini telah dibina pada tahun 2008..
masa tu nak buat majlis perkahwinan Mak..
di stor inilah Tok Mak buat telur pindang.. :)

Di pangkin tepi stor itulah..
kami selalu duduk minum petang..
sambil melihat kucing-kucing berkejaran..
akibat dihambat oleh Haqq.. :P

Buai di bawah pokok mempelam

Sebelum ini..
kawasan ni semuanya semak samun..
tapi sekarang dah terang sebab menantu Tok Mon (tuan tanah) dah bersihkan..
sebab itulah Tok Abah pasangkan buai untuk Haqq bermain.. :)

Tok Mak tukang layan Haqq.

Makan coklat, minum Air Batu Malaysia,
mau tak comot macam ini.

Kadang-kadang bila cuaca panas sangat,
Mak siputkan je rambut Haqq ni.

p/s : Abah cakap nak bina wakaf kat belakang ni. Kita tunggu je la ek :)

- Mak Haqq

Ahad, 20 Mac 2011

My First Hair Cut

Assalammualaikum..

Ini merupakan kali pertama Haqq menggunting rambut..
rambut Haqq dah panjang sangat dah..
sebelum ini Haqq pernah dibotakkan sekali dulu..
masa tu umur Haqq dalam 5 bulan lebih..

Tapi bukan kesemua rambut Haqq digunting..
hanya bahagian depan je..
sebab yang bahagian depan tu asyik masuk mata Haqq je..
Haqq pun kejap-kejap selak rambut tu ke belakang..

mula-mula ingatkan nak ke kedai gunting rambut yang selalu Abah pergi tu..
tapi tukar tempat ke kedai yang Mak selalu pergi di Tambak Pontian..

Bila dah masuk kedai tu..
Haqq masih berperangai macam biasa..
agaknya dia ingatkan Mak yang nak gunting rambut kot..
sebab Haqq selalu ikut Mak masuk kedai ni..

Kemudian, Abah duduk di atas kerusi..
Haqq ni memang pantang tengok Abah dia duduk senang..
dia pun panjatlah duduk atas riba Abah..

Eh, Haqq ni..
macam tau-tau je..
kita nak gunting rambut dia..
hahahahaha.. :P

Bila pekerja kedai pakaikan alas kain putih tu..
Haqq dah cebik dah..
eleh, Haqq takut ya.. :P

Kemudian, bila pekerja kedai tu sikatkan rambut Haqq..
untuk meratakan bahagian depan..
Haqq dah mula menangis dan meronta..
Abah pun peluk erat la si Haqq ni..

Dengan hanya sekali guntingan saja..
maka pendeklah rambut depan Haqq..
bila rambut Haqq jatuh di riba dia tu..
automatik terus Haqq senyap...
ces, berlakon ya kamu...!!!!

Di sinilah tempatnya.

Memula steady je..

Bila pekerja tu sikatkan rambut depan Haqq tu,
menangis la pulak :P

Pekerja salon sedang menggunting rambut Haqq

Alahai, sikitnya rambut yang digunting..

Rambut depan sebelum digunting.

Rambut depan selepas digunting :)

Kami sayang nak gunting rambut Haqq sampai pendek..
selagi rambut tu tak menganggu Haqq..
selagi itu rasanya tak digunting pendek..
hehehehehe.. :P

Berapa cas yang dikenakan?
hanya RM4 sahaja..
hahahahaha..

Bukan kami tidak boleh buat sendiri..
tapi takut bila dah tersalah nanti..
dah tak cantik pula potongan rambut Haqq...

Nanti kalau kami nak gunting rambut Haqq yang lain..
kami akan ambil gambar lagi ya..
rasanya lambat lagi kot.. :P

- Mak Haqq

Khamis, 17 Mac 2011

Merajuk Ke?

Assalammualaikum..

Siapa yang merajuk tu agaknya?
Mak ke yang merajuk..
sampaikan lama tak berupdate blog ni..
huhuhuhuh..

Untuk pengetahun kamu semua..
Mak telah ditahan wad di Hospital Pontian selama 3 hari 2 malam..
bermula dari hari Ahad (13hb) hingga Selasa (15hb) yang lalu..
wah macam pakej percutian pula.. :P

Memang ramai rakan bloggers dan FB..
yang tidak tahu langsung tentang perkara ini..
bukan Mak sengaja tak beritahu kamu semua..
cuma tak berkesempatan je..

Insya Allah ada kelapangan..
Mak akan ceritakan ya..
kes ditahan wad tu.. :P

Sebenarnya nak tayang style Haqq tidur ni..
gambar ini pun dah lama dalam draft..
sebelum Mak masuk wad lagi..

Lepas mak dah susukan Haqq sebotol..
Mak layanlah lappy pusaka ni seorang diri..
kebetulan Abah tak balik malam ni..

Tak lama kemudian...
Mak tolehlah ke arah Haqq...
nak periksa ada nyamuk ke tidak..
rupanya si Haqq ni dah terpelesek kat tepi tu.. :P

Jauhnya kamu berenang ke sana Haqq..

Tak sakit gamaknya kepala Haqq ni menyendal dinding..

Agaknya rasa selesa kot tidur style merajuk macam ni.. :P

Mujur Haqq berenang sampai ke dinding..
kalau sampai ke tepi katil tu..
mau tak berdentum ke bawah..
dah menangis tengah malam nanti..
tapi Mak memang dah standby bantal.. :P

p/s : Masa nak tidurkan tu je bergelap tapi bila dah tidur bukalah balik lampu tu. Alhamdulillah setakat ini Haqq tak silau pun kalau tidur dalam terang.. :)

- Mak Haqq

Rabu, 9 Mac 2011

Haqq Ke Pesta Layang-layang Sedunia 2011

Assalammualaikum..

Orang lain semua dah buat entri mengenai Pesta Layang-Layang Sedunia 2011..
Mak baru sekarang nak bercerita..
dah lama gambar terperuk dalam draft..
maklumlah, kononnya sibuk.. :P

Ini merupakan kali pertama buat kami bertiga..
untuk menyaksikan pesta tersebut..
yang telah diadakan di Pasir Gudang..
pada 16 hingga 20 Februari yang lalu..

Tibanya kami di tempat parking kereta..
Mak dah nampak yang si Haqq begitu teruja sekali..
bila nampak layang-layang dari kejauhan..
tangan tu mula tunjuk ke arah langit..
sambil mulut pun bising.. :P

Terdapat pelbagai gerai yang didirikan..
kebanyakan gerai menjual layang-layang..
makanan dan minuman juga banyak dijual.. :)

Gambar pun tak banyak ambil..
sebab tak banyak layang-layang dinaikkan..
kerana tiada angin..
angin sepoi bahasa tu adalah.. :P

Dari pintu depan lagi dah nampak layang-layang :)

Muzium Layang-Layang
Masa Mak ambil gambar muzium, awan gelap pun dah kelihatan

Antara layang-layang yang dinaikkan pada hari itu.

Nasib baik Mak ni besar, bolehlah lindung Haqq macam ni :)

Ada pelbagai bentuk dan warna bola yang dijual.
Haqq pun dah rambang mata :P

Sudah tentu berada di Pesta Layang-layang
jadi banyaklah layang-layanglah yang dijual.

Ah perasan hensem..!!

Bergayut di pagar.

Bukan main khusyuk mereka berdua ni.

Angin tak berapa nak kuat, tinggi itu je yang boleh naik.

Pada mulanya cuaca amat panas..
tapi hujan pula di petang hari..
nasib baik kami semua sudah berada dalam kereta..
dan dalam perjalanan mengambil TokMak balik dari kerja..

Tahun depan kalau ada umur..
kita pergi lagi ya..
tak puas rasanya kita pergi hari itu..
Mak pun terlupa nak belikan Haqq sebuah layang-layang.. :(

UPDATE PADA 11:45am = Pesta Layang-layang Sedunia diadakan setahun sekali di Bukit Layang-layang, Pasir Gudang, Johor. Untuk keterangan lanjut sila layari laman web rasmi di http://www.kitefestpasirgudang.com/Default.php

- Mak Haqq

Lama Sudah

Assalammualaikum...

Mintak maaf kalau ada yang mencari dan menunggu cerita dari Mak..
cewah, macam ada je yang tunggu.. :P
dah seminggu rasanya tak berupdate blog dan FB...
gara-gara pertukaran jadual harian yang menjadi semakin ketat..

Disebalik pertukaran ini..
terdapat banyak berita kurang gembira dari gembira..
dan sekarang jadual harian telah menjadi longgar semula seperti biasa..
tapi Mak belum bersedia untuk berkongsi dengan semua orang..

Dan sebenarnya juga..
ada banyak cerita tentang Haqq ni yang Mak nak kongsi..
cuma Mak tak berkesempatan..
dan mood nak menulis tu hilang pergi mana tah.. :P

BerBW pun sekali imbas je..
niat nak tinggalkan komen pun..
tak terbuat... :(

Sekarang ni..
mood sudah kembali menjengah..
tapi dah lewat sangat ni..
mata rasa berat sangat...

Lebih lagi melihat si Haqq ni tidur..
bergolek ke sana ke mari..
dengan bau masam dia tu..

Selamat malam semua..
dan juga Selamat Hari Wanit ke 100 ye :)

Tunggu ya Haqq, Mak nak off lappy pusaka ni :)

p/s : Abah kerja malam minggu ni sebab itulah Haqq tidur awal.. :P

- Mak Haqq
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers