Isnin, 5 April 2010

kenapa pilih hulk?

Assalammualaikum..

dah 4 bulan blog ni ada..
haqq pun dan 7 bulan..
tapi tak cerita pun macam mana dapat nama haqq..

huhuhu..
oklah kali ni nak bercerita pulak..
cerita macam mana dapat nama si masam tu..

masa memula dapat tau mak pregnantkan baby boy..
mak dan abah suka sangat..!!!
kebetulan kami memang nak anak lelaki utk anak pertama ni..

masa tu dah mula la nak cari nama yang best-best..
mak dan abah nak nama yang unik dan moden tapi mempunyai makna yang baik..
permulaan nama mesti ada Muhammad..

tapi lagi, tak nak la nama pepanjang sangat..
sebab nama abah pun pendek..
Asrin je.. :P

puas la survey dalam internet..
lepas tu dapat la nama Hadif..
yang bermaksud Yang Mempunyai Matlamat..

lain kan dengan nama haqq sekarang..
lama jugak panggil haqq, Hadif..
sampai kandungan tu 6bulan ++ rasanya..

lepas tu dapat tau rupanya anak jiran depan pun nama Hadif..
apa lagi kensel terus la nama tu..
tak nak la nama sama.. :P

survey lagi jumpa la dalam Nama Mulia Bayi Islam..
jumpa la nama haqq kat situ..
memang sengaja pilih 'H' sebab senang nak sebut..


tu dalam bulatan tu..
yang nombor #86..
Haqq maksudnya Kebenaran..

rasa macam comel je nama haqq ni..
sebab ada 2 huruf 'Q'..
Muhammad Haqq..

tapi si makngah cakap macam tak sedap nak sebut..
macam kelakar je nama si masam ni..
makngah cadang letak Nur kat depan Haqq tu..

so kami pun bersetuju tambah Nur..
Muhammad Nurhaqq bin Asrin..
maksudya Muhammad tu Penghulu..
Nurhaqq plak maksudnya Cahaya Kebenaran...

yang ni plak survey kat wikipedia tu..

tak kisah la nak panggil apa..
hulk hogan ke..
incredible hulk ke..
janji maksudnya kebenaran..

alhamdulillah..
baby yang keluar ikot perut ni..
memang baby boy..

tapi kalau keluar baby girl pun takpe..
semua anugerah Allah..
nama baby girl pun dah dipilih jugak masa tu..

yepla mana tau..
sekali keluar girl kan..?!
korang takyah tau la apa nama baby girl ek..

tak suprise la nanti..
sekiranya haqq nanti dapat adik girl..
korang dah tau nama dulu..

bila haqq nak dapat adik..?
hahahahahahaha...
tungguuu....... :P


Muhammad Nurhaqq bin Asrin ( Penghulu Cahaya Kebenaran )
31hb Ogos 2009, 4.17 pg

p/s : amboi panjang berjela pulak..lain kali la citer detik-detik nak bersalin.. :P

- mak haqq

3 ulasan:

Rinzaru berkata...

boleh pulak main tukar-tukar nama. haha!

Siti berkata...

sedap nama Hadd tu. lain dari yg lain.

abah dan mak haqq berkata...

rene : nak tuka macam nama ko tak bule..

kak siti : haqq le..bukan hadd.. :P

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers