Rabu, 19 Mei 2010

tentatif kelahiran haqq - part 4

Assalammualaikum..

30.08.2009 (ahad)

tiba-tiba handphone abah bunyi..
bila dah selesai sembang,abah terus meluru ke arah mak..
"awak kene tidur hospital lagi malam ni tau"
"doktor terlepas pandang.awak mana boleh keluar hospital lagi sebenarnya"

huwaghhh..!!!!
terus mak nangis guling-guling atas katil tanak masuk wad semula.. :(
lama jugak abah pujuk mak suruh pergi hospital semula..
tokmak susah hati tengok mak macam tu..
lama-lama kene makan pujuk abah..
mak mandi bersihkan badan dulu..

bila sampai hospital nurse dah standby depan pintu wad..
kat tangan tu dah ada ubat dan handphone lagi untuk call semula..
nurse dah cuak sebab lama sangat baru sampai hospital..
rupanya doktor yang check mak tu doktor baru pindah..
dia tak perasan pada laporan tu ada tulis waterbag mak dah bocor..

sesi melambai dengan air mata berjurai-jurai pun terjadi masa abah dan tokmak balik..
sedih sangat amat sangat sebab malam ni tak dapat tidur dengan abah.. :(
bila mereka semua dah balik mak kembali ke katil..
kemudian nurse suruh mak pergi bilik rawatan untuk check bukaan ehem ehem..
ini bermakna mak akan kena seluk..!!!!
berdebar jugak kene seluk kali pertama ni..
memula macam malu segan semua..
tapi nurse tu buat dengan sopan dan lembut..
nasib baik tak sakit..
cuma baru buka 1cm.. :(

nurse bagi makan ubat sebelum tidur..
ubat tu nurse cakap untuk cepatkan progress bukaan tu..
tapi kalau sampai pagi pun mak tak bersalin lagi..
mak akan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA)..
pagi tu nurse gerak suruh mandi sesiap untuk dibawa ke HSA..
mak bagitau abah yang mak kene pegi HSA..
tapi abah tak dapat naik ambulans teman mak sebab nurse cakap dah lewat..
merasa jugak naik ambulan ni ek.. :P

sudahnya abah singgah Hospital Pontian ambil barang mak untuk dibawa ke HSA..
abah cakap masa nak keluar rumah terserempak dengan tokmak yang baru balik pasar..
tokmak tidak terkejut bila dapat tahu yang mak kena hantar ke HSA..
sebab dia dah agak dah case mak akan dirujuk ke HSA..
naluri seorang ibu kan.. :P
tokmak pun ikut abah sekali ke HSA..

sampai di HSA dalam pukul 9pagi macam tu..
kemudian mak dibawa terus ke Bilik Saringan (BS)..
kene check macam check bulanan tu..
then mak diseluk lagi dan baru buka 2 cm..
oleh kerana Bilik Bersalin (BB) penuh, mak tunggu kat depan bersama tokmak dan abah..
sekejap-sekejap masuk utk CTG..

kesian tokmak dan abah kene tunggu mak lama..
bila tengahari tu mak makan nasi ayam yang abah tapau kat bawah..
lepas makan nurse panggil kena masuk dalam BS..
tinggalah mereka berdua kat depan..
masuk BS terus masuk air dan check CTG..
dari Hospital Pontian sampai HSA, mak masih takda rasa sebarang kontraksi pun.. :(

jam pun dah pukul 3 macam tu..
mak rasa dah lemah sangat badan ni..
rasanya masa tu lah mak kene induce..
dah induce barulah rasa sakit tu ada..
bergegar jugak katil tu..
sekejap peggang tiang air tu..
sekejap pegang katil..
mak nak abah tapi tak dibenarkan masuk.. :(

bila check bukaan baru 5cm macam tu..
dah pukul 5ptg pun mak masih tak bersalin lagi..
sakit tu macam biasa la bagi orang yang nak bersalin ni..
mak request nak jumpa abah dan tokmak..
itupun nurse cakap tak boleh.. :(
bukan apa mak nak suruh tokmak balik dulu kesian tunggu mak dari pagi tadi..
dahlah puasa tak cukup tidur malam tadi asyik teringatkan mak ni..

tapi nasib baik ada nurse tu panggilkan mereka sekejap..
jumpa sekejap je jadila..
salam peluk cium tokmak dulu..
mana tau masa tokmak dalam perjalanan balik tu,mak bersalin kan..
tokmak balik dengan mokngah dan tokabah yang datang tadi petang..
abah tak balik la sebab nak tunggu mak..
tapi tak boleh teman mak dalam BS tu..

tinggallah mak seorang diri kesakitan tanpa abah..
sedih sangat sebab tengok pengalaman mak-mak lain..
kebanyakan mereka semua ditemani suami masing-masing..
kesian abah penat menunggu kat luar..
abah berbuka pun seorang diri.. :(

dah malam ni pun mak masih tak bersalin lagi..
setiap kali check bukaan masih lagi 5cm dan 6cm je.. :(
result CTG tak berapa nak cantik dah..
sampaikan ujian CTG melalui bawah pulak..
nurse kata wayar CTG tu akan dilekatkan atas kepala baby..

dah la abah tak boleh teman mak..
mak dapat jumpa abah sekali tu je petang..
jam kat atas kepala katil mak dah pukul 10malam..
masih lagi bukaan yang sama..
dalam hati mak ni terdetik yang baby mesti nak jadi Merdeka Boy.. :P

masa sakit tu mak tak nangis pun..
memang ajaib rasanya sebab mak boleh bertahan daripada menangis..
dalam masa sakit juga mak berdoa agar dipermudahkan bersalin..
mak menganggap bahawa sakit mak ni semua merupakan pencuci dosa-dosa mak..
mak redha dengan ketentuan Allah sekiranya mak terpaksa C-sec..

hiks..
korang kene tunggu part 5 pulak yep..
jangan marah ek.. :P

p/s : abah cakap masa dia tunggu kat luar tu,ramai dah mak-mak dah keluar bawak baby masing-masing.yang baru masuk pun dah keluar..tapi wifenya tak keluar-keluar dari petang tadi.. :P

- mak haqq

7 ulasan:

qidzizie berkata...

best gile cite ko...mcm baca novel..**standing ovation**...keep it up yaa...

pinkishblue berkata...

siap makan nasi ayam.. nak makan sodap aje... hihihih

haqq yg tak mao kuar sebab taknak sambut bday ngan aunty zack hihihihi

abah dan mak haqq berkata...

fazila : hahahaha..ni story setiap detik aku lalui dan apa aku rasa pada masa tu...saja biarkan korang tertunggu.. :P

mama nail : jgn taktau..aku punya selera besar beb..

haqq nak kuar kat hospital besar la zakiah..ngade..

puterikurekure berkata...

hehehe. betul kata qidzizie tu. macam baca novel. cepat2 update eh.
:)

NURUL berkata...

wow entry ni panjang weiii. nurul baca sikit-sikit dulu takut boss masuk. hihihi.


nurul nak simpan link awak. nama awak apa mak haqq?

abah dan mak haqq berkata...

mama khalish : dah nak abeh dah ni.. :P

abah dan mak haqq berkata...

mama raina : mau tak panjang..apa yang sy rasa masa tu kita tulis jugak..huhuhuhu..:P

panggil kite kid ok.. :)
nama penuh nak jugak ke..?