Isnin, 21 Februari 2011

Terima Kasih Aladdin

Assalammualaikum..

Rasanya semua kawan-kawan Mak..
sedia maklum yang HP Sony Ericsson K800i Mak tu..
telah rosak dan tidak boleh digunakan lagi..

Dahlah semua nombor telefon..
Mak save dalam memory card tu..
yang hanya boleh dibaca melalui handphone Sony Ericsson saja..
macam manalah Mak nak contact kawan-kawan Mak ni... :(

Semua orang dalam rumah ni termasuk Abah pun gunakan Nokia..
terpaksalah pinjam sekejap handphone Cik Aten..
untuk salin segala nombor tu..
dan isikan dalam buku kecil..
boleh ya Cik Aten.. :)

Bila nak isikan nombor telefon dalam buku kecil ni..
teringat Mak masa zaman sekolah dulu..
buku telefon yang popular ialah buku telefon yang berlipat-lipat tu..
selalunya dijual dengan pelbagai cover kartun..
seperti Pooh dan Garfield :)

Sony Ericsson K800i

Mak sangat sayangkan handphone ni..
sebab ia merupakan hanphone yang paling canggih..
yang pernah Mak ada..
dan dibeli dengan menggunakan wang Mak sendiri..

Handphone ini paling lama berjasa dengan Mak..
dari tahun 2006 hinggalah tahun 2011..
dengan menggunakan handphone inilah..
gambar dan video pertama Haqq telah diambil..

Selalunya bila Haqq buat main handphone ni..
boleh di"ON"kan semula..
tapi minggu lepas, terus tak boleh di"ON"kan..
bila dibawa ke kedai..
kosnya mahal seperti membeli handphone baru... :(

Gambar sebelum kejadian :(
Mokngah cakap Haqq macam Aladdin :P

Terima kasih ya Aladdin..
sebab rosakkan handphone kesayangan Mak ni..
bolehlah Mak claim dengan Abah handphone baru..
Mak nak yang lebih canggih dari K800i ni tau Abah.. :P

p/s : Kalau Abah gantikan yang baru, jangan harap kamu boleh cuit ya sayang.. :P

- Mak Haqq

11 ulasan:

faraherda.razalan berkata...

a`ah...mcm aladdin! rmbt die tu yg mhl tu! hehehehe.....

ღnFashyaღ berkata...

Ala ciannya Mak Haq, tapi budak2 memang suka saangat dengan hp, laptop tu sume. Bagi menan die tak mau plak. Pantang nampak. Kalo cakap dengan Hp, dia sibuk merampas. Hadoi....

Mak haq mintak hp canggih ye dengan abah haq..hihihi.anak abah punya keje nih..

abah dan mak haqq berkata...

fara : kadang-kadang kid sepit or ikat je rambut dia tu..huhuhu

fashya : tu la sebab anak abah yang buat..mak kenalah claim dari abah..hahahaha

KAK RAINBOW berkata...

hp nurul pun dah sengal2 ayam sbb raina yg suka belek2 hp tu masuk dlm mulut dia hehe

abah dan mak haqq berkata...

nurul : raina tu sebenarnya cuba nak ambil gambar dalam mulut dia tu.. :P

pinkishblue berkata...

sabar yep.. nanti abah haqq bg blackberry.. hihi.. paw ar yg kaw2 nye... huhu

FAD RMLN berkata...

rambut haqq dasat tu kerinting dia. haha.

abah dan mak haqq berkata...

zakiah : hahahaha..tau takpa.macamana nak pujuk beli hp canggih ni.. :P

fad : dasat tak dasat dah boleh tocangkan pun :P

Rhona Rozlan berkata...

Kid, blog tu memang private pun. So, memang takde orang nak kacaunya. Tadi aku set blog author only sebab aku nak setting dia.

yaya+frdz+auf berkata...

rambut haqq pon keriting abisss... hahaha. Geng ngn Auf la camni. :P

p/s: Yaya ade belikan phone tipu, tp tak layannn wehh. sabo je la.

abah dan mak haqq berkata...

rona : thanks ya..aku dah debor parok dah tadi :P

yaya : hahahaha..nanti kalau ada rezeki ambil gambar mereka berduaan ek.. :)

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers