Sabtu, 25 September 2010

masih beraya lagi ke?

Assalammualaikum..

wah,lama nya tak update..
selalu mak curi-curi online sekejap je..
tu pun buka FB sekejap dan singgah blog-blog yang lain sekejap..
sibuk sangat ke mak ni ek? :P

maklumlah masih dalam musim raya lagi..
mak busy bukan sebab beraya pun..
busy melayan tetamu yang bertandang ke rumah tokmak ni..

dalam masa yang sama, melayan si haqq yang turut jadi tetamu kalau ada tetamu yang datang..
ada satu hari tu, boleh pula dia ambil botol air curahkan ke lantai..
kemudian meniarap sambil jilat air kat lantai tu..

geram betul dengan haqq ni..
dah la buat di ruang tamu..
di hadapan tetamu yang datang beraya pula tu..!!

buat malu mak je haqq ni tau..
masa tu mak sedang sibuk di dapur menyediakan air..
abah pula belum balik kerja..
tok abah dan tokmak tentulah sedang bersembang dengan tetamu..

hihihihi..
mak tak malu mana pun sebenarnya..
cuma rasa nak pecah perut lihat gelagat haqq tu..
kalau masa tetamu tiada..
tak pula buat perangai macam tu..

cerita tentang raya..
entri yang lain la baru cerita ya..
sekarang ni mood nak cerita raya belum sampai lagi la.. :P

gambar raya pun tak banyak..
nanti mak akan share bila mood ada..
huhuhuhuh.. :P


sejak dah ada kaki ni,makin penat la abah dan mak tau :P

p/s : buat qistiena,aunty harap cepat la sembuh tu ya..papa kan dah nak balik dah tu :)

- mak haqq

Tiada ulasan: