Jumaat, 28 Januari 2011

Macam inilah caranya

Assalammualaikum..

Sebelum ni Mak dah janji nak ceritakan..
bagaimana kami nak sejukkan badan..
bila berada di rumah Tok Muni kan..

Caranya ialah berendam di SUNGAI..!!
ya, di kampung Abah ada sungai..
tapi anak sungai kecil je..
siapa ada jeram lagi tau :)

Sebelum Haqq lahir dulu..
Mak memang rajin ke sungai ni kalau balik kampung..
kali terakhir Mak ke sungai..
masa itu sedang mengandung 4 bulan.. :P

Air sungai ni sejuk dan jernih..
Mak memang pantang jumpa sungai macam ni..
maklumlah di Pontian ni, mana ada sungai bersih..
cuma kelmarin, airnya agak keruh sedikit..
sebab sekarang kan musim hujan..

Abah pula kalau ke sungai..
kerjanya mesti nak pasang pukat dan memancing..
itu memang hobi Abah sejak kecil lagi..
lagipun sungai ni merupakan tempat mainan Abah dari dulu lagi..

Selalunya bila ke sungai ni..
kami pergi beramai-ramai dengan menaiki motor..
ini adalah kerana lokasi sungai itu di tengah-tengah ladang sawit..
siapa sangka kan..
di sebalik ketebalan ladang sawit ni..
ada anak sungai yang bersih.. :)

Adventure tak perjalanan ke sungai ni?

Mau Mak tak geram bila nampak sungai macam ni :)

Sampai je semua pakat pasang umpan untuk memancing

Abah mencuba nasib dengan memasang pukat

Ini merupakan kali pertama Haqq ke sungai,
dan dia begitu teruja sekali :)

Lain kali kalau balik kampung Abah..
kami nak ke sungai lagilah..
tak puas rasanya berendam hari tu..

Kesian mereka yang memancing tu..
seekor ikan pun tak dapat..
Abah pun tak terkecualilah..

Abah cakap ikan disini dah muak makan cacing..
dari Abah kecil sampai tua..
umpannya cacing je..
so manalah ikan tu semua pandang.. :p

Selamat tinggal sungai,
nanti kami datang lagi ya :)

p/s : ada video tapi tak boleh nak upload.macam mana ek?

- Mak Haqq

5 ulasan:

pinkishblue berkata...

besttt nya pegi sungaiiii.... gambar kecik sgt lahh... tak puas tgk si haqq berendam ni.. ,esti sepsi...

Nrfadlh berkata...

beshh nye. fad prefer mandi sg dr laut psl laut berpasir air masin. nak bwk imaan tp tunggu besar sikit ah. air sg sejukkk.

~dARlee zURiS~ berkata...

hye kid...
memang best mandi sungai.tambah2 kalau ada waterfall.nanti nak bwa kysha mandi sungai gaklah.asyik2 swimming pool aje.
:)

Yantie berkata...

best!2 kita pun pantang kalau jumpa air..rase nak berendam je..;)
seronok betul haqq..;)

abah dan mak haqq berkata...

zakiah : mau tak best..mengigil sampai :P

fad : air sungai sangatlah sejukkkkkkkkkkkkk.kalau dah lama berendam tu bila naik atas..brrrr :P

zuris : waterfall yang tinggi tu takda tapi jeram kecil tu adalah..

yantie : zahirah kena cepat besar ya.mama kamu tak sabar nak main air tu :P