Rabu, 18 Ogos 2010

mungkin salah satu sebabnya kot..?!

Assalammualaikum..

kelmarin masa tokmak kemas almari dapur..
tokmak terjumpa akar fatimah nek hendom..
alhamdulillah..
jumpa jugak akhirnya..

dah setahun akar tu dalam almari dapur..
puas kami cari tapi tak jumpa..
ingatkan dah terbuang..

bila dah jumpa tu..
terus pulangkan semula pada nek hendom..
bagi sesiapa yang tak kenal siapa nek hendom tu..
beliau adalah babysitter mak masa kecil dan juga merupakan babysitter haqq tau :)

seperti yang sedia maklum..
haqq dilahirkan melalui c-sec..
kalau nak tau pengalaman bersalin mak..
rujuk semula la tentatif kelahiran haqq 1,2,3 dan 4.. :P

pada pendapat mak la kan..
mungkin salah satu sebab mak kena c-sec adalah kerana akar fatimah ni..
eh mak tak salahkan pun akar fatimah ni..
cuma kesilapan menyimpan air rendaman akar fatimah ni je..

akar fatimah yang tokmak rendamkan sejak awal mak dimasukkan ke wad di Pontian lagi..
memang dah kembang sekembang-kembangnya bila direndam..
cuma silapnya bila dah minum air rendaman tu...
mak terus tutup bekas minuman tu.

ini lah rupa akar fatimah sebelum direndam..

bekas air inilah digunakan untuk merendam akar fatimah tu..

rupa akar fatimah bila dah kembang.sumber gambar dapat dari sini bila digoogle :)

rupa-rupanya..
kita tak boleh tutup bekas minuman tu..
orang tua-tua cakap bila kita tutup..
jalan pun tertutup juga..
walaupun akar fatimah dah kembang..

patut la mak kene c-sec..
mak ada dengar nurse cakap masa dia periksa tu..
haqq masih jauh lagi..
haqq tak jumpa jalan keluar la ni agaknya.. :(
alahai kesiannya anak mak ni..

sepatutnya dibuka begini..


bukan ditutup begini..

cerita yang mak kongsikan ni..
terpulanglah pada diri masing-masing untuk mempercayainya atau tidak..
kalau dari segi sains lain pula puncanya..

walauapapun mak tetap bersyukur sangat..
sebab semuanya telah selamat..
akar fatimah ni kan alternatif lain untuk memudahkan kita bersalin.
mak anggap mak takda rezeki untuk bersalin secara normal kali ini..
mana tau rezeki adik-adik haqq pula kan..?! :P

p/s : sempat pesan pada nek hendom nanti nak pinjam lagi.. :P

- mak haqq

4 ulasan:

Zaidah berkata...

bila haqq nak dapat adik

KAK RAINBOW berkata...

bole percaya ke kid? ohh nurul dulu minum air doa dr seorang ustaz tu yg buat kan.

abah dan mak haqq berkata...

kak zai : lambat lagi la..

nurul : hiks tah le..kebetulan je kot :P

abah dan mak haqq berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers