Isnin, 16 Mei 2011

Bila Haqq Mula Menangis

Assalammualaikum..

Asyik tengok muka Haqq tersenyum tersengih je kan..
kali ini Mak nak tunjukkan muka Haqq bila menangis pula..
tak comel langsung kalau mamat ni menangis..

Selalunya bila masa Haqq menangis..
Mak tak sempat nak capai kamera..
tapi kebetulan masa kami mengikut Tok Abah dan Tok Mak ke Jb..
dapat pula Mak merakamkan aksi menangis Haqq ni.. :P

Pada masa tu Mak dan Haqq tinggal dalam kereta je..
sebab Haqq dah tertidur masa belum sampai destinasi lagi..
nak kejutkan dia kesian pula..

Kemudian tiba-tiba je Haqq bangun dan merengek..
bila Mak offer Haqq susu dan air..
Haqq tak nak siap tepis lagi tangan Mak..
dari merengek sikit-sikit terus teriak menangis..

Mak nak dukung dan peluk Haqq..
sebab nak pujuklah si Haqq ni..
itupun Haqq tak nak juga..

Naik pening juga kepala Mak ni ..
memikirkan apa yang Haqq nak sebenarnya..
menangis macam kena pukul bantai..

Bila semua tak nak..
Mak pun biarkan Haqq menangis pepuas..
nanti kalau Haqq dah penat..
diamlah dia tu nanti.. :P
(dalam hati sedih juga sebab biarkan macam tu)




Betul sangkaan Mak..
yang Haqq akan berhenti menangis sendiri..
TAPI untuk seketika sahaja.. :P

Bila Mak tanya Haqq, "Dah?"
berikutan Haqq dah berhenti menangis tadi..
terus Haqq sambung menangis semula...

Mak pun terus Off kamera dan offer susu tadi..
dengan pantasnya Haqq menyambar botol susu tu..
dan minum dengan lajunya.. :P

La, nak susu rupanya si Haqq ni..
tadi Mak offer kamu tak nak..
agaknya dah kehausanlah tu..
sebab menjerit masa menangis tadi..

Mak pun pangku, peluk dan cium Haqq semasa dia menyusu tu..
alahai kesiannya anak Mak ni..
menangis sampai bengkak mata..
hidung pun dah tersumbat dengan hingus meleleh..

Maafkan Mak ya Haqq sebab biarkan Haqq tadi..
bukan Mak tak nak pujuk kamu pun..
tapi Haqq yang jual mahal tadi..

Tentu ibu-ibu semua pernah mengalami situasi yang sama macam Mak kan..
agaknya macam mana ibu-ibu semua..
mengatasi anak-anak yang merajuk tak tentu pasal macam Haqq ni?
nanti kongsilah dengan Mak ya,, :)

p/s : Selamat Hari Guru kepada semua pendidik di Malaysia :)

- Mak Haqq

8 ulasan:

Mommy Fara berkata...

kid, comel sgt entri nie...comel gile muke haqq ms nangis...aydin pun sama mcm abg haqq...jual mahal pastu menangis mtk perhatian....eii, notty!

nanonano berkata...

hehehe mak haqq ni nakal tao,
ehh btw nape muke haqq cm luke2 tuh?
na ade trlepas episod kah?

wardah berkata...

Haq nak susu rupanya. Kid, next time jumpa k.

misha.w berkata...

beriye2 sgt haqq nanges. mcm kesian tp kid mmg berhati kering. cayalah. hehehe

aizamia3 berkata...

alah tu biasa..
penah gak buat macam tu.. dia baru sedar mamai lagi.. nak marah pun tak boleh.. tapi tak boleh biarkan lama2 sebab nanti confirm muntah... nasib baik Haqq tak muntah, kalau tak satu keje nak bersihkan kete.. hikhikhik..

abah dan mak haqq berkata...

fara : aydin pun notty ek..eee meh aunty pelok kekuat nak.. :P

na : oh yang tu kid tak ceritakan kat memana pun.asalnya bintat nyamuk.tapi jari haqq yang terlebih rajin mengutis sampai terluka.. :(

fie : isnyaAllah ya..kalau ada jodoh kita bertemu :)

misha : hahahaha..sebab dia dah besar tu yang kid keringkan hati tu..kalau layankan sangat nanti manja pulak.. :P

aizamia : kan bila dah nangis macam tu bebuat muntah plak dia..sengaja nak suruh mak dia buat keje lebih :P

Fadilah R. berkata...

bersungguh-sungguh nangis nampaknye.

kalau imaan pun kita biarkan je dia nangis jap smpi dia penat baru pujuk balik. hehe.

NURUL JAMIAN berkata...

haqq nangis tetap comel tau