Jumaat, 1 April 2011

Gunung Belumut, Kluang

Assalammualaikum..

Cerita kami ke Gunung Belumut ni..
sebenarnya berlaku pada bulan Februari yang lepas..
hampir berlumut gambar dalam draft..
itu yang baru buat entri ni.. :P

Ini merupakan kali kedua Haqq ke sungai..
masa kali pertama dulu..
Haqq ke sungai di kampung Abah..

Mulanya Mak ingatkan sungai yang kami nak pergi ni..
lebih kurang je macam di kampung Abah tu..
sebab Abah kata perjalanan ke sungai tersebut..
melalui kawasan perumahan rancangan Felda Ulu Dengar..
dan tanaman kelapa sawit..

Tetapi sangkaan Mak meleset..
tibanya di sana..
rupanya tempat ini telah dimajukan..
ada playground, kedai (tapi tidak dibuka) dan gerai-gerai kecil..
cuma Mak terlupa nak snap gambar..

Pintu gerbang ke Hutan Lipur Gunung Belumut

Perjalanan ke port kami

Sepanjang perjalanan ke port kami yang diketuai oleh kawan Abah..
terdapat banyak port yang boleh dijadikan tempat berkelah..
ini yang buat kami semua tak sabar ni..
lebih lagi si Haqq..
dari pintu masuk asyik sebut "Air" je..
terujalah tu.. :P

Banyak kemudahan yang disediakan..
tapak perkhemahan, bilik air, surau, tapak membuat aktiviti BBQ, gazebo..
serta tong sampah yang kelihatan di merata-rata..

Berkhemah di tepi sungai


Ada pangkin yang boleh kita duduk rehat macam keluarga tu..

Jambatan yang menuju ke hutan lipur

Ingat nak mandi di sini tapi airnya kelihatan dalam.

Bawa masuk, Bawa keluar

Pepohon yang menghijau

Laluan ke port kami

Itu dia port kami

Abah tak sabar dah nak rendamkan Haqq

Kawasan di sekitar port kami

Haqq sedang menyusun batuan untuk membuat empangan kecil
supaya takungan air di situ dalam.. :)

Air yang begitu jernih sampai nampak jelas kaki Haqq

Dah penat mandi berhenti makan

Kami bawa bekal dari rumah..
menu yang dibawa adalah nasi putih, ayam masak merah dan sayur kacang buncis..
Mak risau je kalau lauk tu semua tak habis..
tapi licin semua bekas makanan tu..

Kenapa semua makanan habis?
dah tu penat berendam dan melawan arus sungai..
jadi kelaparanlah semua..
bukan sebab masakan Mak sedap pun...
hahahahaha.. :P

Lain kali nak berkelah di sini lagi la ye Abah..
Mak tak puaslah sebab Mak tak mandi pun..
menyesal tak bawa baju lebih..
gara-gara Abahlah yang cakap sungai ni tak berapa dalam pun..
padahal boleh lagi mak menyelam tau..

p/s : Mokngah dan Mokcu balik cuti semester nanti kita pergi ek :)

- Mak Haqq

9 ulasan:

nanonano berkata...

syoknyeee..
pangkin dia cm bes je ley lepak ramai2 eh
xyah nk bwk tikar bagai dah


pandai yer haqq, susun btu byk2 bg air trkumpul ctu je :p

Fadilah R. berkata...

bestnye mandi sungai. sukeeee.

=MissRynn= berkata...

ko saje bg aku jeles kan.. huh!! x nak geng!

abah dan mak haqq berkata...

nano : memula abah dia yang buat.tu yang dia ikut tu.budak kan suka ikut apa orang buat.jangan ikut benda buruk sudah.isk mintak dijauhkanlah..

fad : kid pun suka tapi haritu mmg tak turun mandi pun.menyesal betul..

ina : nantilah kalau umur panjang kita piknik kat situ ramai-ramai ok :)

AinCepet berkata...

kak ti takot nengok air yg hijau tu...msti dlm gile an!!

Qaseh berkata...

Bestnye pegi berkelah...
Kan best kalo pegi berkelah reramai mcm time anakgadis dulu...hehehhe

http://blogqasehkita.blogspot.com

abah dan mak haqq berkata...

ain : hijau tu dalam kan..seram je kan..nampak tenang tapi nanti..isk..takutttt

fazilah : kalau kita tau tempat ni awal..mesti dah pegi kan..

Mommy Fara berkata...

eh, eh...tak tau pun kat kluang ade air terjun best mcm nie...sonoknye!

abah dan mak haqq berkata...

fara : tak sangka kan ada sungai macam ni..kid ingat sungai biasa je..
ada masa pergilah fara..best tau :)