Selasa, 18 Mei 2010

tentatif kelahiran haqq - part 3

Assalammualaikum..

29.08.2009 (sabtu)

dah hari Sabtu dah ni..
mak still tak bersalin lagi..
tanda-tanda pun takda..
apatah lagi rasa sakit tu semua.. :(
makan ubat sudah..
masuk ubat pun sudah..
isk apa lagi la ni ek..

dalam pukul dalam lebih kurang 5pagi tu..
mak ke toilet untuk "shi shi"..
dah selesai tu mak ke katil la semula..
mak duduk kat birai katil sebab nak minum air..
kemudian mak berdiri sekejap untuk renggangkan kaki..
maklumlah jalan sikit dah mengah.. :P

masa mak bangun tu, mak sempat la toleh kat atas katil..
mak nampak macam ada tompok air..
macam bila kita cebuk tak bersihkan betul-betul..
mak panggil la nurse untuk periksa air apa tu..
nurse cakap maybe air ketuban..
kemudian nurse mintak mak standby kat bilik rawatan tu..
disuruhnya mak baring atas katil..

dengan menggunakan sebatang cotton bud (ke?) yang panjang..
(taktau nama alat tu tapi bentuknya macam cotton bud)
nurse masukkan dalam private part mak..
then cotton bud tu bertukar warna..
(tak berapa nampak warna apa sebab nurse tu terus buang)
bila diperiksa memang betul air ketuban dah pecah..
tapi masa kat toilet tadi takda pulak bunyi pop ke atau tanda lain..
maybe ketuban mak dah bocor kot..
then nurse bekalkan pad untuk mak sebelum mak sambung tidur lagi.. :P

dalam pukul 7pagi (kot?)..
mak bangun la mandi sesiap sebab doktor nak datang check..
masa mandi pun takda tanda darah atau air pada pad tu..
semalam mak ada tanya nurse bila mak boleh discharge..
nurse bagitau kalau takda apa-apa komen dari doktor hari ni boleh discharge.. :)
wah,rasa happy sangat sebab malam ni dah boleh tidur dengan abah..
dah 2 malam tidur tanpa bau tekiak abah.. :P

tunggu punya tunggu..
sampailah turn doktor check mak pulak..
setelah sesi soal jawab berlangsung dengan tanpa ragu-ragu..
bila mak takda rasa sakit nak bersalin dan sakit pedih ulu hati pun hilang..
doktor telah membenarkan mak balik..!!!
hip hip horay..!!!!
terus sms abah bagitau boleh ambil lepas waktu lunch..
so tak payah la abah bawak bekal hari ni..
(abah ambil cuti sebab kononnya wifenya dah nak bersalin)

lepas lunch tu abah pun sampai..
sebelum balik tu bersalam-salaman dengan mak-mak yang lain..
ada juga yang tak boleh balik..
jangan jeles ek mak-mak yang kene tinggal tu.. :P
akhir sekali mak bersalaman dengan nurse-nurse dan nurse praktikal..
mak ucap terima kasih sebab menjaga mak dengan baik..
tapi ada la seorang nurse praktikal tu pesan apa tau..
"selamat balik kak,malam karang jangan kene admit semula sudah yep"

ceit..dengki la tu..
huhuhu..nasib baik la mak tak kecik hati.. :P
baliklah mak dengan hati yang gembira..
sampai rumah makan dulu sebelum bercerita pengalaman kat hospital..
masa makan macam biasala abah jugak yang sediakan.. :P

oklah mak pendekkan cerita sampai lepas berbuka puasa ek..
dalam pukul 8malam macam tu..
mak ajak abah dan mokngah pergi Billion saja jenjalan konon cari barang raya..
(abah skip Terawih sebab nak temankan wifenya yang gemot ni)
dalam mengah-mengah tu sempat pulak tawaf stu Billion..
eleh,bukan besar sangat pun.. :P

huhuhu..
bila dah siap pepoya tu..
balik la rumah, dah tu nak kemana lagi kan..
ye ye, malam ni dapat tidur bau tekiak abah.. :P
masa tengah sesiap nak masuk tidur..
tiba-tiba....

korang tunggu la part 4 pulak ye..
panjang dah ni..
nanti bosan pulak... :P

p/s : tahukah anda bahawa tarikh di atas adalah tarikh mak dijangka bersalin..?!

p/s/s : tarikh di atas juga tarikh lahir mama na'il.. :)

- mak haqq

3 ulasan:

rahiza berkata...

kid, lambatnya nak boleh meletup

ain berkata...

cit hampeh metoi kak ty neh...udoh le tulisannye kecik...bersungguhan ler bace...ade smbungan lar puloP

abah dan mak haqq berkata...

mama raisha : huhuhuhu..banyak cobaan seh..

ain : hehehe..kene la tunggu ek.. :P