Rabu, 6 April 2011

Pasar Tani Simpang Renggam

Assalammualaikum..

Pada pagi hari Jumaat Tragedi Di Bulan Mac..
kami telah ke Pasar Tani Simpang Renggam..
yang terletak di kawasan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Simpang Renggam..

Ini merupakan kali kedua Mak ke sini..
Haqq pula macam biasalah baru pertama kali..
Abah selalulah ke pasar tani ni kalau dia pulang kerja malam...
hehehehe.. :P

Bila sebut pasar tani ni..
kita semua tahu apa barangan yang dijual di sini kan..
jadi tujuan kami ke mari sudah tentunya mencari stok dapur..

Tapi kebetulan malam tadi hujan lebat..
jadi tak banyak gerai yang dibuka..
tidak seperti masa Mak datang dulu.. :(

Masa mula-mula sampai..
Haqq telah didukung oleh Abah..
yela ingatkan tempat penuh dengan pengunjung..
rupanya tak ramai yang datang lagi..
kami pun biarkanlah Haqq jalan sendirian.. :)

Abah, tunggu Haqq..!!!

Antara barang yang dijual di pasar tani

Bila si Haqq ni dah jalan sendiri..
boleh pula dia singgah di gerai yang menjual toys..
nasib baik dia belek-belek je toys tu..

Agaknya tiada toys yang memikat hati Haqq kot..
sebab tu agaknya lepas dibeleknya toys tu semua..
terus jalan ke gerai lain pula..
fuh, selamat duit Mak..
hahahahaha.. :P

Belek punya belek tapi tiada yang berkenan.

Dalam perjalanan ke kereta..
Haqq telah nampak sesuatu yang amat digemarinya..
terus dia tarik Abah ke gerai tu..

Untuk tidak menghampakan Haqq..
Abah pun belikanlah..
kononnya nak menggantikan toys yang Haqq tak berkenan tadi..

Sekurangnya ada barang untuk Haqq..
yang kami belikan sempena kali pertama Haqq ke pasar tani ni..
hehehehe.. :)

Agak-agak apa yang Haqq nampak tu?
sampaikan dia nak bawa sendiri sampai ke kereta..
nak tau kena tunggulah nanti ya.. :P

Biar Haqq yang bawa sendiri ya Mak

- Mak Haqq

3 ulasan:

Mommy Fara berkata...

amboi, saspen lagi? seronok sungguh haqq ye jln2 pasar tani....

tak ajak pun? =(

Zaidah berkata...

pandai haqq memilih yang berkenan aje....apelah agaknyer tu..

abah dan mak haqq berkata...

fara : ni tengah mood nak clearkan draft..hahahahah..tapi pasar tani ni tak besar macam shah alam punya..lenkali kita dating ek aydin :)

kak zai : hahahaha..kak zai kena tunggulah ek.. :P