Jumaat, 28 Disember 2012

Tentatif Kelahiran Malaeka - Vol 1

Assalammualaikum..

Pejam celik dah sampai penghujung 2012 kan..
Minggu depan je tu...
Tak sabar rasanya nak melangkah ke tahun baru.. :)

Sebelum masuk tahun baru ni..
Mak ceritakan dulu sedikit pengalaman melahirkan Malaeka ya..
Bukan apa..
Bila Mak dah mula menaip seperenggan dua je..
Terus mati idea..
Nampak sangat hilang mood untuk berblogging macam dulu kala..

Bukan Mak seorang saja yang macam ni kot..
Kebanyakan kawan Mak yang dah ada 2 orang anak pun macam tu juga..
Kan kan kan?
Hihihi.. :P

Oleh kerana Haqq dilahirkan secara C-ser..
Dengan automatiknya Laeka perlu dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru..
Di Hospital Pontian ni tiada doktor pakar untuk kes macam Mak ni..

Pada check up minggu terakhir sebelum due date..
Mak telah disuruh untuk check up dengan doktor pakar di HSA..
Ini adalah kerana baby kecil sangat dalam perut..
Doktor di Hospital Pontian mengagak berat baby bawah 2 kg.. :(

Nak scan di Hospital Pontian, tiada mesin scan khas pula..
So kena rujuk dengan pakar di HSA lah tu..
2 kali Mak ke sana untuk check up..

Semasa check up di HSA..
Doktor ada bekalkan ubat untuk disuntik bagi mematangkan peparu baby..
Mak perlu bersalin sebelum atau pada tarikh due date..
Jika Mak lebih hari..
Berkemungkinan besar Mak dipaksa bersalin.. :(

Mak diberi pilihan samada untuk bersalin secara normal ataupun C-ser..
Dan sememangnya Mak pilih untuk bersalin secara normal..
Teringin tau Mak nak rasa bersalin normal ni.. :)

Doktor cakap ada 2 sebab mengapa baby kecil..
Samada kerana genetik keluarga..
Ataupun kekurangan sumber makanan..
Alhamdulillah, baby sihat dan membesar dengan sempurna cuma bersaiz kecil sahaja..
Haqq pun dulu hanyalah 2.3kg je :P

Dan untuk pengetahuan semua..
Sebenarnya Mak dah check in dulu di HSA selama 3 hari 2 malam..
Bermula dari 28hb Feb hingga 01 Mac..
Tapi disebabkan Mak tak sakit, tiada tanda kontraksi dan bukaan sepanjang 3 hari tu hanyalah 2 cm sahaja.. :(

Punyalah beria berkampung di HSA tapi tak bersalin juga Mak ni..
Katil sekeliling semua dah bersalin dan berganti orang..
Agak sedih juga Mak ni..
Lebih lagi bila mengenangkan Haqq kat rumah tu..

Pada malam hari Mak discharge tu..
Mak langsung tak dapat tidur nyenyak sebab sudah mula  rasa sakit..
Kemudian Mak teruskan kejutkan Abah..
Memang seminggu tu Abah sudah mula cuti..

Lepas kejutkan Abah..
Mak mandi dan siapkan diri sebelum ke HSA semula..
Menangis lagi bila cium Haqq yang sedang lena tidur..
Lepas salam peluk cium dan minta maaf pada Tok Abah dan Tok Mak..
Berangkatlah kami ke HSA dalam jam 3 pagi macam tu..

Eh dah panjang ni..
Nanti Mak sambung semula ya..
Bila tu Mak tak pasti lah pula..
Hehehehe..
Tunggu ya :)

2 ulasan:

Marlina Mastan berkata...

ala kid ni...nape tak abeskan...
tengah syok2 bace sekali bersambung daa...

Maria Rajab berkata...

ala mak sambung cepat