Jumaat, 11 Februari 2011

Haqq Si Tukang Rumah

Assalammualaikum..

Sebelum ini Mak ada ceritakan..
mengenai Haqq menolong Abah basuh kereta kan..
kali ini nak ceritakan apa yang berlaku selepas itu..
kira macam sambungannya la ni :P

Selepas Abah dah siap basuh kereta..
Abah bawalah si Haqq tu masuk rumah..
sebab nak mandikan si Haqq yang dah habis basah lencun main air tadi..

Bila Mak dah bukakan pakaian..
boleh pula dia berlari keluar rumah semula..
dengan hanya berpampers saja..!!
nasib baik Mak belum bukakan pampers tu..
kalau tidak, bertelanjang bulatlah dia..

Hish, budak ni memang pantang Mak leka sikit je..
dah hilang lari ke luar rumah..
agaknya Haqq cari Abah di luar tu kot..
padahal Abah ada je kat dapur tengah minum air...

Bila Mak berlari ke depan nak kejar dia..
eh, tak nampak pula kelibat Haqq kejar ayam..
menyorok kat manalah si Haqq ni ek..

Tiba-tiba Mak terdengar bunyi..
"Ketang ketang" (bukan kentang ya)
bila Mak toleh belakang je..
rupa-rupanya Haqq sedang mengetuk baldi yang berisi air..
dengan menggunakan sudip simen (entah betul ke tidak)..
ala alat yang untuk meratakan simen tu..

Hah, inilah rupa sudip tu tapi gambar ini dari Google ya :)

Mak pun apa lagi..
jerit la kat Abah suruh bawakan kamera..
tapi Mak jerit manja tau bukan yang terpekik terlolong tu.. :P

Kami memang suka ambil gambar dan rakam video kalau Haqq buat benda-benda macam ni..
nanti bolehlah dipertontonkan semula pada Haqq..
dan disimpan buat koleksi peribadi.. :)

Aksi Haqq si Tukang Rumah :)

Mana tahu bila Haqq dah besar nanti..
akan menjadi tukang rumah yang professional
seperti arkitek ke, kan?
InsyaAllah ya Haqq :)

p/s : Abah dan Mak sentiasa doakan kejayaan buat kamu Haqq..!!

- Mak Haqq

7 ulasan:

PuteriKureKure berkata...

tukang rumah tu term org dulu2 la yang. haqq jadi arkitek eh? hehe.

aminnn~

Mommy Fara berkata...

kid, fara gelak je baca entri kid nie...sangat comel dan manis! x sbr nak tgu entri lain lak...comel betul haqq nie, nak jadi mcm BOB THE BUILDER eh?

susudalambotol berkata...

Dah pandai bertukang ye? Hehe.

~dARlee zURiS~ berkata...

amboi haqq...
pandai ek.
minat kena pupuk dari kecil tu.
mudah2an..
:)

abah dan mak haqq berkata...

intan : hahahaha..tukang rumah tu bahasa melayu lama ek.time kaseh intan :)

mommy fara : huhuhu..bob the builder versi melayu.. :P

hidd : kat kampung Abah je la yang dia boleh bebas bertukang macam ni :P

zuris : insyaAllah ya zuris :)

nanonano berkata...

dah bsr nanti jd ape pun xkesah,
tp kalau dpt buat rumah sbijik kat mak abah,
syokk wooo
sejuk perot ibu :p

abah dan mak haqq berkata...

nano : hahahaha..haqq mak rumah besar punya tau..!!! :P