Rabu, 9 Februari 2011

Berjemur Untuk Kesihatan

Assalammualaikum..

Bila Haqq bangun pagi..
dia paling suka ke bilik depan dulu..
kenapa dia suka ke bilik depan dulu?
sebab dia suka sangat nak berjemur bawah matahari pagi..

Panas pagi kan elok untuk kesihatan kita...
bukan itu sahaja malah boleh keluarkan peluh macam bersukan..
lagipun seharian Haqq duduk dalam rumah..
bila masa dia nak jumpa matahari kalau tak pagi-pagi macam ni..

Dah masuk bilik tu terus ke pintu beranda..
minta dibukakan pintu grill tu...
bila pintu dah dibuka..
Haqq mulalah mendepangkan tangan minta untuk diangkat...
dan didudukkan atas batu botol tu..

Orang yang bertanggungjawab memperkenalkan berjemur di pagi hari ni..
lain tak bukan ialah Tok Abah Haqq...
selalunya ada dalam 10 minit juga duduk bersidai atas batu botol tu..
hah, terkejip-kejiplah mata tu tahan panas matahari.. :P

Matahari terang macam inilah baru seronok nak berjemur.

Kemudian mulalah tunjuk kita apa yang dia nampak tu.

Haqq bersidai di atas batu botol sambil dipegang erat oleh Tok Abah

Dalam masa berjemur tu sempat pula dia menguap.. :O

Kalau pagi di rumah Tok Muni Haqq pula..
dia suka kejar ayam yang berkeliaran di laman rumah..
Tok Muni lah yang jadi mangsa kena teman Haqq mengejar ayam..
cuma tak berkesempatan je nak ambil gambar kalau Haqq kejar ayam..

Lepas bersidai tu barulah boleh mandi..
rasa segar je badan bila mandi air sejuk..
macam itulah la tarik mood dia pagi-pagi.. :)

Masa Haqq bersidailah Mak ambil kesempatan nak kemas katil..
kalau dia ada dalam bilik bersama dengan mak..
bila kita betulkan cadar je..
dia pun sibuk panjat nak naik atas katil..
geram sungguh...!!!

Cara paling senang nak kemas katil..
ialah dengan Mak kuncikan bilik..
biarkan Haqq kat luar tu sambil mengetuk pintu panggil Mak..
sementara tu Mak cepat-cepat lah kemas katil... :P

p/s : makin besar ni makin suka buli Mak ya..!!

- Mak Haqq

8 ulasan:

pinkishblue berkata...

haqq si budak kerinting... makin banyak akal yep.

abah dan mak haqq berkata...

hahahaha..tau takpe..
tunggu rafiq besar macam haqq tu..
maka peninglah kepala mama :P

ღnFashyaღ berkata...

hahahha, haq comel menguap....bagus kecik2 dah tau nk g mandi matahari...:) amik vitamin D.

~dARlee zURiS~ berkata...

matahari pagi kan bagus tuk kesihatan :)
tp takleh nak jemur kysha.anak dara tu kuat peluh kepala.dah tu mula menggelusar naik angin.huhuu...

abah dan mak haqq berkata...

fasya : hahaha..matahari pagi bolehlah..kalau dah tengahari pun kamu nak berjemur jugak siaplah kamu nanti.. :P

zuris : anak dara mana boleh berjemur lama-lama..
nanti koreng macam haqq tu..

PuteriKureKure berkata...

curly2 haqq sangat menggeramkan ok! hehe.

budak2 camtu la. apa yang kita tak bagi, itula nak buat. huhu~

Mommy Fara berkata...

comelnya kamu! ehem...cool entri! simple blog! i follow u...

abah dan mak haqq berkata...

intan : masa kita suruh dia tepi sebab kita nak kemas cadar, masa itulah dia panjat katil sambil tengok kita tersengih kerang busok tu..huhuhu

mommy fara : thanks ya..selamat berkenalan :P