Isnin, 6 Disember 2010

Anak Jerung Berkaki Dua

Assalammualaikum..


Inilah anak jerung berkaki dua.. :P

Anak jerung ni mula-mula takut jejak pasir..
jakunlah tu sebab agaknya rasa pelik dan geli..
ada benda melekat bawah tapak kaki tu... :P

Sebenarnya ini kali kedua Haqq ke pantai..
yang pertama masa menghantar Mokngah ke Penang..
tapi masa tu Haqq tak pandai jalan lagi..
dan hanya mandi di kolam renang je..

Mula-mula bila dibuka kasutnya..
Haqq berjalan dengan kaki berjengket dulu..
konon geli la tu..
kemudian bila dah rasa seronok agaknya..
apa lagi terus berlari sana sini la si anak jerung ni..

Mokngah cakap macam Belanda dapat tanah.. :P

Bila dah puas dan berpeluh berlari..
mak mintak abah bawa Haqq bermain di gigi air laut tu..
ingatkan dia takut bila ombak pukul kaki dia...
rupa-rupanya makin dikejar ombak tu...

Mulanya hanya basah sikit je..
kemudian Haqq terjatuh bila nak kejar ombak tu..
dah alang-alang basah tu..
mandi terus lah nak oii... :P

Nasib baik ada tuala dan baju basahan dalam kereta..
itu sebab mak tak kisah pun kalau Haqq nak mandi..
tapi tak lama Haqq mandi sebab hari dah petang pun..
bila abah ajak keluar dari air tu..
bukan main payah lagi..
siap tarik tangan dia yang dipegang oleh abah lagi..

Lastly,abah kena dukung juga si Haqq tu..
itupun Haqq meronta menjerit sebab tak puas main air..
alahai kesian pulak bila tengok anak jerung ni menangis...

Anak jerung berkaki dua :P

Inilah gelagat Haqq di Pantai Teluk Cempedak,Kuantan..
2 minggu lepas kan kami balik kampung abah di Jengka..
so bila perjalanan pulang ke Johor.
kami singgah di Kuantan untuk 1 malam..
Kuantan lah tempat pertemuan abah dan mak..
konon-kononya nak imbas kenangan lalu la ni.. :P

p/s : sekarang musim tengkujuh tau Haqq,nanti tahun depan kita berkelah ya.. :)

- mak haqq

3 ulasan:

Fadeadsy berkata...

best erk bwk anak main ombak. imaan dulu 1st time muka cuak gile nak mandi laut. kena introduce sikit2 baru die mahu.

Dayu berkata...

seronoknya
haqq dh bleh jalan, mesti lg best tgk dia main air, kejar2 ombak
time introduce cha kat air sungai
cebuk2 muka, sejuk kot
tp lama2 serono lak dia berendam
kita yg risau dia selsema

abah dan mak haqq berkata...

fad : nanti bila iman dah pandai lari macam haqq,jenuh la nak kejar..huhuhu :P

kak dayu : wahhh...bestnya sungai.balik kampung hari tu tak sempat ke sungai..air sungai lagi sejuk dari air laut..terrer la cha mandi sungai :)