Jumaat, 14 Mei 2010

tentatif kelahiran haqq - part 1

Assalammualaikum..

27.08.2009 (khamis)

khamis malam jumaat tu..
tokmak masak mee goreng basah yang memang kegemaran aku..
masak untuk berbuka puasa..
makan punya la tak ingat sampai 3 kali tambah..
minum plak dengan air coke..
huhuhuh... :P
tapi tak banyak yep sebab dikawal ketat oleh abah..

lepas berbuka, abah dah kene pergi kerja..
abah kene duty di Hospital Kluang jaga pesalah yang kene tahan wad..
sejak dari awal bulan 8 lagi abah dah tukar jadual untuk berkerja siang sahaja..
sebab abah nak ada disamping mak setiap malam..
tapi malam tu plak orang merayu abah ganti kawan dia yang MC..
sedih sangat mak malam tu..
abah siap buat lawak lagi..
"awak tu jangan pulak masuk wad bila saya kene jaga wad ni"

dalam pukul 11 lebih..
mak "po po" sebelum nak tidur..
mujurlah tandas atas adalah tandas duduk..
kalau tak jenuh lah nak cangkung dengan perut besar ni..
bila hampir selesai "po po"..
tiba-tiba mak rasa senak sangat..
bisa sangat kat ulu hati tu..

bila dah cebok semua..
mak muntah pulak sampai terduduk..
dah tak boleh bangun dah..
sebab makin bisa..
tangan mengigil dah..
mak jerit la panggil tokmak dan tokabah..
mujur ada mereka semua..

tokmak tanya dah nak bersalin ke?
tapi mak rasa macam tak pulak..
sebab tak keluar tanda pun..
tokmak call toktimah untuk tanya pendapat..
sebab toktimah juruwarat yang dah lama bekerja..
toktimah nasihatkan supaya mak dibawa ke Hospital Pontian juga malam tu..

masa bersiap nak ke hospital..
sakitnya macam dah berkurangan la pulak..
sebab tokmak dah bubuh minyak kat dada dan perut mak ni..
ingat macam tak nak pergi hospital..
tapi toktimah marah sebab jangan lengahkan..
lagipun due dah dekat..

mak pun gagahkan juga hati dan perasaan ni..
lepas salin baju pakai kain batik..
tokabah dan tokmak hantar mak ke hospital malam tu jugak..
bila sampai emergency..
mak terus diperiksa dan masuk air sebotol..
kan betul kena bisa ulu hati sebab banyak sangat makan..
mee kuning kan banyak kapur..
belom campur lagi dengan air coke tu.. :P
tapi siapa boleh tolak mee goreng basah tokmak kan
mokcu.. :P

lama jugak tokmak dan tokabah tunggu kat ER tu..
dalam pukul 3 pagi macam tu..
doktor beritahu yang mak kena tahan ke wad bersalin..!!!
masin mulut abah tu... :(
dah kene tidur kat hospital...
lepas dah dapat katil tepi tingkap..
tokmak dan tokabah nak balik dah..
sebab dah nak masuk waktu sahur..
sedihnya rasa kene tinggal sensorang..

eh panjangnya entri..
part 2 akan menyusul nanti..
tunggu la yep.. :P

p/s : tentatif seh..dah macam jadual dah pulak.. :P

- mak haqq

3 ulasan:

Siti berkata...

tunggu ni sambungan..hehehe

pinkishblue berkata...

ini lah namanye pengalaman sepanjang hayatt

abah dan mak haqq berkata...

kak siti : tunggu la ek..

zakiah : indah sangat :))

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers