Isnin, 14 Jun 2010

haqq demam lagi

Assalammualaikum..

hari ni haqq demam lagi..
kali ni agak teruk sikit dari yang lepas..
buat mak susah hati ni.. :(

pagi tadik dalam 4am..
mak terjaga macam yang lepas..
rasa dahi haqq dah panas dah...

terus ketuk pintu bilik mokngah dan mokcu..
ajak mokngah teman turun bawah kejap ambil cool fever..
terus tampalkan kat dahi haqq..

ni pagi tadi la ni...

pipi kena geget semut malam kelmarin.. :(

dah pergi klinik pun pagi tadi..
doktor pun cakap memang sekarang musim demam..
kesian haqq dan kawan-kawan kalau demam macam ni.. :(

demam kali ni haqq asyik nak dukung je..
tapi nasib baik tak menangis teriak semua..
nenek midah cakap haqq demam nak ringankan badan..
yela,ringan badan nak jalan..
harap-harap macam tu lah.. :)

sekarang panas haqq macam dah kurang sikit..
tidur pun dah kat bawah..
tak didukung macam siang tadik...

baru je mak ambil je ni..

alhamdulillah,tidur pun dah lasak semula.. :P

haqq sayang..
besok haqq tinggal dengan abah dan mokcu ek..
mak nak pergi kerja..
nanti mak sentiasa call abah untuk tau keadaan haqq..

p/s : meh semua demam tu kat mak meh.. :)

- mak haqq

7 ulasan:

Hannah Johary berkata...

Demam 4pagi?

Macam pakat ngan Myiesh je ni. Hehe.

Get well soon, Haqq. Kesian pipi kena gigit semut. :(

KAK RAINBOW berkata...

musin ni kid. hrp haqq cpt sembuh ye

Zaidah berkata...

alah ciannyer....makan ubat yer haqq...

pinkishblue berkata...

siannn haqq... get well soon k

rahiza berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
rahiza berkata...

kesian haqq demam. mari sama² doa mintak dijauhkan sebarang penyakit. cousin raisha baru² nih suspect H1N1, takutnya dengar! sekarang nih kena tahan masuk wad. risau betullah dengan gelombang H1N1 nih :(

get well soon haqq!

abah dan mak haqq berkata...

hannah : la myiesha pun demam jugak ke?alahai kesiannya.. :(

nurul : hopely raina tak demam ye..

kak zai : firas dah ok?

zakiah : nasib baik rafiq dah po po dah kan..

iza : bab sakit lah aku paling risau kalau kene kat budak umur macam anak-anak kita ni..

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers