Selasa, 29 Mac 2011

Samurai Bervespa

Assalammualaikum...

Selalunya selepas makan malam..
kami sekeluarga akan berehat sambil menonton berita..
si Haqq pun tidak ketinggalan juga...

Tapi dia bukannya tau duduk diam pun...
ada je yang nak dibuatnya..
dipunggahnya vespa pink dia tu..
dan bawa ke depan TV..

Kemudian mulut pula bising sebab merengek..
kerana kononnya tak sampai nak naik vespa..
padahal boleh je naik sendiri..
mengada je yang lebih..
nak suruh orang tolong angkatkan dia la tu..

Bila dah Haqq dah macam tu..
secara automatik Haqq telah mengganggu Abah menonton berita..
Abah pun apa lagi..
terus angkat dan dudukkan Haqq atas vespa tu..

Kemudian, Abah ambil gelung yang untuk kemaskan wayar yang berselirat..
(maaf Mak tak tahu apa nama sebenarnya)..
diikatkan pula pada pinggang Haqq..
dan selitkan pedang samurai di belakang Haqq..

Inilah samurai yang bervespa tu

Gelung wayar yang diikat di pinggang

Pedang yang terselit kemas di belakang Haqq.. :P
Sila besarkan gambar untuk lihat gelung dengan lebih jelas

Bila dah nampak si Haqq macam tu gayanya..
Tok Abah pun turut sama dengkikan dia..
diambilnya riben pink yang sedia ada dalam bakul mainan Haqq..
dan diikatkan pada siput Mak Enon Haqq yang seciput tu..

Dah macam Kungfu Master pulak... :P

Haqq bukannya menangis bila dibuli macam tu..
makin dia suka adalah..
sebab itu kami suka sangat buli Haqq ni..
macam yang dulu-dulu tu..

Kami pernah dudukkan Haqq dalam periuk nasilah..
dan dalam bonet si Herbie pun pernah..

Setiap hari kami sentiasa cari idea..
bagaimana nak buli si Haqq ni...
nasib kamulah Haqq dapat parents yang suka membuli ni..
itu belum lagi bila Mokngah dan Mokcu kamu balik bercuti.. :P

p/s : Ala, kami buli kamu sikit je tapi kamu tu Haqq yang selalu buli kami.. :)

- Mak Haqq

9 ulasan:

Mommy Fara berkata...

hahahaha....

fara gelak sorang2 tgk pic haqq...cute tau! dan bley bygkan mcm ne nottynye die...

geram!!!!

nanonano berkata...

smart wehh vespa haqq
comel2 gtu
kena dgn tuan dia..:p
naseb la kamu haqq kene buli pun maintain jer..
hehe

Rhona Rozlan berkata...

Hantar Kuantan wei. Meh aku buli pulak.

abah dan mak haqq berkata...

fara : mengada lebih bila ada abah dia..

nano : hahaha..vespa pink atok Jengka yang belikan :)

rona : kau kena senaraikan apa jenis pembulian yang nak dibuat baru aku pos ke kuantan :P

=MissRynn= berkata...

isk2x.. mak haq ni...
teruskan pembulian yea

Yantie berkata...

seronok la buli anak sket2..;)terapi..kite pun suke..ala bukan buli sgt pun..lebih kepada menyakat..kn?

abah dan mak haqq berkata...

ina : tunggu aunty ina je buli haqq.. :P

yanti : aah sakat sampai dia menangis.hahahaha..tapi menangis kejap je pun pastu gelak semula :)

Fadilah R. berkata...

hahaha. stylo ah haqq ni.

abah dan mak haqq berkata...

fad : samurai zaman moden..hahahah :P