Selasa, 31 Ogos 2010

31 Ogos 2009

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 53 tahun untuk Malaysia...
"Tanggal 31 ..bulan 8,57....hari mulia...hari yang bahagia..." Sememangnya bila tiba bulan Ogos sahaja, lagu ini pasti terukir di bibir setiap rakyat malaysia..mana tidaknya masa untuk menyambut hari yang cukup istimewa buat semua rakyat Malaysia..bebas dari dijajah dan berdiri atas kaki sendiri...sememangnya walaupun kebanyakan daripada kita lahir selepas merdeka tetapi dalam setiap jiwa rakyat malaysia sememangnya ada perasaan gembira bercampur hiba mengenangkan perjuangan dan pengorbanan untuk menuntut Kemerdekaan....

Tapi hari ni abah haqq taknak cerita pasal Kemerdekaan Negara..tetapi ingin berkongsi pengalaman yang cukup manis dan pahit dalam menempuh satu lonjakan dalam kehidupan..
Ini merupakan pengalaman yang cukup berharga dan sememangnya akan dilalui oleh setiap insan yang bergelar seorang suami apabila gelaran "suami" bertukar kepada "ayah" @"bapa"dan yang sewaktu dengannya....

Hari ini genaplah Setahun umur Muhammad Nurhaqq Bin Asrin..seorang bayi yang dilahirkan pada 31 ogos 2009..memberikan satu anugerah yang cukup berharga..tidak dijual dimana2 pasaraya diseluruh negara...terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada mak haqq Nurul Hayaty Bt Md Mohpty kerana melahirkan seorang bayi lelaki yang cukup sihat dan cukup sifatnya..alhamdulillah kepada yang maha Pencipta kerana memberikan satu lagi kehidupan di atas muka bumi-Nya ini..

Pengalaman yang cukup mendebarkan apabila saat menunggu masa kelahiran seorang insan yang bergelar manusia ke atas bumi ini. Masa itu tiada apa yang difikirkan di kotak pemikiran selain tentang isteri dan anak yang bakal dilahirkan...perasaan gembira bercampur resah...apapun sentiasalah berdoa dan berzikir memuji keagungan Yang Maha Esa....memohon kepadaNya memberikan semangat dan kekuatan kepada seorang ibu yang bertarung nyawa untuk melahirkan satu nyawa..walaupun cara kelahiranya tidak seperti normal, abah haqq tidak pentingkan semua itu yang penting mak haqq dan haqq selamat...Syukur Alhamdulillah...

Genap Setahun Muhammad Nurhaqq memberikan abah haqq seribu pengalaman yang berharga..melihat seorang anak membesar memberi kebahagian kepada sebuah keluarga..walaupun si haqq nie kecik tapi alhamdulillah haqq nie tak banyak ragam..kadang2 tu biasalah...namapun budak...apapun abah tetap sayangkan haqq dan mak haqq tau..

Disini abah ingin mengucapkan..."Selamat hari lahir"..."Selamat hari lahir".."Selamat hari lahir muhamaad nurhaqq"... "Selamat hari lahir..

Alhamdulillah abah haqq cukup bersyukur mempunyai sebuah keluarga yang bahgia..semoga ianya kekal untuk selama-lamanya..

Akhir kata Kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri...kepada semua umat Islam di seluruh dunia amnya dan di seluruh Malaysia Khasnya..



-abah haqq-

2 ulasan:

abah dan mak haqq berkata...

terima kasih suamiku kerana setia menunggu isterimu dengan sabar..

love you so much.. <3

A MOTHER berkata...

love it!
selamat hari raya utk family Haqq, semoga kalian kekal bahagia ke akhir hayat. Aminn..

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers