Isnin, 17 Mei 2010

tentatif kelahiran haqq - part 2

Assalammualaikum..

28.08.2009 (jumaat)

abah still tak tahu yang mak dah kene masuk wad malam tadi..
tokmak dan tokabah yang taknak abah susah hati..
padahal abah dah cakap kalau apa-apa terus telefon..
bukan apa..
kesian kat abah tu nak berulang memalam sensorang..
nanti tak pasal-pasal abah join sama masuk wad..(mintak dijauhkan)
lagipun tokabah,tokmak dan mokngah kan ada..
abah dapat tau pun masa sahur..(kot?)

dalam pukul 7pagi macam tu..
tokabah dan tokmak singgah hantar bakul makanan..
sebab mereka nak pergi pasar..
tokmak terpaksa cuti la sebab anak dia dah masuk hospital.. :P
dalam bakul tu ada air panas,milo,nestum,roti,pinggan,mug,bebuahan,sudu dan garfu..(banyaknya)
mak mana boleh puasa sebab nak makan ubat kan..
pihak hospital memang sediakan makanan..
tapi tak berapa nak sedap la kan.. :P
huhuhu..

abah datang lewat melawat mak sebab abah nak tidur dulu..
malam tadi kan abah kerja malam..
abah datang sebelum nak pergi solat Jumaat..
kesian abah risaukan mak..
(padahal mak sedih sebab kene tinggal dalam wad)
abah bawak makan tengahari yang tokmak masak..
ada nasi,sayur dan sup ikan merah..(nyum nyum)
abah tunggu dan temankan mak makan..
abahlah yang sediakan pinggan,buatkan air untuk mak..
sebelum abah balik tu sempat lagi kupaskan oren untuk mak.. :P
terima kasih by..!!
hy amat menghargainya..

mak ditempatkan di wad kelas 3 tapi makanan kelas 2..
guna pakai GL abah sebab abah kan ahli gomen.. :P
pada mak sama nya kelas-kelas ni semua..
tapi kelas 1 mesti special punya kan?
malas nak tinggal kelas 2 atau 1..
sebab takda orang pun..
mak ni penakut..!!!
kat kelas 3 ni ada ramai orang..
meriah la sikit..
boleh jumpa kawan baru kan.. :)

petang tu abah,tokmak,tokabah dan mokngah datang dan bawa makan malam pulak..
lauknya still sama cuma masih panas lagi..
macam biasa abah still sediakan semua..
(amboi manjanya)
bila dah tamat waktu melawat..
baliklah mereka semua..
ye la kan nak sesiap untuk berbuka pulak.. :P

lepas solat Terawih abah datang lagi..
abah bawak jemput-jemput udang baki buka puasa tadi..
tapi jumpa tak boleh lama dalam 10 minit macam tu..
sebab jumpa pun kat luar wad tu..
huwarghh..kejap lagi abah nak balik dah..
abah pesan kalau ada apa-apa cepat call..
dah la handphone buruk ni asyik habis bateri je.. :(
sebelum balik,ada sesi salam peluk cium..
huhuhuhu.. :P
sob..sob..menitik air mata ni sambil lambai abah balik.. :(
sedih sangat rasanya..
dahlah sindrom masa preggy ni tidur malam mesti ada bau tekiak abah.. :P

apa mak buat seharian bila bukan masa melawat..?
mak jenjalan sana sini..
sembang dengan mak-mak tu semua..
kami tukar-tukar makanan sesama sendiri tau.. :P
tu yang best nya.. :)
dah penat sembang,tidur la pulak..
huhuhuhu.. :P
sambil-sambil tu,mak sms dengan abah..
mak ni dari zaman bercinta sampai la sekarang masih bersms lagi.. :)

sepanjang hari Jumaat tu..
dari pagi sampai ke malam..
memacam ragam dan kes yang mak dapat lihat..
katil depan tu semalam kene admit..
hari ni dah bersalin..
ada tu baru je letak beg kat katil dah kena sorong bilik bersalin..
mak ni dari Khamis malam Jumaat sampai Jumaat malam Sabtu..
still tak bersalin lagi.. :(


cerita hari Jumaat dah selesai..
entri akan datang,cerita hari Sabtu pulak ye..
tunggu lagi la ye..

*mokngah cakap,mak bukan setakat minum air coke je..tapi siap minum air kelapa ais lagi...huhuhuhu.. :P

p/s : eh,tentatif memang la jadual..apa daaa .. :P

- mak haqq

2 ulasan:

Zaidah berkata...

cepat sambung citer tu...tak sabor nak tunggu..hehehe

abah dan mak haqq berkata...

muahahaha..
sy ceritakan tu apa yg saya alami..
rasa kelakar je..
panjang sangat..
terus direct macam tak beh :P

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers