Selasa, 8 Februari 2011

BGWS - Bloggers Gathering Wilayah Selatan

Assalammualaikum..

Sudah masuk minggu kedua bulan Februari pun..
baru nak buat entri mengenai BGWS..
mintak maaf ek kalau ada yang tertunggu..
dan terima kasih kalau ada yang menunggu.. :)

Oklah pada sesiapa yang tak tahu apa itu BGWS..
BGWS ialah Blogger Gatherting Wilayah Selatan..
nama tu Mama Nashriq yang punya idea..
mereka yang terlibat semuanya Blogger Mama.. :)

Gathering ini untuk mereka-mereka yang ada di daerah Johor khususnya..
berkumpul sebab nak tebus kekecewaan..
kerana tak dapat hadir pada 16hb Januari yang lalu tu.. :P
jadi pada 30hb Januari yang lepas..
kami-kami yang berada di selatan la pula yang berkumpul..

Pada mulanya kami semua ingin berkumpul di Hutan Bandar Mutiara Rini..
tapi disebabkan hujan berterusan dari minggu sebelumnya..
hinggalah ke tarikh BGWS..
terpaksalah ditukarkan lokasi ke Jaya Jusco Bukit Indah..

Bila sudah ditukar lokasi ke JJ Bukit Indah..
timbul masalah lain pula..
dimanakah kami semua hendak makan-makan?
memandangkan tema BGWS adalah Potluck..
takkanlah hendak bentang tikar di tengah-tengah ruang legar tu.. :P

Akhir sekali, kami semua bersetuju ke rumah Mama Nashriq @ Aishah..
di Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram..
pada mulanya Mak dan keluarga macam tak dapat nak pergi..
sebab Ulu Tiram dengan Pontian agak jauh..
dah kebetulan kan musim hujan..
mesti jalan jammed sebab jalan Highway Pasir Gudang tu rendah dan mudah dinaiki air..
jadi para pemandu kenalah memandu dengan berhati-hati dan perlahan..

Tapi nasib baik Abah sangat sporting..
Abah kata bukan selalu pun dapat berkumpul macam ni..
so ke rumah Mama Nashriqlah kami bertiga.. :P
terima kasih Abah.. :)

Mehlah kita layan gambar yang tak banyak ni..
tak sempat nak ambil banyak-banyak..
sebab sibuk bersembang je..
mana nak kejar si Haqq tu yang asyik turun naik tangga rumah orang..
isk, geram betul la budak ni..

Yanti bersama baby bermata bolat, Zahirah

Nashriq yang sungguh comel..!!!! :)
Terima kasih Ayah Nashriq sebab benarkan kami semua berkumpul di rumah Ayah

Echa anak Pn. Dayu yang sangatlah manis..!!! :)
Dayu sangat bertenaga walaupun penat baru tiba dari KL

Sambil memangku anak sambil tu kita bersembang.
Itupun tak sempat nak sembang lama-lama :(

Echa, Haqq pinjam sekejap ya :P

Gambar atas dari kiri, Pak Ngah Echa, Abah Haqq dan Ayah Nashriq
Gambar bawah ialah Ayah Zahirah

Antara menunya Cupcake dibawa oleh Ibu Echa dan
Mee Hoon Goreng Putih dimasak oleh Mama Nashriq

Sebenarnya ada banyak lagi makanan..
dan minuman cuma tak sempat ambil je..
terima kasih ya semua sebab bawakan makanan yang sedap-sedap..
sudahlah musim hujan dan sejuk pula tu..
mau tak perut masing-masing berdondang sayang :P

Kamilah sekeluarga yang sampai dulu dan balik dulu..
huhuhuhu.. :P
bukan apa malam nanti ada program dengan family..
nanti kalau terlepas..
alamatnya membebel la TokMak Haqq tu..

Sebelum itu..
kenalah berposing dulu..
itukan acara wajib bagi setiap perjumpaan ni :P
kami yang mak-mak lah paling excited nak bergambar..
sampaikan terlupa nak ambil gambar anak-anak je..


Dari kiri :

Zahirah, Husna, Kasih dan Myiesha..
semuanya comel-comel dan semangat..
lebih lagi si Myiesha tu..
baru 3 bulan tapi beratnya lebih kurang Haqq je..
geram betul Mak dengan mereka ni semua..
mereka ni fully breastfeed tau.. :)

Mak minta maaf kalau ada kami sekeluarga ada tersalah cakap dan perbuatan..
di sepanjang majlis BGWS itu ya..
InsyaAllah, kita berkumpul lagi macam ini..
harap-harap matahari sudi berkawan dengan kita pada pertemuan akan datang :)

p/s : Selepas ini ke mana pula kita ya :p

- Mak Haq

5 ulasan:

Dayu berkata...

lepas ni turun KL la kid
heheheh

Nrfadlh berkata...

meh ah dtg kl kid. hehehe.

yaya+frdz+auf berkata...

haqq cheeky, cute. haha

pinkishblue berkata...

mak haqq masak ape utk potluck tu? ngeeee...

abah dan mak haqq berkata...

dayu & fad : insyaAllah,nak jugak naik KL tu cuma belum sampai seru je :P

yaya : mujur dia cheeky time tu.kalau dia buat perangai golek lantai,pening kepala mak dia..hahahaha

zakiah : aku?masak?aku bawak 2 karton air kotak berlainan jenis.aci tak?